FORMULA MENCARI BAHAGIA.

Sangat ramai manusia yang mencari bahagia dengan menggunakan akal mereka sendiri.

Bahagia ini perkara hati.

Hati yang bahagia adalah hati yang tunduk kepada Allah.

Bukan hati yang sibuk dengan mengumpat org lain, bukan hati yang benci lihat orang lain senang, bukan hati yang bersifat ego dan sombong, dan bukan hati yg penuh dgn sangkaan buruk.

Itu semua hati yang kotor. Hati yang tidak layak di tempatkan kedamaian dan ketenangan.

Buah RAMBUTAN ITU Allah tumbuhkan di atas pokok RAMBUTAN.

Adakah anda bisa mendapatkan buah RAMBUTAN di atas POKOK DURIAN? Anda pasti tidak akan jumpa.

Itulah dia. Ketenangan, kedamaian, ketenteraman itu hanya milik Allah.  Dia beri kepada hati yang LAYAK untuk menerimanya sahaja.

Anda boleh berusaha menjadi kaya. Tetapi anda tidak akan mampu memberi ketenangan kepada jiwa anda dengan kekayaan itu.

Anda boleh membesarkan rumah anda sehingga 3 kali ganda, tetapi rumah yang besar juga tidak dapat memberi ketenangan jiwa.

Pernah dengar kes orang kaya bunuh diri? Banyak kali kan?

Maaf, bukan saya kata kaya tidak bagus, jangan salah faham. Lain yang saya maksudkan. Sejujurnya saya juga ingin menjadi kaya.

Allah menciptakan kita. kuncinya ada pada Dia.

Benar, kunci bahagia itu ada pada Allah.

Pernah dengar apa yang Allah beritahu kepada kita di dalam Al-Quran?

" (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingatI Allah hati menjadi tenteram."

(SURAH AR-RA'DU, AYAT 28)

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Ingat Allah bagaimana yang kita faham? Setiap ketaatan itu juga disebut zikir @ ingat Allah.

Dah membaca Quran hari ini? Ada tak tambah kualiti solat kita?

Kalau dah, adakah ianya berterusan?

Inilah kuncinya BAHAGIA, taat kpd Allah. Banyakkan melakukan taat dan tinggalkan dosa.

Dosa yang kita buat hanya akan merosakkan hidup kita. Allah akan datangkan lebih banyak masalah untuk menegur kita.

Banyakkan istighfar minta ampun kpd Allah. Banyakkan membaca Quran dan perbaiki kualiti solat kita setiap waktu. Fahamkan maksud bacaan ayat dalam solat. kalau tak tahu beli buku @ buat search di internet.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Boleh hadam sedikit celoteh ini? =) kalau faham terus amalkan. Tak perlu tunggu hingga esok. Kerja bertangguh biasanya tak menjadi.

Mulakan dengan istighfar. Perbanyakkan istighfar.

Keep it simple.

Tak de apa yang susah, selagi kita berusaha Allah pasti akan lorongkan jalanNya kepada kita.

Jalan dah ada, nasi tak akan masuk ke dalam mulut kita kalau kita tak suap.


KLIK SINI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)