Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Mengapa tubuh lesu dan tidak cergas? 3 tips mengatasinya! >>

Imej
Tubuh yang kurang oksigen akan sentiasa lesu dan tidak bermaya, seperti pokok yang kekurangan air, nampak layu dan serba kekuningan. Tubuh yang cergas adalah tubuh yang mempunyai pengaliran darah yang baik, kerana pengaliran darah turut membawa oksigen untuk diserakkan ke seluruh tubuh termasuk ke organ dalaman dan otot. Tubuh yang kaya dengan oksigen akan sentiasa cergas, segar dan bertenaga. Bagaimana pengaliran darah berlaku? Peredaran darah bermula dari jantung yang sentiasa mengepam. Ia memastikan darah sentiasa mengalir tanpa henti. Darah yang dipam oleh jantung akan bergerak ke seluruh tubuh melalui ke organ-organ dalaman dan seluruh anggota badan, kemudian kembali semula ke jantung. Antara masalah yang berlaku ialah apabila terdapat sebahagian otot yang 'membeku' yang menyekat pengaliran darah. Otot 'membeku' membuatkan otot menjadi lemah. Ia adalah disebabkan kurangnya pergerakan atau otot selalu berada dalam keadaan statik dalam tempoh yang la

Belajar untuk menjadi pakar urut saraf

Imej
Adakah anda cepat penat semasa mengurut? Posisi tubuh yang betul dapat menjimatkan tenaga semasa mengurut dan membuatkan kita dapat mengurut lebih ramai orang.. Pada mulanya dulu saya ingat posisi tubuh tak penting, jadi saya hanya ajarkan POINT URUTAN YANG EFEKTIF dan CARA MEMBERIKAN TEKANAN UNTUK MELEMBUTKAN URAT sahaja. Dari segi posisi, ikut kebebasan pelajar sendiri. Tetapi kesannya kurang bagus, tekanan pelajar jadi kurang padu, malah mereka jadi cepat penat dan tangan pun jadi cepat lenguh. Jadi saya pun betulkan kedudukan mereka, saya tunjukkan posisi yang saya guna semasa menjalankan urutan. Hasilnya tekanan pelajar menjadi semakin padu, tekanan sampai ke dasar, kurang memenatkan dan tangan tak cepat lenguh berbanding sebelum ini. Jadi jangan ambil mudah posisi semasa mengurut. Ia dapat memudahkan anda menjalankan urutan dan membolehkan anda mengurut lebih ramai orang. Teringat kata-kata pelajar yang sememangnya seorang Juru Urut, "Cara cikgu ni menjimatka

Urutan Melancarkan Darah - Urutan Saraf, Urut Tradisional

Imej
Teknik urutan Al Amin dapat melancarkan peredaran darah dan mengembalikan prestasi tubuh ke tahap yang optimum. Tubuh yang tidak banyak melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal boleh menyebabkan peredaran darah menjadi lambat dan terganggu, contohnya seperti duduk statik berjam-jam lamanya di depan komputer atau lama tunduk kerana membaca whatsapp.. masalahakan akan menjadi lebih berat apabila berhari-hari, berbulan-bulan, malah bertahun-tahun melakukan aktiviti yang sama selama berjam-jam sehari. Peredaran darah yang bermasalah akan membuatkan tubuh mudah berasa lesu,  kebas-kebas anggota dan mudah mengalami sengal-sengal pada bahagian tubuh. Antara masalah yang paling popular adalah sakit tengkuk, sakit belikat, sakit pinggang dan seterusnya membawa kepada pelbagai masalah dibahagian kaki. Terapi urutan yang dilakukan secara berjadual dapat membantu melancarkan darah pada seluruh tubuh, sekaligus memperbaiki aliran darah pada bahagian otot yang bermasalah. Otot yang mempun

Sakit leher, tak boleh pusing/ Salah bantal >>

Imej
Leher tak boleh pusing adalah disebabkan oleh ketegangan otot. Apabila otot tegang dan tak dapat meregang (elastik) dengan baik, maka pergerakan akan tersangkut. Kenapa otot menjadi tegang? Ada banyak sebab, untuk masalah salah bantal atau leher tak boleh pusing. Kemungkinan disebabkan salah posisi tidur dalam tempoh masa yang panjang. Maksudnya semasa tidur kepala pusing dalam posisi yang salah,  kemudian kekal dalam keadaan tersebut berjam-jam lamanya semasa tidur, itu adalah penyebab terjadinya otot tegang dan tertarik. Antara otot yang terlibat adalah: 1) Belikat 2) Bahu 3) Leher 4) Dada Bahagian tersebut adalah berkait dengan pergerakan leher. Bahagian tersebut perlu diurut sehingga lembut atau sehingga sakit menjadi lebih berkurangan daripada yang asal. Semasa menjalankan urutan, kita tak perlu tergopoh-gapah. Tetapi perlu tenang dan buat rawatan dengan prihatin. Sentiasa mulakan dengan tekanan sederhana (mengikut ketahanan pesakit), kemudian tam

>> Punca sakit pinggang dan punca sakit tengkuk. Jangan ambil mudah

Imej
Status ini saya tujukan kepada mereka yang bekerja duduk dihadapan komputer selama berjam-jam setiap hari. Ramai pelanggan atau pesakit yang datang ke tempat saya mengadu sakit-sakit badan. Antara masalah yang berada dalam ranking teratas ialah mereka yang mengalami masalah 'pakej 2 serangkai', iaitu sakit pinggang & tengkuk. Kenapa pulak saya cakap pakej? Sebab kerap kali masalah ini datang bersama,  macam geng pulakkan.. Hihi... =) Sebenarnya bila sebut tengkuk beerti ia juga merangkumi sakit belikat dan bahu. Kebanyakannya punca hampir sama, iaitu duduk di depan komputer dengan membuat kerja berjam-jam tak bergerak.. Nampak macam sikit je kan? Pinggang & tengkuk je pun. Tetapi masalah akan menjadi lebih teruk apabila dah makan bertahun-tahun rutin seperti itu. Antara perkara yang paling biasa yang saya temui ialah mereka yang mempunyai masalah seperti ini bukan sahaja kerana otot sudah tegang dan ketat. Bahkan tulang belakang juga sudah saling merapat ant

Sengal tangan dua belah berpindah-pindah. Tak tahan bila sejuk >>

Imej
Beberapa hari lepas seorang pak cik datang ke Pusat Terapi Saraf Al Amin. Berbadan tegap, nampak sihat walaupun umur dah cecah 64 tahun.. Maklumlah kerja angkat-angkat simen. Power tu 😎 Pak cik tu ada masalah sakit tangan, sakit berpindah-pindah sekejap sakit belah kanan, sekejap pindah ke tangan kiri. Sakitnya sampai nak tidur pun susah. Muka nampak tak cukup rehat, mungkin sebab menahan sakit yang berpanjangan.. "Sakit tangan pak cik ni dah setahun, kejap sakit sebelah kanan kejap sakit sebelah kiri, bertukar-tukar. Kalau pak cik buat kerja, sakit jadi kurang. Tapi kalau beberapa hari tak kerja sakit mula dari balik, tak boleh duduk diam... Tapi sekarang dah jadi makin teruk, sakitnya bukan main. Dah pergi beberapa klinik, doktor kata 'angin'..  Katanya pak cik dah tua, tak boleh nak buat kerja berat-berat macam ni lagi dah.. Satu lagi, kalau pak cik kena kipas atau air cond lagi tak tahan, jadi semakin sakit..." === Muka pak cik tu nampak sedih bila do

Minyak zaitun untuk mengurut - Urut Saraf, Urutan Tradisional

Imej
Hari ni dah ada 12 appointment di tempat saya, 6 customer repeat, 5 customer baru. Macam-macam jenis sakit ada. Antaranya sakit bahu sampai susah nak angkat tangan, sakit kaki sampai sakit bila bangun dari duduk, masalah tenaga batin dan lain-lain masalah lagi. Bekalan minyak urut dah semakin sedikit, jadi gerak ke supermarket kejap cari minyak zaitun. Memang dari dulu saya urut gunakan minyak zaitun asli. Bagus untuk kulit kerana khasiat yang tinggi,  selesa pada customer dan tinggi kadar likatan (tak cepat kering). Dan sekarang saya ada formula baru untuk minyak urut untuk membantu pesakit, Alhamdulillah. Minyak zaitun sebenarnya sesuai untuk apa juga jenis kulit, walaupun untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. KLIK SINI  UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN HIGH IMPACT THERAPY  Klik sini untuk whatsapp --> 011-54281895 (Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).