~ 7 tips penting urut bahagian bengkak! (Urut kaki terseliuh)
Masalah bengkak sering di alami oleh mereka yang gemar bermain sukan lasak seperti bermain bola sepak dan rugby.
Antara bahagian yang kerap mengalami masalah bengkak akibat kecederaan sukan adalah di bahagian angkel/ pergelangan kaki dan lutut.
Di sini saya ingin kongsikan 7 tips urutan, bagaimana untuk membantu mereka yang mengalami masalah bengkak akibat terseliuh ini.
Secara asasnya, sentiasa memulakan urutan dengan doa dan pengharapan kepada Allah terlebih dahulu. Setelah itu mulakan urutan dengan hati yang tenang tanpa tergopoh-gapah. Ini adalah tips tersebut:
1) Untuk urut bahagian yang bengkak, mulakan urutan di bahagian yang kurang sakit terlebih dahulu, selepas itu barulah ke bahagian yang lebih kritikal.
Contohnya untuk masalah bengkak di bahagian angkel/ pergelangan kaki (terseliuh), maka mulakan urutan di bahagian betis. Urutan di bahagian betis akan membantu mengurangkan sakit di bahagian angkel dan tapak kaki.
2) Bahagian yang membengkak perlu diurut dengan penuh kesabaran dan jangan tergopoh-gapah. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk kecut, kadangkala sehingga hampir 1 jam untuk mengecutkan bengkak agak teruk.
Urutan perlu bermula dengan perlahan, gunakan skop tekanan yang lebar seperti tapak tangan. Kemudian setelah sakit berkurangan, tingkatkan tahap tekanan sedikit demi sedikit.
3) setelah selesai urutan di bahagian betis, fokuskan pula urutan di bahagian Urat Tulang Keting (Tibialis Anterior), sekeliling buku lali dan di bahagian tengah pergelangan kaki.
3) setelah selesai urutan di bahagian betis, fokuskan pula urutan di bahagian Urat Tulang Keting (Tibialis Anterior), sekeliling buku lali dan di bahagian tengah pergelangan kaki.
Kesumbatan perlu diuraikan dan bengkak perlu disurutkan. Ia akan membantu menguatkan dan melancarkan kembali pergerakan kaki.
4) Terus bermula dengan tekanan berat boleh menyebabkan bengkak yang sedia ada menjadi lebih teruk.
5) Jika anda tidak berani untuk mengurut bengkak yang berat, anda boleh meminta pesakit untuk tuamkan bahagian bengkak dengan ais terlebih dahulu antara 2 atau 3 kali sehari, setiap sesi lakukan selama setengah jam atau lebih. Kemudian datang mengurut pada hari yang berikutnya. Insya Allah dengan petua ini bengkak yang dialami boleh dikurangkan hampir separuh.
6) Pastikan pesakit yang terseliuh itu tidak mengalami masalah keretakan tulang, kerana urutan di bahagian retak boleh menyebabkan bengkak menjadi lebih parah, minta pesakit kesan masalah tersebut melalui X-Ray di hospital.
7) Elakkan juga mengurut bahagian yang membengkak disebabkan oleh penyakit gout.
Setelah berurut pesakit perlu berehat dan kurangkan berjalan. Masalah yang melibatkan bengkak di bahagian sendi akan lambat pulih sekiranya tidak mendapatkan rehat yang cukup.
Kerehatan yang cukup dapat membantu proses pemulihan untuk berjalan dengan lebih baik lagi.
HIGH IMPACT THERAPY
(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).
Ulasan
Catat Ulasan