Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Rawatan Urut Sakit Leher ~

Imej
Sakit leher adalah masalah yang amat mengganggu si pesakitnya. Manakan tidak, nak toleh kepala ke kiri atau ke kanan pun tak boleh. Masalah ini boleh dikatakan amat biasa berlaku. Antara sebab yang paling biasa adalah dek kerana tidur dalam posisi yang salah dalam tempoh yang lama. Maklumlah sedang tidur.. memang tak sedar untuk membetulkan kedudukan leher yang terpusing pada posisi yang tidak selesa selama berjam-jam sehingga pagi. Kaedah rawatan untuk masalah sakit leher ini bagi saya ianya amat efektif jika digabungkan dengan rawatan regangan tulang seperti yang kami praktiskan di AMEEN THERAPY. Tetapi mungkin ia agak berisiko jika saya kongsikan. Jadi saya ambil langkah selamat, hanya kongsikan kaedah urutan sahaja. Kerana ianya lebih mudah dipraktiskan. PERMULAAN RAWATAN: Mulakan rawatan dengan membaca doa. Bulatkan tawakkal hanya kepada Allah, meminta kesembuhan dariNya. Baca Al-Fatihah, niatkan sebagai penawar untuk pesakit yang kita rawat.  Baca 3 Qul, niatkan seb

6 STEP URUT RAWATAN SAKIT TUMIT.

Imej
(Urut Urat Saraf: Shah Alam| Urut Tradisional) Masalah SAKIT TUMIT amat menyeksakan bagi penghidapnya. Mereka yang mengalami masalah ini akan terasa bisa apabila berjalan, terutamanya pada waktu pagi semasa bangun tidur. Rata-rata penghidap masalah SAKIT TUMIT menyatakan mereka sangat terseksa apabila bangun pada waktu pagi, semasa mula menapak  terasa seperti memijak kaca atau benda tajam yang mencucuk-cucuk di bahagian tumit kaki mereka. Antara punca kepada masalah sakit tumit adalah kerana tegang pada bahagian otot betis yang diakibatkan oleh beberapa perkara, iaitu: - Sering kali berdiri dalam tempoh yang lama. - Masalah pada tulang belakang. - Berat badan berlebihan. Masalah sakit tumit boleh dirawat melalui beberapa kaedah, antaranya ialah seperti regangan, senaman, petua, bekam, akupuntur dan urutan. Di AL AMIN kami menggunakan kaedah gabungan antara urutan dan regangan. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Di sini saya ingin kongsikan antara kaedah yang

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

Imej
(Urut Urat Saraf: Shah Alam | Urut Tradisional) Masalah sakit pinggang adalah antara masalah yang kerap di hadapi oleh ramai orang. Tidak kira sama ada lelaki, wanita, remaja, golongan sederhana mahupun atasan. Masalah sakit pinggang yang berterusan akan menganggu banyak aktiviti harian kita termasuk berkerja, beribadat dan bersosial. Masalah sakit pinggang tidak boleh diambil ringan kerana sesetengah masalah ini boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk. Terdapat banyak punca kepada masalah sakit pinggang ini. Antaranya ialah: Kemalangan jalan raya. Angkat barang berat dengan cara yang salah, atau angkat barang yang terlampau berat. Terjatuh akibat bersukan. Duduk terlampau lama dalam satu posisi.  Antara simptom masalah sakit pinggang yang selalu dialami oleh penghidapnya adalah seperti: Tidak boleh membongkok dengan baik. Sakit apabila memusingkan badan. Sakit apabila dukung anak/ Sensitif mengangkat barang berat. Sakit apabila batuk atau bers

8 STEP URUTAN SAKIT LUTUT (Urut Shah Alam :011-50404441 ) ~

Imej
Sakit lutut adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang agak berumur. Masalah sakit lutut ini tidak kurang juga di alami oleh mereka yang berusia muda, terutamanya ahli-ahli sukan mahupun mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Terdapat pelbagai punca kepada masalah sakit lutut ini. Antaranya ialah disebabkan kecederaan semasa bersukan, kemalangan dan kekurangan gel di dalam lutut. Setakat ini melalui pengalaman menjalankan rawatan, masalah-masalah seperti itu dapat diringankan dan ada di antara mereka yang sembuh. Kesan pemulihan setiap orang adalah berbeza walaupun kelihatan masalahnya seperti sama. Mereka yang mempunyai masalah sakit lutut biasanya akan mengalami beberapa masalah yang mengganggu aktiviti. Antaranya ialah seperti:  Tidak boleh melipatkan kaki dengan baik (Seperti duduk Tahiyat ketika sedang bersolat)  Terasa sakit apabila menaiki anak tangga, atau menaiki tempat tinggi.  Terasa sakit semasa berlari atau bersukan.  Terasa

~ JOM DOWNLOAD VIDEO URUT BAHU, TENGKUK, LEHER, KEPALA DAN MUKA Secara PERCUMA!! (Urut Shah Alam)

Imej
(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional) TERAPI 'URUTAN SARAF AL AMIN' UNTUK: - Stress - Mengantuk ketika memandu - Bell Palsy (Otot kaku sebelah muka) - Menegangkan Wajah - Lenguh Bahu - Sakit Tengkuk - Sakit Leher . - Urutan yang akan saya tunjukkan ini dapat memberi kelegaan ketegangan otot dibahagian bahu & leher . Sekaligus ia dapat mengurangkan stress dan dapat memberi kerehatan tubuh. Selain itu ia juga dapat membantu melancarkan oksigen di kepala, lantas membuatkan kepala menjadi ringan dan menyegarkan mata. Bagus untuk mereka yang kerja ofis. Kerana mereka ini setiap hari menghadap komputer berjam -jam dalam sehari. (Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional) - Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan mengantuk ketik memandu. Terutamanya ketika memerlukan pemanduan yang panjang dan lama. - Bonus urutan di bahagian muka pula dapat digunakan bagi menegangkan kulit wajah dan dapat m

Senaman merawat SAKIT LEHER dan LENGUH BAHU ~

Imej
Pada entry yang lepas admin telah berkongsi tentang titik-titik atau POINT URUTAN untuk merawat masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Pada mereka yang telah mencuba semoga beroleh kelegaan dan kesembuhan. Tetapi terdapat masalah jika anda tidak boleh mendapatkan seseorang untuk mengurut anda. Oleh itu di sini saya ingin berkongsi pula kaedah rawatan untuk diri sendiri untuk masalah yang sama. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat meringankan masalah anda. Terdapat banyak senaman untuk merawat atau melegakan masalah SAKIT LEHER & LENGUH BAHU. Tetapi memadai saya kongsikan beberapa teknik yang sudah cukup untuk membantu meringankan masalah anda. Teknik senaman yang akan saya kongsikan ini adalah mudah. Dan ia boleh dibuat walaupun anda sedang menonton televisyen. Jangan simpan ilmu ini sorang-sorang, tetapi silalah berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga. Mudah-mudahan beroleh berkat dan anda akan mendapat ganjaran pahala kerana menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Ber

POINT URUTAN MERAWAT LENGUH BAHU & SAKIT LEHER ~

Imej
Masalah sakit leher adalah perkara biasa yang sering dialami oleh ramai orang. Apabila berlakunya masalah sakit leher maka ada beberapa bahagian tubuh juga terlibat secara langsung, iaitu sakit atau lenguh dibahagian bahu dan belikat. Masalah sakit leher/ tengkuk boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan di samping keterbatasan pergerakan. Berikut adalah punca sakit leher, tengkuk & bahu : Kerap duduk menghadap komputer, televisyen atau handphone terlalu lama dalam satu posisi yang tetap. Kepala dalam posisi yang tidak stabil semasa tidur. Terjatuh atau kemalangan yang mengakibatkan hentakan dibahagian tengkuk. Antara masalah yang sering dirasai oleh penghidap masalah leher ialah: Sukar untuk memusingkan kepala, ke kiri & ke kanan. Terasa sakit atau tegang di bahagian tengkuk apabila tunduk ke bawah. Sentiasa lenguh di bahagian tengkuk semasa duduk bekerja. Sakit dibahagian leher/ tengkuk yang berpanjangan juga boleh