CARA MENGECUTKAN BENGKAK & MELEGAKAN SAKIT-SAKIT URAT DENGAN MENGGUNAKAN HALIA.

Kesian tengok orang terseliuh. Kes terseliuh ni biasanya berlaku di bahagian angkle atau pergelangan kaki. Orang yang terseliuh biasanya akan dapat pakej sekali dengan bengkak di bahagian tersebut. Masa tengah bengkak tu memang sakit bila nak berjalan lebih-lebih lagi kalau di tempat kita tinggal tu tiada tukang urut.

Di sini saya nak kongsikan tips atau petua bagaimana untuk mengecutkan bengkak jika anda terseliuh. Dengan tips ini akan dapat mempercepatkan proses rawatan. Ini adalah untuk treatment sementara jika kita tak tahu di mana nak cari tukang urut. Tapi untuk rawatan yang lebih sempurna perlu disusuli dengan urutan.

:- Bahan - bahan yang diperlukan ialah :-

1- Tepung Gandum

2- Halia




  • Cara-cara menggunakannya:


1- Ambil halia secukupnya dan tumbuk dengan lesung batu (blander pun boleh)

2- Setelah hancur campurkan dengan sedikit tepung gandum.( Jangan terlalu banyak cukup sekadar menjadi 'agen' pelekat sahaja)

3- Tempekkan pada kawasan yang sedang membengkak. Lazimnya bahagian yang ditempekkan akan terasa panas sedikit, jangan risau biarkan saja. Jika terlampau panas boleh kurangkn dos halia yang digunakan mengikut kesesuaian.

4- Petua ini boleh dibuat setiap hari sehingga bengkak kembali kecut.

  • Petua di atas juga boleh digunakan untuk melegakan sakit urat seperti:


- Terseliuh
- Sakit Pinggang
- Sakit Lutut
- Lenguh-lenguh belakang atau mana-mana bahagian tubuh
- Asma/ Sesak nafas (letak dibahagian dada dan belikat)
- Perut kembung





Caranya hanya perlu tempekkan atau lumurkan pada bahagian-bahagian yang bermasalah.

Untuk merawat masalah lutut, lumurkan bahan yang telah siap ini ke seluruh lutut termasuk bahagian pelipat (jika perlu), dan lebihkan 3 inci ke atas bahagian Lutut ,iaitu sebahagian daripada peha.

*Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam untuk setiap sesi rawatan.


-------------------------------------------------------------------------------

- Antara kaedah lain ialah tidak menggunakan tepung. Iaitu ambil halia yang telah ditumbuk tadi langsung ditempekkan pada tempat bengkak/ sakit urat, ditutupkan dengan daun yang lebar atau plastik, kemudian balutkan dgn kain atau bandage.

* Petua ini Insya Allah dapat mengecutkan bengkak, melancarkn pengaliran darah, melembutkan urat yang tegang, dan membuang angin yang 'tersekat', contonhya seperti perut kembung akibat angin.

Mudah-mudahan tips ' CARA KECUTKAN BENGKAK & MELEGAKAN SAKIT-SAKIT URAT ' ini amat bermanfaat untuk anda. Jangan lupa 'share' kan info ini ye, kerana setiap mereka yang mendapat manfaat daripada artikel ini anda juga yang akan mendapat ganjarannya nanti ^_^


Ulasan

  1. Assalamualaikum.. sy mohon keizinan utk praktik kn ilmu y diberi ini utk mak sy atau sesiape sje y ade masalh lutut dll ye tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You muslim ke sis? huhu.. Baik saya izinkan share ilmunya =)

      Padam
  2. terima kasih. mohon halalkan ilmu...

    BalasPadam
  3. assalamualaikum sy nk cuba petua yang tuan kongsikan dkt urat tgn sy kiri kanan yg tegang, mngeras mslh angin yang serius.mudah2an allah berikan kesembuhan n murahkan rezeki tuan sudi kongsikn ilmu nie

    BalasPadam
  4. assalamualaikum sy nk cuba petua yang tuan kongsikan dkt urat tgn sy kiri kanan yg tegang, mngeras mslh angin yang serius.mudah2an allah berikan kesembuhan n murahkan rezeki tuan sudi kongsikn ilmu nie

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, minta izin utk saya cuba petua ni utk ank bujang saya terseliuh dipergelangan tangan..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..terima kasih ..ilmu yg telah di manafaatkan..

    BalasPadam
  7. Minta izin juga wrist tngan saya kiri knan sakit disebabkan urat...

    BalasPadam
  8. Saya dapat idea NI sendiri Dan tambahkan lada hitam supaya lebih umph!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)