6 STEP URUT RAWATAN SAKIT TUMIT.
(Urut Urat Saraf: Shah Alam| Urut Tradisional)
Masalah SAKIT TUMIT amat menyeksakan bagi penghidapnya. Mereka yang mengalami masalah ini akan terasa bisa apabila berjalan, terutamanya pada waktu pagi semasa bangun tidur.
Rata-rata penghidap masalah SAKIT TUMIT menyatakan mereka sangat terseksa apabila bangun pada waktu pagi, semasa mula menapak terasa seperti memijak kaca atau benda tajam yang mencucuk-cucuk di bahagian tumit kaki mereka.
- Sering kali berdiri dalam tempoh yang lama.
- Masalah pada tulang belakang.
- Berat badan berlebihan.
Masalah sakit tumit boleh dirawat melalui beberapa kaedah, antaranya ialah seperti regangan, senaman, petua, bekam, akupuntur dan urutan.
Di AL AMIN kami menggunakan kaedah gabungan antara urutan dan regangan. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Di sini saya ingin kongsikan antara kaedah yang kami gunakan untuk merawat masalah sakit tumit di AL AMIN.
Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini dapat meringankan beban mereka yang mempunyai masalah SAKIT TUMIT dengan di bantu oleh famili atau sanak-saudara terdekat:
===========
- Mulakan urutan dengan binmillah dan doa. Kita perlu meletakkan pergantungan hati hanya kepada Allah, bukan yang lain. Meminta kepada Allah agar diberikan kesembuhan kepada orang yang kita rawat.
- Permohonan kepada Allah adalah satu bentuk penafian kepada kebolehan dan kehebatan diri. Jika kita merawat tanpa meminta kepada Allah, dikhuatiri akan mendatangkan sifat sombong, ego dan takbur apabila pesakit mendapat kesembuhan.
- Doa itu tidak semestinya dengan mengangkat tangan. Berdoa secara berbisik atau di dalam hati juga memadai.
- Biasanya saya akan memulakan urutan dengan membaca Al-Fatihah dan niatkan sebagai penawar untuk pesakit. Dan untuk pendinding boleh dibacakan 3 Qul, boleh juga ditambah dengan membaca ayatul Qursi.
- Untuk mengurut saya mencadangkan menggunakan minyak yang agak pekat seperti minyak zaitun asli. Minyak angin kurang sesuai digunakan untuk urutan kerana teksturnya yang agak kasar dan cepat kering. Tetapi ia sesuai digunakan untuk disapukan slepas urutan.
- Kaedah yang saya akan tunjukkan nanti adalah kombinasi antara URUTAN & REGANGAN.
1)
URAT PERUT BETIS |
- Pertama sekali saya akan duduk dalam kedudukan bertekuk lutut. Bergantung kepada keselesaan anda.
- Kemudian letakkan kaki pesakit ke atas peha atau riba anda (pesakit dalam keadaan meniarap)
- Point urutan adalah di bahagian betis seperti di dalam gambarajah (Sejengkal daripada belakang tumit).
- Letakkan minyak dan urut menggunakan tapak tangan terlebih dahulu.
- Setelah agak lembut, urut menggunakan ibu jari pula seperti di dalam gambarajah.
- Mulakan dengan tekanan sederhana. dan naikkan kekuatan secara tahap demi tahap. Sekadar yang mampu diterima oleh pesakit.
(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional)
.
- Yang kedua ialah urut di bahagian tepi tumit (seperti di dalam gambarajah).
- Kepit tumit dengan menggunakan labu tapak tangan (tekan bagi mantap) sambil urut secara memusing.
- Cari point sakit dan fokus kepada point tersebut.
- Urut sehingga sakit berkurangan. Jika sakit sangat terasa, selang-selikan antara tekanan kuat, perlahan dan sederhana. Urutan akan terasa lebih selesa.
3)
3)
URAT TUMIT TENGAH |
- Langkah ketiga adalah urut tumit pesakit dengan menggunakan buku lima.
- Pilih buku lima yang paling tinggi atau mana-mana yang dirasakan sesuai.
- Kaedah urutan adalah dengan 'tekan dan uli'. Cari point sakit di seluruh bahagian tumit. Setelah jumpa, maka fokuskan urutan pada point tersebut sehingga sakit berkurangan.
4)
- Langkah ke empat ialah tegakkan kaki pesakit seperti dalam gambar.
4)
REGANGAN PERUT BETIS |
- Tekan hadapan tapak kaki pesakit denganyang bertanda merah). Tekan sehingga betul-betul terasa. menggunakan lengan untuk berikan kesan regangan pada bahagian betis (
- Semasa anda melakukan regangan ini, jika point yang saya tandakan hijau itu terasa sakit, maka tidak perlu buat kaedah ini (Ada step lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu)
- Langkah kelima ialah letakkan kaki pesakit di atas peha kita (Ambil contoh merawat kaki kanan pesakit).
5)
REGANGAN TUMIT D-L (Dalam ke Luar) |
- Langkah kelima ialah letakkan kaki pesakit di atas peha kita (Ambil contoh merawat kaki kanan pesakit).
- Kemudian tolakkan tumit pesakit ke arah luar menggunakan tangan kanan (Seperti dalam gambarajah).
- Tolak antara 5-7 saat kemudian lepaskan. Lakukan antara 5-7 kali.
6)
REGANGAN TUMIT L-D (Luar ke Dalam) |
- Langkah keenam ialah tolakkan tumit ke arah dalam pula (Seperti di dalam gambarajah).
- Pada masa yang sama tangan kanan tolak ke arah yang bertentangan untuk wujudkan regangan di bahagian sendi tumit.
- Tolak antara 5-7 saat, kemudian lepaskan. Lakukan antara 5-7 kali.
Ulasan
Catat Ulasan