Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tangan lenguh

Merawat masalah lenguh tangan

Imej
========================================= ---------------------------------------- Masalah lenguh tangan adalah suatu masalah yang lazim berlaku kepada ramai orang, tidak kira peringkat umur mahupun jantina. Masalah lenguh tangan yang biasa lazimnya berlaku ketika kita banyak membuat kerja seperti mengangkat barang, memandu kereta atau membaca buku sambil berbaring.. dan selepas berehat seketika masalah lenguh tangan akan reda dengan sendirinya. Kadangkala lenguh tangan juga berlaku semasa kita sedang berbaring dengan menindih tangan yang sebelah, biasanya dalam posisi mengiring. Masalah seperti ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya bersifat sementara. Lenguh tangan atau kebas itu adalah disebabkan oleh perjalanan darah yang tersekat akibat ditindih oleh tubuh. Biasanya akan hilang selepas anda membetulkan kembali kedudukan. Tetapi walaupun begitu terdapat satu lagi masalah yang lebih kurang sama tetapi tidak serupa, iaitu masalah lenguh tangan yang agak berat.