Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit leher bahu

Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Imej
Sakit Leher Sampai Bahu Dan Tangan- Saraf Tersepit/ Slipped Disc Sakit leher menjalar hingga ke bahu dan tangan. Mengapa sakit leher boleh menjalar hingga ke bahu? Bahkan kadangkala ia boleh terasa hingga ke tangan. Apakah puncanya? Sebenarnya di bahagian tulang tengkuk atau bahasa anatominya tulang Cervical mempunyai banyak saraf yang menuju ke arah bahu dan tangan. Tulang Cervical terbahagi kepada 7 ruas, iaitu Cervical 1 (C1) hingga Cervical 7 (C7). Tulang Cervical 1 hingga Cervical 7 Apabila saraf yang berada di sekitar tulang Cervical tersepit, maka akan berlaku kesakitan seperti rasa kebas, mencucuk, rasa seperti renjatan elektrik atau pun rasa panas terbakar di sekitar kepala, leher, bahu dan tangan, bergantung kepada bahagian saraf yang tersepit. Sebahagian saraf di sekitar tulang Cervical (Tengkuk) menjalar ke bahagian bahu dan tangan, oleh itu tidak hairan jika pesakit yang mempunyai masalah saraf tersepit di leher turut terasa kesannya di bahagian bahu dan lengan. Sebahagian

JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH SAKIT LEHER! ~

Imej
Ramai orang yang mengalami masalah sakit leher atau sakit tengkuk, bagi anda yang tak pernah mengalami masalah ini mungkin akan anggap ia hanya masalah kecil sahaja, tetapi hanya mereka yang sakit sahaja yang boleh ceritakan betapa mereka 'struggle' menjalani kehidupan harian mereka bersama masalah ini. Lazimnya mereka yang mengalami masalah ini tidak boleh membuat pergerakan kepala dengan baik, terbatas untuk toleh kepala ke kiri, ke atas, ke kanan dan ke bawah. Bahkan lebih daripada itu, masalah ini boleh menyebabkan datangnya pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, lesu tubuh, kerap mengantuk, berisiko kemalangan semasa memandu (kerana tak boleh pusing kepala dengan baik), menjatuhkan prestasi kerja, hilang fokus dan lain-lain masalah yang mendatang. Mereka yang mengalami masalah sakit leher ini biasanya bekerja ofis, iaitu kerap duduk berjam-jam dalam posisi yang sama. Leher yang berada pada kedudukan yang statik akan mula membeku dan menyebabkan pergera

Senaman merawat SAKIT LEHER dan LENGUH BAHU ~

Imej
Pada entry yang lepas admin telah berkongsi tentang titik-titik atau POINT URUTAN untuk merawat masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Pada mereka yang telah mencuba semoga beroleh kelegaan dan kesembuhan. Tetapi terdapat masalah jika anda tidak boleh mendapatkan seseorang untuk mengurut anda. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi pula kaedah rawatan untuk diri sendiri untuk masalah yang sama. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat meringankan masalah anda. Terdapat banyak senaman untuk merawat atau melegakan masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Tetapi memadai saya kongsikan beberapa teknik yang sudah cukup untuk membantu meringankan masalah anda. Teknik senaman yang akan saya kongsikan ini adalah mudah. Dan ia boleh dibuat walaupun anda sedang menonton televisyen. Jangan simpan ilmu ini sorang-sorang, tetapi silalah berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga. Mudah-mudahan beroleh berkat dan anda akan mendapat ganjaran pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Ber