Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

~ JOM DOWNLOAD VIDEO URUT BAHU, TENGKUK, LEHER, KEPALA DAN MUKA Secara PERCUMA!! (Urut Shah Alam)

Imej
(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional) TERAPI 'URUTAN SARAF AL AMIN' UNTUK: - Stress - Mengantuk ketika memandu - Bell Palsy (Otot kaku sebelah muka) - Menegangkan Wajah - Lenguh Bahu - Sakit Tengkuk - Sakit Leher . - Urutan yang akan saya tunjukkan ini dapat memberi kelegaan ketegangan otot dibahagian bahu & leher . Sekaligus ia dapat mengurangkan stress dan dapat memberi kerehatan tubuh. Selain itu ia juga dapat membantu melancarkan oksigen di kepala, lantas membuatkan kepala menjadi ringan dan menyegarkan mata. Bagus untuk mereka yang kerja ofis. Kerana mereka ini setiap hari menghadap komputer berjam -jam dalam sehari. (Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional) - Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan mengantuk ketik memandu. Terutamanya ketika memerlukan pemanduan yang panjang dan lama. - Bonus urutan di bahagian muka pula dapat digunakan bagi menegangkan kulit wajah dan dapat m

Senaman merawat SAKIT LEHER dan LENGUH BAHU ~

Imej
Pada entry yang lepas admin telah berkongsi tentang titik-titik atau POINT URUTAN untuk merawat masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Pada mereka yang telah mencuba semoga beroleh kelegaan dan kesembuhan. Tetapi terdapat masalah jika anda tidak boleh mendapatkan seseorang untuk mengurut anda. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi pula kaedah rawatan untuk diri sendiri untuk masalah yang sama. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat meringankan masalah anda. Terdapat banyak senaman untuk merawat atau melegakan masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Tetapi memadai saya kongsikan beberapa teknik yang sudah cukup untuk membantu meringankan masalah anda. Teknik senaman yang akan saya kongsikan ini adalah mudah. Dan ia boleh dibuat walaupun anda sedang menonton televisyen. Jangan simpan ilmu ini sorang-sorang, tetapi silalah berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga. Mudah-mudahan beroleh berkat dan anda akan mendapat ganjaran pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Ber

POINT URUTAN MERAWAT LENGUH BAHU & SAKIT LEHER ~

Imej
Masalah sakit leher adalah perkara biasa yang sering dialami oleh ramai orang. Apabila berlakunya masalah sakit leher maka ada beberapa bahagian tubuh juga terlibat secara langsung, iaitu sakit atau lenguh dibahagian bahu dan belikat. Masalah sakit leher/ tengkuk boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan di samping keterbatasan pergerakan. Berikut adalah punca sakit leher, tengkuk & bahu : Kerap duduk menghadap komputer, televisyen atau handphone terlalu lama dalam satu posisi yang tetap. Kepala dalam posisi yang tidak stabil semasa tidur. Terjatuh atau kemalangan yang mengakibatkan hentakan dibahagian tengkuk. Antara masalah yang sering dirasai oleh penghidap masalah leher ialah: Sukar untuk memusingkan kepala, ke kiri & ke kanan. Terasa sakit atau tegang di bahagian tengkuk apabila tunduk ke bawah. Sentiasa lenguh di bahagian tengkuk semasa duduk bekerja. Sakit dibahagian leher/ tengkuk yang berpanjangan juga boleh