CARA MENGURUT BADAN YANG BETUL ~
Berkenaan dengan cara urut badan terdapat berbagai pandangan dan aliran bergantung kepada pembelajaran dan pengalaman dari guru masing- masing. Ada tukang urut yang berpendapat urutan itu seharusnya bermula daripada: Tapak kaki - Dengan alasan di tapak kaki terdapatnya hujung saraf yang menghubungkan kepada seluruh tubuh. Perut - Kerana perut adalah punca segala penyakit (Makanan) Kepala - Kerana kepala ialah pusat kepada seluruh tubuh Belakang - Kerana bahagian belakang adalah paling selesa diurut dan paling dekat dengan pelbagai organ tubuh. Pada saya tiada yang salah asalkan kaedah tersebut terbukti dapat membantu meringankan atau merawat masalah yang dihadapi oleh pesakit. Tetapi jika kaedah tersebut tidak dapat membuktikan bahawa ianya berkesan maka teknik tersebut sepatutnya perlu lagi diperhalusi dan diperbaiki. Kepada anda yang berminat untuk mengetahui point-point urutan untuk merawat/ melegakan masalah sakit-sakit tubuh saya telah pun siapkan untuk anda