BAGAIMANA AIR DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK => Mengurangkan masalah kerap mengantuk di waktu siang, kurangkan masalah sakit sendi/ arthritis, meningkatkan tahap kesihatan. Dan ketahui kuantiti air yang tubuh anda perlukan setiap hari.





==========================

Air adalah antara faktor terpenting dalam penjagaan kesihatan tubuh, sama ada ianya sebagai kaedah rawatan mahupun penjagaan kesihatan. Ramai orang mengambil mudah dan memandang remeh tentang kepentingan air kepada tubuh sehingga menyebabkan mereka senang mendapat penyakit dan kesihatan tubuh juga sering terganggu.


Antara nasihat asas yang sering diberikan oleh pakar perubatan dalam penjagaan kesihatan ialah minum air dengan banyak, iaitu antara 8 hingga 10 gelas atau 2 liter sehari. Ia adalah ilmu asas dalam usaha untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh.

Sekiranya anda kerap buang air kecil pada waktu siang ia adalah suatu perkara yang baik kerana ia adalah proses semulajadi tubuh mengeluarkan sisa toksik dan bahan buangan dari tubuh badan. Tetapi sebaliknya jika anda kerap membuang air kecil pada waktu malam maka ia adalah suatu perkara yang kurang baik dan bukan suatu perkara yang normal.

Menurut pakar air bertauliah, Michael Long dari Persatuan Kualiti Air (WQA)- kekurangan air di dalam tubuh boleh menyebabkan tubuh berasa letih pada waktu siang, yang seterusnya boleh menyebabkan gangguan pernafasan, sakit perut, kebas anggota dan risau tanpa alasan yang munasabah.

Mereka yang kekurangan air akan mudah mengantuk pada waktu siang,tubuh menjadi tidak bermaya dan kurang segar, mengapa ini berlaku?



Antara puncanya ialah akibat kekurangan oksigen yang diakibatkan oleh kekurangan air (kerana di dalam molekul air mengandungi oksigen, apabila kekurangan air sekaligus oksigen turut berkurangan)


Ini adalah kerana tubuh memerlukan air yang mencukupi untuk menjalankan proses pencernaan dan pembakaran.

Kekurangan air pada tubuh untuk menjalankan proses pencernaan & pembakaran menyebabkan kandungan oksigen tidak mencukupi (dengan kadar yang sepatutnya) untuk diberikan kepada otak. Oleh itu kekurangan oksigen yang diperlukan oleh otak  mengakibatkan masalah kerap mengantuk diwaktu siang atau selepas makan.



Sekiranya kita minum air yang banyak dan mencukupi maka masalah seperti mengantuk di waktu siang dapat dikurangkan dan keadaan tubuh menjadi lebih stabil.

Tetapi bagaimana jika anda sudah minum air dengan kuantiti yang mencukupi tetapi masih tetap mengantuk di waktu siang? 

Jika keadaan ini berlaku maka punca masalah anda adalah berbeza, antara masalah lain yang menyumbang kepada mengantuk pada waktu siang adalah kandungan toksin yang tinggi di dalam tubuh. Selain daripada minum air dengan banyak anda perlu juga membuat rawatan tambahan untuk memaksimumkan pembuangan toksin di dalam tubuh.

Untuk membuang toksin di dalam tubuh terdapat beberapa cara iaitu:

- BERSENAM
Mengeluarkan toksin dengan cara mengeluarkan peluh.

- BERBEKAM
Mengeluarkan toksin dengan cara mengeluarkan darah Kotor di bahagian permukaan kulit.

- BERSAUNA
Mengeluarkan toksin dengan cara mengeluarkan peluh dengan kaedah pemanasan suhu sauna.

- BERURUT 
Selepas berurut minum air banyak, toksin yang pecah dengan urutan dapat dikeluarkan melalui proses pembuangan air kecil mahupun air besar

------------------------

Selain itu minum air yang banyak juga (sekurang-kurangnya 5 gelas sehari) dapat mengurangkan risiko penyakit kanser, iaitu seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser pundi kencing.

Air yang mencukupi juga sangat bermanfaat untuk melegakan masalah pergerakan sendi. Malah kajian menunjukkan bahawa jika meminum antara 8 hingga 10 gelas sehari dapat mengurangkan masalah Atritis (Masalah sendi) sehingga 80 peratus.






KLIK SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)