Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

MAKANAN PENCETUS ‘ANGIN’ YANG ASALNYA BOLEH, TETAPI DISEBABKAN MASALAH USUS IA JADI SENSITIF UNTUK TUBUH

Imej
SENARAI MAKANAN YANG PERLU DI ELAK DAN YANG DIBOLEHKAN UNTUK PESAKIT 'ANGIN'. Nota: Senarai makanan di bawah ini menjadi sensitif kepada pesakit 'angin' disebabkan masalah usus. Apabila pesakit 'angin' makan makanan di bawah ini akan menyebabkan tubuh mudah sakit, berangin, lesu, kembung dan lain-lain impak yang kurang menyenangkan. Untuk perbaiki masalah angin anda perlu pulihkan usus. Apabila usus telah dipulihkan barulah makanan di bawah akan jadi kurang sensitif. Di hujung artikel ini saya akan beritahu apakah jenis makanan yang perlu dielak yang menyebabkan kerosakan usus. A- SAYUR Elak: Kangkung, bayam, taugeh, kacang panjang, kacang buncis, kubis, terung, terung, bayam, tomato, capsicum, cili, labu, rebung, cendawan, bendi (Kebanyakan sayur menjalar akan ‘trigger’ masalah angin). Boleh: Sawi, pak choi, lobak merah, salad B- BUAH Elak: Betik, pisang, mangga, nenas, buah kering (apricot, prun, kurma, kismis), avokado, Strawberi, kiwi, durian, nangka, rebu

CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA

Imej
CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA - Kisah Amri Di leher ada banyak saraf yang berhubung ke kepada, leher, mata, rahang dan bahu Saya ada seorang kawan saya namakan sebagai Amri. Dia ada masalah sakit kepala sampai berjalan tak stabil, nak memandu pun dah tak mampu.  Sebelum ni dia banyak kerja menggunakan laptop, tapi sejak ada sakit tu dia tak dah boleh menghadap laptop lebih dari 2 minit, mata dia akan jadi kabur dan kepala akan jadi terlalu sakit. Disebabkan tu emosi dia jadi tak stabil, selalu marah-marah dan hampir putus asa. Sedih baca mesej dia.  Lepas tu saya berikan beberapa tips iaitu: Makan Minyak Zaitun 2 kali sehari (3 sudu pagi dan 3 sudu malam). Elakkan makan makanan yang berasaskan tepung gandum (Roti, kek, kuih-muih, cucur, pizza dan seumpamanya). Elakkan gula semampu yang boleh. Jika nak manis boleh gantikan dengan Stevis (Di farmasi pun ada jual). Dan last sekali saya berikan video cara urut untuk atasi masalah tersebut. 

MAKANAN YANG BOLEH MEROSAKKAN USUS (PUNCA ANGIN DALAM BADAN)

Imej
MAKANAN BERASASKAN GANDUM. Gandum mengandungi Gluten yang sukar dihadam oleh usus. Jika anda kerap makan makanan yang berasaskan gandum maka usus anda mudah ada masalah dan menyebabkan tubuh anda mudah ada masalah angin. Contoh makanan berasaskan gandum ialah: Roti putih, roti whole meal, roti canai, roti nan, capati, cucur, pizza dan kuih muih yang berasaskan gandum. MENGAPA GANDUM TAK BOLEH? BUKANKAH NABI DAN SAHABAT PUN MAKAN GANDUM? Sebenarnya bukan tak boleh. Cuma jangan diamalkan. Kerana gandum zaman sekarang dan gandum zaman dulu sudah berbeza. Gandum zaman sekarang telah melalui proses hybrid untuk menghasilkan gandum yang besar-besar. Dan kesannya Gluten di dalam gandum meningkat menjadi banyak.  Kandungan Gluten yang banyak dalam gandum zaman moden inilah yang bermasalah, sehingga orang-orang barat pun sudah ramai yang beralih kepada tepung tanpa Gluten (Gluten free). Beza gandum zaman dahulu dan zaman sekarang (Oleh Dr Norman Norawi) SAYA DAH BIASA MAKAN GANDUM, BAGAIMANA NA

APA ITU MASALAH 'ANGIN' DALAM BADAN?

Imej
'ANGIN' DALAM BADAN. BENAR ATAU TAHYUL? "Badan kau ni banyak angin sebab tu kau selalu sakit-sakit badan" Orang dulu-dulu selalu sebut 'angin', terutamanya tukang-tukang urut. Istilah 'angin' banyak dikaitkan dengan sakit-sakit badan. Dulu saya terfikir, adakah ini semua tahyul? Sebab sikit-sikit angin, sikit-sikit angin.. takde benda lain. Tapi bila saya semakin dewasa Allah telah uji saya dengan masalah 'angin'. Saya nak berdiet tetapi cara pemakanan saya tidak sihat sehingga menyebabkan saya tiba-tiba kena sakit-sakit badan. Mula-mula saya pelik, "Aik, kenapa badan aku sakit-sakit ni?". Tapi setelah buat sedikit study  barulah saya tahu bahawa saya sudah kena masalah 'angin'. Apa itu masalah 'angin'? Angin yang dimaksudkan ialah gas yang terhasil dari usus yang bermasalah. Antara punca usus bermasalah ialah :  Pemilihan makanan yang kurang sihat. Kurang bergerak aktif. Makan terlalu banyak (Tak sesuai dengan aktivit