Rawatan Urut Sakit Leher ~
Sakit leher adalah masalah yang amat mengganggu si pesakitnya. Manakan tidak, nak toleh kepala ke kiri atau ke kanan pun tak boleh. Masalah ini boleh dikatakan amat biasa berlaku. Antara sebab yang paling biasa adalah dek kerana tidur dalam posisi yang salah dalam tempoh yang lama. Maklumlah sedang tidur.. memang tak sedar untuk membetulkan kedudukan leher yang terpusing pada posisi yang tidak selesa selama berjam-jam sehingga pagi. Kaedah rawatan untuk masalah sakit leher ini bagi saya ianya amat efektif jika digabungkan dengan rawatan regangan tulang seperti yang kami praktiskan di AMEEN THERAPY. Tetapi mungkin ia agak berisiko jika saya kongsikan. Jadi saya ambil langkah selamat, hanya kongsikan kaedah urutan sahaja. Kerana ianya lebih mudah dipraktiskan. PERMULAAN RAWATAN: Mulakan rawatan dengan membaca doa. Bulatkan tawakkal hanya kepada Allah, meminta kesembuhan dariNya. Baca Al-Fatihah, niatkan sebagai penawar untuk pesakit yang kita rawat. Baca 3 Qul, niatkan seb