>> Punca sakit pinggang dan punca sakit tengkuk. Jangan ambil mudah

Status ini saya tujukan kepada mereka yang bekerja duduk dihadapan komputer selama berjam-jam setiap hari.

Ramai pelanggan atau pesakit yang datang ke tempat saya mengadu sakit-sakit badan. Antara masalah yang berada dalam ranking teratas ialah mereka yang mengalami masalah 'pakej 2 serangkai', iaitu sakit pinggang & tengkuk.

Kenapa pulak saya cakap pakej? Sebab kerap kali masalah ini datang bersama,  macam geng pulakkan.. Hihi... =)

Sebenarnya bila sebut tengkuk beerti ia juga merangkumi sakit belikat dan bahu.




Kebanyakannya punca hampir sama, iaitu duduk di depan komputer dengan membuat kerja berjam-jam tak bergerak..

Nampak macam sikit je kan? Pinggang & tengkuk je pun. Tetapi masalah akan menjadi lebih teruk apabila dah makan bertahun-tahun rutin seperti itu.

Antara perkara yang paling biasa yang saya temui ialah mereka yang mempunyai masalah seperti ini bukan sahaja kerana otot sudah tegang dan ketat. Bahkan tulang belakang juga sudah saling merapat antara satu sama lain, bila tekan di bahagian tulang belakang akan terasa pedih.

Antara setiap ruas tulang belakang kita ada disk. Jadi apabila disk-disk itu dihimpit maka akan berlaku masalah pada saraf pula (saraf tersepit).

Jadi apa implikasinya?

1) Implikasinya ialah sakit tengkuk, sakit bahu, sakit belikat. Dan ia bukan terhenti setakat itu sahaja, bahkan boleh membawa kepada sakit kepala, tangan cepat lenguh, kebas-kebas,  sensitif dengan suhu sejuk dan

2) Masalah sakit pinggang pun sama. Bukan terhenti setakat pinggang sahaja, tetapi jika saraf terganggu maka ia juga akan memberi kesan kepad

- Kaki cepat kebas apabila duduk.
- Kaki terasa cepat lenguh.
- Masalah tenaga lelaki.
- Kencing tak lawas.
- Sakit tumit.
- Betis terasa tegang.

Dan mungkin beberapa masalah lain lagi.

Kadang-kadang rasa sedih juga. Ramai yang terpaksa tempuh semua tu demi untuk sara keluarga. Takpelah, itu pun termasuk kategori ibadah juga kan. Allah kira sebagai pahala..  Alhamdulillah.. =)

Tapi kita jangan ambil mudah berserah macam tu je.. Kenalah buat sesuatu sebagai langkah pencegahan atau langkah pengurangan risiko untuk masalah seperti ini.

Bagaimana caranya?

Langkah yang paling mudah ialah setiap setengah jam atau 45 minit buatlah beberapa gerakan atau regangan untuk tengkuk dan pinggang. Jangan biarkan otot dalam kedudukan statik. sebab otot dicipta adalah untuk melakukan pergerakan, tanpa pergerakan maka otot akan menghadapi masalah.

Atau boleh cuba melakukan urutan.

Caranya ialah:

Pertama sekali lembutkan otot terlebih dahulu. Tekanan yang diberikan adalah mengikut kesesuaian tubuh seseorang. Mulakan dengan tekanan lembut dan sederhana di bahagian yang tegang. Sekali-sekala berikan tekanan yang lebih kuat,  tetapi secara berkadar. Banyak gunakan tapak tangan, sebab ia lebih memberi keselesaan.

Yang ke-2 pula ialah kami akan gabungkan dengan kaedah Regangan tulang atau alignment tu.  Bab ni saya tak berani nak cerita.  Takut salah buat..

Biasanya selepas terapi ini ramai yang boleh melihat perubahan yang agak ketara.

Semoga sihat-sihat selalu.  Sayangi tubuh anda!  =)




KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN


HIGH IMPACT THERAPY 



(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)