AYAT RAWATAN PENYAKIT FIZIKAL & MISTIK UNTUK EMERGENCY ~



Sebelum ini semasa masih belajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) saya kerap membaca ayat-ayat manzil.
.

MANZIL ini adalah nama yang diberi untuk suatu kitab kecil yang menghimpunkan ayat-ayat Al Quran berdasarkan hadis-hadis nabi saw.
.

Teringat lagi dulu pada suatu malam semasa meeting bersama AJK asrama. Ketika meeting tiba-tiba kedengaran seorang pelajar wanita terkena histeria.
.

Apabila berlaku kejadian tersebut pada masa itu semua orang memandang saya dan meminta saya untuk berbuat sesuatu.

"Alamak, apa yang aku nak buat ni?.." Saya berbisik dalam hati sambil memikirkan apakah yang akan berlaku nanti.

Pada masa tu semua orang mengharapkan saya kerana saya adalah antara yang paling senior dan ditambah lagi dengan muka saya yang agak familiar di Pusat Islam (Masjid) Politeknik.

Masa tu saya 'blur' dan nervous sekejap. Tak tahu nak buat apa.

.

Sebelum ini saya pernah lihat Ustaz di Politeknik memberikan rawatan untuk murid-murid yang terkena histeria atau rasukan, tetapi saya tak pernah memberikan rawatan untuk masalah tersebut.
.

Berbekalkan pengalaman yang tak seberapa ini saya beranikan diri untuk membantu, kerana pada masa kejadian semua orang tak nampak orang lain untuk membantu kecuali saya.



Saya cuba bertenang dan meminta rakan-rakan pesakit tersebut membawanya ke pejabat, ruangnya lebih luas dan selesa untuk rawatan.
Sesampai di ruang pejabat yang lapang pesakit tersebut didudukkan di atas sofa.
.


"Tolong ambilkan segelas air.." Pinta saya kepada rakan yang membantu.

Dengan berlapikkan kain saya memegang ibu jari kaki pelajar tersebut seperti mana yang saya pernah lihat ustaz lakukan semasa rawatan.

Dengan penuh DOA dan TAWAKKAL saya mula membaca apa saja ayat manzil yang saya ingat termasuklah ayat qursi, dua ayat terakhir surah Al Baqarah dan diikuti dengan ayat-ayat lain. Masa tu saya tak ingat semua. Banyak yang lupa.
.

"Aku tak hafal semua, boleh ke ni?" Fikir saya.
Apabila saya membaca ayat-ayat perlindungan & rawatan terlihat pelajar tersebut mengeluh dan meronta kesakitan.

"Arggh.. PANAS!!! , PANAS!!! .."

Saya pun teruskan bacaan sambil hati tidak putus dengan doa.
.

Semasa pembacaan sedang berjalan tiba-tiba pesakit tersebut jatuh tersandar di sofa tersebut, terbaring di sisi kawannya. Matanya terpejam seperti sedang tidur.

"Dah keluar kot.." Fikir saya.

Seperti yang selalu saya lihat Ustaz buat, biasanya apabila pesakit histeria senyap dan tertidur itu tanda makhluk halus itu telah pun keluar, tetapi kadangkala 'ia' akan singgah kembali.
.

Saya teruskan bacaan. Setelah selesai membaca saya tiupkan ke dalam air yang disediakan tadi.

"Kejutkan dia, sapukan air ke muka dan bagi dia minum .. " Pinta saya kepada rakan pelajar tersebut yang setia menemani beliau.
.

Setelah dikejutkan kelihatan pelajar tersebut keletihan dan tidak bermaya. Setelah selesai minum beberapa soalan asas diajukan (seperti nama diri sendiri dan nama rakan disebelahnya) untuk memastikan beliau benar-benar telah sedar dan sudah berada di dalam kawalan. Dan nampaknya setiap soalan dapat dijawab dengan baik.
.

"Alhamdulillah.."

Allah telah membantu saya dan Dia jugalah yang menyembuhkan. Ini adalah rawatan histeria pertama dalam hidup saya dan tak mungkin dapat saya lupakan.







Setelah rawatan tersebut maka saya mula bertanya lebih detail tentang kaedah rawatan kepada Ustaz dan mula menghafal ayat-ayat manzil yang selama ini saya hanya baca sahaja.
.

Ternyata setelah itu saya semakin kerap dipanggil apabila berlaku kejadian seperti itu. Saya juga pernah dipanggil ke luar Politeknik beberapa kali untuk menjalankan rawatan. Alhamdulillah kebanyakannya berhasil. Biasanya hanya kes yang ringan, bukanlah kes berat yang melibatkan sihir dan saka.
.

Cukuplah saya ambil ilmu ini hanya sebagai persiapan keluarga, rasa tak mampu nak pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Setelah 5 tahun meninggalkan Politeknik, sehingga kini saya masih menggunakan ayat-ayat manzil ini untuk tujuan rawatan.

.

Antara masalah yang pernah saya rawat dengan menggunakan ayat-ayat manzil ini ialah:
+ Masalah kerasukan/ histeria.
+ Masalah mahkluk halus yang menempel/ menumpang di tubuh badan.
+ Anak demam panas (Dengan izin Allah suhu turun selepas membaca ayat manzil).
+ Anak menangis malam/ siang tanpa sebab dengan tidak berhenti-henti.

Dan ia berkesan.
.

Keadaan seperti di atas berlaku pada masa yang tidak diduga, bukan saya cari. Menurut pembacaan saya ayat ini tidak terbatas untuk merawat masalah gangguan makhluk halus semata-mata, bahkan ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah/ penyakit fizikal. 

.

Ada beberapa kaedah yang saya gunakan untuk merawat dengan menggunakan ayat ini, antaranya ialah:

+ Bacakan ayat pada air kemudian berikan kepada pesakit untuk diminum.

+ Membaca ayat sambil mendukung atau memegang anak.

+ Meletakkan tangan pada kepala/ ubun-ubun pesakit sambil membacakan ayat.

+ Membaca sambil meletakkan tangan di bahagian yang bermasalah/ bahagian yang sakit.
.

Saya kongsikan sedikit pengalaman ini supaya tuan/puan juga dapat menggunakan ayat ini untuk PERLINDUNGAN DIRI (Bacakan sebagai amalan) mahupun sebagai AYAT PENAWAR di saat anda dan keluarga sangat-sangat memerlukannya.
.

Dalam beramal letakkan PENGHARAPAN, DOA & TAWAKKAL hanya kepada Allah semata-mata dan bukan selainNya.

.

Terima kasih kerana anda sudi membaca sehingga habis. Sebagai hadiah saya berikan link download AYAT-AYAT MANZIL ini kepada anda, sila share blog ini dengan rakan-rakan anda =)

Link download AYAT MANZIL <------ Klik di sini

.

.

KLIK SINI



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)