Setahun tanggung sakit bahu sampai 'effect' leher dan pergerakan tangan.
Dah setahun En Syuib menanggung sakit bahu dan belikat sampai memberi kesan kepada leher dan pergerakan tangan. Alhamdulillah selepas satu sesi terapi saraf masalah beliau telah kurang sehingga 50%.
Sayang pula rasanya saya kalau tak kongsikan, tapi jgn baca separuh, takut salah faham.
Dalam seminggu lepas Pak Cik Syuib, 59, datang untuk dapatkan servis urutan untuk sakit bahu dan belikat.
"Apa pergerakan yang Pak Cik tak boleh buat ye?" Saya bertanya.
"Kalau saya angkat tangan dan pusingkan kepala, maka bahu dan belikat saya akan terasa sakit". Kata Pak Cik Syuib sambil memegang tempat yang bermasalah.
Sebenarnya Otot bahu bersambung dengan leher dan mempunyai perkaitan dengan tangan, sebab itu biasanya sakit di bahu dan belikat boleh menjejaskan pergerakan leher dan tangan.
Setelah diperiksa saya dapati ada berlaku 'perlekatan' di bahagian tulang yang perlu dilepaskan. Kerana jika tidak dilepaskan masalah akan jadi sukar untuk dirawat atau mudah berulang kembali.
Saya gunakan teknik 'Alignment' Tulang dan urut di tiga point penting untuk merawat masalah beliau. Hanya dengan 1 sesi rawatan masalah En Syuib telah berkurang sehingga 50%.
Tiga point yang saya gunakan ialah:
1) URAT BAHU
Ini adalah bahagian Otot Trapezius (Atas). Bahagian ini boleh dikatakan point utama untuk merawat masalah pergerakan tangan, iaitu seperti terasa sakit ketika mengangkat barang atau apabila mengangkat tangan ke atas.
2) URAT BAHU DEPAN
Ini adalah bahagian Otot Deltoid, tetapi dalam kes Pak Cik Syuib ini saya fokuskan di bahagian depan.
Dalam teknik Al Amin, jika anda ingin fokus urut di bahagian ini, maka urut dalam keadaan duduk adalah terbaik, kerana lebih mudah mencapai point yang dalam.
3) URAT LENGAN
Ini adalah bahagian Otot Teres Minor. Untuk kes Pak Cik Syuib, tekanan yang perlu dilakukan adalah agak dalam dan saya menggunakan teknik keruk untuk capai lebih dalam.
Cuma untuk kaedah tekanan yang dalam perlu diselang-selikan dengan tekanan ringan dan sederhana. Ia perlu dilakukan dalam keadaan empati, iaitu kita sentiasa mengambil berat keadaan pesakit sepanjang urutan dijalankan.
===
Tips untuk anda:
- Mulakan rawatan dengan doa dan rasa rendah hati di hadapan Allah. Kerana hanya dengan izin Allah sahaja kesembuhan itu akan datang. Sepanjang urutan hati hendaklah meminta kesembuhan dari Allah.
- Mulakan rawatan dengan membaca 3 Qul. Niatkan sebagai pendinding diri dari segala perkara yang tidak diingini.
- Mulakan rawatan dengan Al Fatihah, dan niatkan sebagai penawar untuk pesakit.
===
Ini adalah ilmu rawatan yang saya gunakan untuk En Syuib, jika anda mempunyai simptom yang sama mungkin juga ia berguna untuk anda.
Silakan share dan sebarkan, mudah-mudahan ia dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada ramai orang.
Pusat Terapi Saraf Al Amin

PAGE FACEBOOK |

HIGH IMPACT THERAPY
(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).
Ulasan
Catat Ulasan