Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

RAHSIA 'CUKUP'

Imej
RASA TAK CUKUP?? Minggu lepas pernah berborak dengan seorang tokeh restoran. Dalam rancak berborak tu Pak cik tu bersuara, "Sebenarnya kaya dan miskin ini Allah bagi pilihan kepada kita untuk berusaha. Allah akan bagi kalau kita buat dengan ilmu dan cara yang betul. Tapi 'cukup' itu bukan milik kita. 'Cukup' itu adalah milik Allah. Allah akan bagi kepada orang yang Dia pilih sahaja. Kadang-kadang ada orang yang income dia besar. puluhan ribu, malah ratusan ribu, tapi dia tak pernah merasa cukup. Kadang-kadang pulak kita tengok seorang tukang kebun. Gaji kecik je, makan dan pakai ala kadar. Kalau kita tanya dia apa yang kita blh bantu, dia kata, "Alhamdulillah, saya rasa semua dah cukup". 'Cukup' itu rahsia Allah. Allah akan beri kepada mereka BERSYUKUR sahaja." KLIK SINI

FORMULA MENCARI BAHAGIA.

Imej
Sangat ramai manusia yang mencari bahagia dengan menggunakan akal mereka sendiri. Bahagia ini perkara hati. Hati yang bahagia adalah hati yang tunduk kepada Allah. Bukan hati yang sibuk dengan mengumpat org lain, bukan hati yang benci lihat orang lain senang, bukan hati yang bersifat ego dan sombong, dan bukan hati yg penuh dgn sangkaan buruk. Itu semua hati yang kotor. Hati yang tidak layak di tempatkan kedamaian dan ketenangan. Buah RAMBUTAN ITU Allah tumbuhkan di atas pokok RAMBUTAN. Adakah anda bisa mendapatkan buah RAMBUTAN di atas POKOK DURIAN? Anda pasti tidak akan jumpa. Itulah dia. Ketenangan, kedamaian, ketenteraman itu hanya milik Allah.  Dia beri kepada hati yang LAYAK untuk menerimanya sahaja. Anda boleh berusaha menjadi kaya. Tetapi anda tidak akan mampu memberi ketenangan kepada jiwa anda dengan kekayaan itu. Anda boleh membesarkan rumah anda sehingga 3 kali ganda, tetapi rumah yang besar juga tidak dapat memberi ketenangan jiwa. Pernah dengar kes orang kaya b

Rawatan: SAKIT TANGAN / TANGAN TIDAK BOLEH DIANGKAT - Urutan Saraf Al-Amin.

Imej
===============================                                                        ----------------------------------- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kelapangan masa kepada saya untuk saya berkongsi sedikit khazanah ilmuNya yang luas. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk masyarakat dan manusia sekaliannya. Di dalam entry kali ini saya ingin berkongsi ilmu Urutan Saraf Al-Amin tentang rawatan masalah sakit tangan / tangan tidak boleh di angkat. Masalah sakit tangan sehingga tidak boleh diangkat adalah perkara yang biasa terjadi sama ada kepada orang tua mahupun orang muda. Kadangkala ianya terjadi kerana melakukan aktiviti berat secara berulang-ulang kali atau kerana kecederaan akibat bersukan, sama ada kecederaan lama ataupun kecederaan baru. Kaedah rawatan yang akan saya kongsikan ini adalah sesuai untuk tahap masalah yang ringan dan sederhana, tetapi untuk masalah yang berat perlu dibuat rawatan sampingan seperti rawatan akupuntur un