JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH SAKIT LEHER! ~
Ramai orang yang mengalami masalah sakit leher atau sakit tengkuk, bagi anda yang tak pernah mengalami masalah ini mungkin akan anggap ia hanya masalah kecil sahaja, tetapi hanya mereka yang sakit sahaja yang boleh ceritakan betapa mereka 'struggle' menjalani kehidupan harian mereka bersama masalah ini.
Lazimnya mereka yang mengalami masalah ini tidak boleh membuat pergerakan kepala dengan baik, terbatas untuk toleh kepala ke kiri, ke atas, ke kanan dan ke bawah.
Bahkan lebih daripada itu, masalah ini boleh menyebabkan datangnya pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, lesu tubuh, kerap mengantuk, berisiko kemalangan semasa memandu (kerana tak boleh pusing kepala dengan baik), menjatuhkan prestasi kerja, hilang fokus dan lain-lain masalah yang mendatang.
Mereka yang mengalami masalah sakit leher ini biasanya bekerja ofis, iaitu kerap duduk berjam-jam dalam posisi yang sama. Leher yang berada pada kedudukan yang statik akan mula membeku dan menyebabkan pergerakan menjadi terbatas sehingga menyebabkan pengaliran darah pada otot terganggu dan tidak dapat berjalan dengan baik.
Selain itu, masalah ini juga boleh terjadi kerana salah posisi tidur dalam tempoh yang lama, lantas leher terasa sengal atau sakit sejurus bangun dari tidur. Ada juga orang yang mengistilahkan ia sebagai 'salah bantal'.
Selain itu stress juga adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Untuk sesetengah orang masalah sakit leher ini boleh hilang hanya dengan berehat dan sapu minyak sahaja, tetapi untuk sebahagian orang yang lain, ia memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Ulasan
Catat Ulasan