CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA MEMBANTU RAMAI PESAKIT

Cara urut sakit leher menjalar ke bahu

"Hari tu saya ikut apa yang cikgu ajar. Iaitu cara urutan leher, bahu dan belikat. Kebetulan leher terasa ketat. Asbab saya ikut teknik urutan yang cikgu ajar dah rasa lega. Tak sakit dah leher dan belikat."
-Nurulezati-

Respon pesakit yang telah amalkan ilmu yang saya kongsikan. Cara hilangkan sakit leher.



PUNCA SAKIT LEHER

Zaman mutakhir ini ramai mereka yang mengalami masalah sakit leher, sehingga boleh membawa kepada pelbagai masalah lain yang lebih berat, kerana di bahagian leher terdapat banyak saraf yang menghubung kepada kepala, mata, hidung, lidah dan bahagian muka. Jika anda sedang mengalami masalah sakit leher, maka posting ini adalah untuk anda.

Antara sebab kepada masalah sakit leher adalah kerana faktor kerja atau aktiviti berterusan yang menjurus kepada memberikan beban berterusan kepada bahagian leher atau bahu, iaitu seperti:

1)  Kerja ofis

  • Berjam-jam duduk menghadap komputer tanpa melakukan regangan untuk tengkuk. Untuk jangkamasa panjang ia akan menyebabkan tengkuk menjadi tegang.

2) Memandu lama setiap hari

  • Seperti driver yang terpaksa mengharungi jem dan berada pada posisi duduk hampir sepanjang hari.

3) Stress

  • Stress turut menyumbang kepada masalah sakit leher, ia juga boleh menyebabkan datangnya pelbagai penyakit berkaitan seperti darah tinggi, sakit jantung dan stroke.

4) Angkat bebanan berat

  • Mereka yang gemar bermain sukan angkat berat juga tida terkecuali terkena masalah ini. Ia adalah akibat tidak melakukan pemanasan otot yang cukup sebelum beralih kepada mengangkat bebanan yang berat yang melibatkan otot bahu. Otot bahu dan leher (Tengkuk) adalah bersambung (Trapezius), oleh itu masalah bahu juga boleh menyumbang kepada masalah sakit leher sepertimana di dalam gambarajah TRAPEZIUS MUSCLE di atas.

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER


Di sini saya kongsikan kaedah urutan untuk merawat masalah sakit leher, iaitu 5 point urutan dan 1 senaman mudah. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada anda yang sedang mempunyai masalah ini.


1) LEKUK PANGKAL IBU JARI TANGAN (TEPI PERGELANGAN TANGAN).



Point ini terletak di pangkal ibu jari tangan. Terdapat lekuk di tepi pergelangan tangan. Jika anda sakit leher kiri tekan di sebelah kiri, tetapi jika sakit di sebelah kanan tekan di bahagian kanan.


2) URAT LEHER



Point ini saya namakan sebagai URAT LEHER. Dalam bahasa anatomi ia dinamakan sebagai STERNOCLEIDOMASTOID. Ini adalah urat atau otot yang lembut dibahagian leher, terletak dibahagian bawah telinga. Cuba cari, seolah-olah ada tali yang memanjang ke bawah. 

Gunakan hujung jari-jemari tangan untuk mengurut bahagian tersebut. Fokuskan tekanan lebih kepada point yang sakit dan bermasalah. 


3) URAT BAHU (TRAPEZIUS)




Point ini saya namakan sebagai Urat Bahu. Saya gunakan istilah bahasa melayu yang mudah agar ia memudahkan anda untuk ingat dan faham. Dalam bahasa anatomi ia dinamakan TRAPEZIUS.

Point ini terletak dibahagian bahu seperti di dalam gambarajah. Jika bahagian tengkuk menegang, maka biasanya bahagian ini akan turut mengeras. Ia perlu dilembutkan, dengan itu perjalanan darah akan kembali menjadi lancar dan sekaligus melegakan bahagian yang sakit.

Urut menggunakan bahagian hujung jari-jemari. Fokuskan tekanan pada bahagian yang sakit dan keras. Urut seluruh bahagian tersebut.



  4) TEPI URAT LEHER (TARIK DARI GARISAN LEKUK TEPI URAT LEHER)



Ini adalah bahagian tepi Urat Leher. Di bahagian tersebut ada garisan lekuk. Letakkan hujung jari di bahagian lekuk tersebut dan tarikkan ke depan. Gunakan hujung jari kanan untuk urut bahagian kiri leher, begitu juga sebaliknya gunakan tangan kiri untuk urut bahagian kanan leher.


5) URAT TENGKUK (SPLENIUS CAPITIS)


Urutan seterusnya ialah pada bahagian Urat Tengkuk atau nama anatominya adalah SPLENIUS CAPITIS. Lokasinya adalah dibahagian bawah tengkorak kepala. Urut bahagian ini menggunakan jari-jemari. Lakukan urutan dari atas hingga ke bahagian tengkuk bawah.  Fokuskan urutan pada bahagian yang tegang.



6) URAT DADA 


Point ini terletak di bahagian dada. Ia sangat penting untuk meredakan sakit belikat, sekaligus memberi kelegaan kepada bahagian leher. Tekan dan urut ke bawah atau sedikit serong. Jika bahagian ini bermasalah akan terasa perit dan berketul-ketul.


7) URAT BELIKAT



Ini adalah point belikat. Ramai orang yang sakit leher akan mengadapi tegang urat belikat juga. Anda boleh gunakan konsep point untuk urut bahagian ini. Yang penting berikan tekanan yang berulang dan mencukupi.


"..Ilmu urutan yang cikgu bagi saya cuba urut kepada kawan saya, Alhamdulillah rasa sakit leher dah ok. Saya urut pakai Minyak Arji. Ia sangat bagus, kawan saya suka.."

-Siti Shuhada Ijah- 


Urut kawan sakit leher guna ilmu diberi


Berdoalah kepada Allah sebelum usahakan teknik ini, mudah-mudahan allah berikan kesembuhan. 
Lakukanlah kaedah ini dengan bersungguh-sungguh dan konsisten. Lakukan 3 kali sehari, iaitu pagi, tenghari/petang dan malam. Lakukan sehingga mendapat kesan yang baik. Tonton video di bawah untuk memudahkan kefahaman anda:



Disclaimer:

Saya ada kongsi pelbagai variasi cara urut sakit leher, tetapi semuanya hampir sama. Respon setiap pesakit mungkin berbeza bergantung kepada kondisi dan konsistensi dalam mengamalkan ilmu yang dikongsikan.


Nak tahu cara mengurut pasangan atau ahli keluarga yang sakit belikat? baca artikel di bawah ini 👇



KLIK SINI 

NOTA:

Semoga artikel CARA HILANGKAN SAKIT LEHER ini dapat memberi manfaat kepada anda dan keluarga. Mohon jasa baik anda untuk share artikel ini ke dalam group whatsapp family dan rakan-rakan agar manfaatnya dapat terus dipanjangkan. Kita bantu orang, Allah bantu kita.




Ulasan

  1. Series berkesan. Aku malam2 ni xleh tido sebab sakit leher sangat2. Berkesan! Tapi xla 100% hilang tros sakit tu. Nampak mcm tipu sgt plak kan. Aku ikot step dia, kurang la sikit sakit tu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Tq ilmunya. Moga diberkati Allah SWT. Mohon utk share

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)