Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rawat sakit tumit

6 STEP URUT RAWATAN SAKIT TUMIT.

Imej
(Urut Urat Saraf: Shah Alam| Urut Tradisional) Masalah SAKIT TUMIT amat menyeksakan bagi penghidapnya. Mereka yang mengalami masalah ini akan terasa bisa apabila berjalan, terutamanya pada waktu pagi semasa bangun tidur. Rata-rata penghidap masalah SAKIT TUMIT menyatakan mereka sangat terseksa apabila bangun pada waktu pagi, semasa mula menapak  terasa seperti memijak kaca atau benda tajam yang mencucuk-cucuk di bahagian tumit kaki mereka. Antara punca kepada masalah sakit tumit adalah kerana tegang pada bahagian otot betis yang diakibatkan oleh beberapa perkara, iaitu: - Sering kali berdiri dalam tempoh yang lama. - Masalah pada tulang belakang. - Berat badan berlebihan. Masalah sakit tumit boleh dirawat melalui beberapa kaedah, antaranya ialah seperti regangan, senaman, petua, bekam, akupuntur dan urutan. Di AL AMIN kami menggunakan kaedah gabungan antara urutan dan regangan. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Di sini saya ingin kongsikan antara kaedah yang