Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

6 STEP URUT RAWATAN SAKIT TUMIT.

Imej
(Urut Urat Saraf: Shah Alam| Urut Tradisional) Masalah SAKIT TUMIT amat menyeksakan bagi penghidapnya. Mereka yang mengalami masalah ini akan terasa bisa apabila berjalan, terutamanya pada waktu pagi semasa bangun tidur. Rata-rata penghidap masalah SAKIT TUMIT menyatakan mereka sangat terseksa apabila bangun pada waktu pagi, semasa mula menapak  terasa seperti memijak kaca atau benda tajam yang mencucuk-cucuk di bahagian tumit kaki mereka. Antara punca kepada masalah sakit tumit adalah kerana tegang pada bahagian otot betis yang diakibatkan oleh beberapa perkara, iaitu: - Sering kali berdiri dalam tempoh yang lama. - Masalah pada tulang belakang. - Berat badan berlebihan. Masalah sakit tumit boleh dirawat melalui beberapa kaedah, antaranya ialah seperti regangan, senaman, petua, bekam, akupuntur dan urutan. Di AL AMIN kami menggunakan kaedah gabungan antara urutan dan regangan. Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan. Di sini saya ingin kongsikan antara kaedah yang

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

Imej
(Urut Urat Saraf: Shah Alam | Urut Tradisional) Masalah sakit pinggang adalah antara masalah yang kerap di hadapi oleh ramai orang. Tidak kira sama ada lelaki, wanita, remaja, golongan sederhana mahupun atasan. Masalah sakit pinggang yang berterusan akan menganggu banyak aktiviti harian kita termasuk berkerja, beribadat dan bersosial. Masalah sakit pinggang tidak boleh diambil ringan kerana sesetengah masalah ini boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk. Terdapat banyak punca kepada masalah sakit pinggang ini. Antaranya ialah: Kemalangan jalan raya. Angkat barang berat dengan cara yang salah, atau angkat barang yang terlampau berat. Terjatuh akibat bersukan. Duduk terlampau lama dalam satu posisi.  Antara simptom masalah sakit pinggang yang selalu dialami oleh penghidapnya adalah seperti: Tidak boleh membongkok dengan baik. Sakit apabila memusingkan badan. Sakit apabila dukung anak/ Sensitif mengangkat barang berat. Sakit apabila batuk atau bers

8 STEP URUTAN SAKIT LUTUT (Urut Shah Alam :011-50404441 ) ~

Imej
Sakit lutut adalah suatu masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang agak berumur. Masalah sakit lutut ini tidak kurang juga di alami oleh mereka yang berusia muda, terutamanya ahli-ahli sukan mahupun mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Terdapat pelbagai punca kepada masalah sakit lutut ini. Antaranya ialah disebabkan kecederaan semasa bersukan, kemalangan dan kekurangan gel di dalam lutut. Setakat ini melalui pengalaman menjalankan rawatan, masalah-masalah seperti itu dapat diringankan dan ada di antara mereka yang sembuh. Kesan pemulihan setiap orang adalah berbeza walaupun kelihatan masalahnya seperti sama. Mereka yang mempunyai masalah sakit lutut biasanya akan mengalami beberapa masalah yang mengganggu aktiviti. Antaranya ialah seperti:  Tidak boleh melipatkan kaki dengan baik (Seperti duduk Tahiyat ketika sedang bersolat)  Terasa sakit apabila menaiki anak tangga, atau menaiki tempat tinggi.  Terasa sakit semasa berlari atau bersukan.  Terasa