Mengapa tubuh lesu dan tidak cergas? 3 tips mengatasinya! >>



Tubuh yang kurang oksigen akan sentiasa lesu dan tidak bermaya, seperti pokok yang kekurangan air, nampak layu dan serba kekuningan.

Tubuh yang cergas adalah tubuh yang mempunyai pengaliran darah yang baik, kerana pengaliran darah turut membawa oksigen untuk diserakkan ke seluruh tubuh termasuk ke organ dalaman dan otot.

Tubuh yang kaya dengan oksigen akan sentiasa cergas, segar dan bertenaga.





Bagaimana pengaliran darah berlaku?

Peredaran darah bermula dari jantung yang sentiasa mengepam. Ia memastikan darah sentiasa mengalir tanpa henti.

Darah yang dipam oleh jantung akan bergerak ke seluruh tubuh melalui ke organ-organ dalaman dan seluruh anggota badan, kemudian kembali semula ke jantung.

Antara masalah yang berlaku ialah apabila terdapat sebahagian otot yang 'membeku' yang menyekat pengaliran darah.

Otot 'membeku' membuatkan otot menjadi lemah. Ia adalah disebabkan kurangnya pergerakan atau otot selalu berada dalam keadaan statik dalam tempoh yang lama.

Kerana otot diciptakan untuk bergerak dan melakukan aktiviti. Jika otot tidak digunakan, maka ia akan meragam dan menyebabkan tubuh menjadi mudah sakit.

Contohnya :

- Pekerja ofis yang sentiasa duduk antara 5-6 jam setiap hari. Ia menyebabkan lenguh dan bahu menjadi tegang (membeku), akan terbentuknya gumpalan tanda pengaliran darah tidak lagi lancar di kawasan tersebut. Keadaan yang sama juga turut berlaku di bahagian pinggang.

Sebab tu pekerja ofis banyak mengalami sakit tengkuk, bahu dan pinggang.
.

- Pekerja penebar roti canai yang berdiri sekitar 4 jam setiap hari akan mudah mendapat masalah sakit tumit atau biasa tapak kaki. Kerana berdiri statik tanpa pergerakan, otot yang statik dalam satu posisi atau kurang pergerakan akan mudah mendapat sakit.

Gumpalan otot yang membeku ini akan menyebabkan badan kerap mengalami lenguh dan sengal-sengal terutamanya di bahagian yang terganggunya pengaliran darah.

Antaranya seperti tengkuk, bahu, pinggang, lutut dan tapak kaki. Bergantung kepada rutin harian yang kerap dilakukan.

===

Bagaimana nak perbaiki pengaliran darah dan membuka kesumbatan?

1) Banyakkan bersenam. Tak perlu heavy, yang penting konsisten.

Bersenam akan membuatkan jantung pam dengan lebih laju sekaligus akan merancakkan pengaliran darah dalam tubuh.

Selain itu otot juga akan mula menjadi panas dan aktif dalam pergerakan. Otot yang aktif bergerak akan memecahkan kesumbatan dan memperbaiki kembali sistem pengaliran darah di bahagian otot yang lemah dan 'membeku'.

Dengan senaman yang konsisten seperti berjalan laju atau berjogging, otot akan mula menjadi kuat, aktif dan stabil.
.

2) Selain itu anda juga boleh memperbanyakkan minum air putih, kerana di dalam air terkandung banyak oksigen yang diperlukan oleh tubuh.
.

3) Jika anda tiada masa untuk bersenam berurut adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melancarkan darah.

Tekanan dalam urutan akan membantu melembutkan otot yang membeku sekaligus memecahkan kesumbatan.

Urutan juga membantu menggerakkan darah ke seluruh badan, seterusnya merancakkan pengaliran darah dan oksigen. Aktiviti ini menyebabkan tubuh anda terasa hangat dan cergas seperti baru lepas bersukan.

Sayangilah tubuh anda! =)







KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN



HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)