Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Setahun tanggung sakit bahu sampai 'effect' leher dan pergerakan tangan.

Imej
Dah setahun En Syuib menanggung sakit bahu dan belikat sampai memberi kesan kepada leher dan pergerakan tangan. Alhamdulillah selepas satu sesi terapi saraf masalah beliau telah kurang sehingga 50%. Sayang pula rasanya saya kalau tak kongsikan, tapi jgn baca separuh, takut salah faham. Dalam seminggu lepas Pak Cik Syuib, 59, datang untuk dapatkan servis urutan untuk sakit bahu dan belikat. "Apa pergerakan yang Pak Cik tak boleh buat ye?" Saya bertanya. "Kalau saya angkat tangan dan pusingkan kepala, maka bahu dan belikat saya akan terasa sakit". Kata Pak Cik Syuib sambil memegang tempat yang bermasalah. Sebenarnya Otot bahu bersambung dengan leher dan mempunyai perkaitan dengan tangan, sebab itu biasanya sakit di bahu dan belikat boleh menjejaskan pergerakan leher dan tangan. Setelah diperiksa saya dapati ada berlaku 'perlekatan' di bahagian tulang yang perlu dilepaskan. Kerana jika tidak dilepaskan masalah akan jadi sukar untuk dirawat atau muda