Merawat masalah lenguh tangan
----------------------------------------
Masalah lenguh tangan yang biasa lazimnya berlaku ketika kita banyak membuat kerja seperti mengangkat barang, memandu kereta atau membaca buku sambil berbaring.. dan selepas berehat seketika masalah lenguh tangan akan reda dengan sendirinya. Kadangkala lenguh tangan juga berlaku semasa kita sedang berbaring dengan menindih tangan yang sebelah, biasanya dalam posisi mengiring.
Masalah seperti ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya bersifat sementara. Lenguh tangan atau kebas itu adalah disebabkan oleh perjalanan darah yang tersekat akibat ditindih oleh tubuh. Biasanya akan hilang selepas anda membetulkan kembali kedudukan.
Tetapi walaupun begitu terdapat satu lagi masalah yang lebih kurang sama tetapi tidak serupa, iaitu masalah lenguh tangan yang agak berat.
Dalam keadaan biasa tangan mengambil masa untuk lenguh, contohnya jika anda sedang memandu kereta tangan mungkin mengambil masa berjam-jam untuk terasa lenguh. Tetapi jika baru 15 minit atau setengah jam memandu anda sudah terasa lenguh maka ini adalah tidak normal. Keadaan ini diburukkan lagi jika lenguh tersebut lambat untuk hilang.
Masalah lenguh tangan yang sangat kerap dan sangat cepat perlu dirawat, jangan dibiarkan begitu sahaja.
Melalui pengalaman merawat dengan Urutan Saraf Al Amin di AMEEN THERAPY saya dapati mereka yang mengalami masalah lenguh tangan adalah disebabkan oleh keadaan otot yang menegang dibahagian belikat hingga ke bahagian lengan. Jadi tidak hairanlah jika orang yang kerap mengalami masalah lenguh-lenguh tangan turut mengalami sakit atau sengal di bahagian belakang tubuh.
Otot atau urat yang tegang itu perlu diurut dan dilembutkan. Selain itu masalah lenguh tangan yang agak teruk juga adalah disebabkan oleh keadaan tulang yang menghimpit atau merapat sehingga menekan disk. Disk yang 'tertekan' berisiko mengganggu saraf di tepi tulang belakang.
Oleh kerana masalah tersebut adalah diakibatkan oleh 2 masalah, iaitu otot tegang dan tulang merapat, maka Ameen Therapy membuat kombinasi 2 jenis rawatan, iaitu Urutan Saraf dan Regangan Tulang AL Amin.
Kepada anda yang ingin mendapatkan slot rawatan sila WhatsApp ke 011-50404441.
------------------------------------------------
KLIK SINI |
Ulasan
Catat Ulasan