APA ITU MASALAH 'ANGIN' DALAM BADAN?
'ANGIN' DALAM BADAN. BENAR ATAU TAHYUL?
"Badan kau ni banyak angin sebab tu kau selalu sakit-sakit badan"
Orang dulu-dulu selalu sebut 'angin', terutamanya tukang-tukang urut. Istilah 'angin' banyak dikaitkan dengan sakit-sakit badan. Dulu saya terfikir, adakah ini semua tahyul? Sebab sikit-sikit angin, sikit-sikit angin.. takde benda lain.
Tapi bila saya semakin dewasa Allah telah uji saya dengan masalah 'angin'.
Saya nak berdiet tetapi cara pemakanan saya tidak sihat sehingga menyebabkan saya tiba-tiba kena sakit-sakit badan. Mula-mula saya pelik, "Aik, kenapa badan aku sakit-sakit ni?". Tapi setelah buat sedikit study barulah saya tahu bahawa saya sudah kena masalah 'angin'.
Apa itu masalah 'angin'?
Angin yang dimaksudkan ialah gas yang terhasil dari usus yang bermasalah. Antara punca usus bermasalah ialah :
- Pemilihan makanan yang kurang sihat.
- Kurang bergerak aktif.
- Makan terlalu banyak (Tak sesuai dengan aktiviti).
- Makan berat waktu malam sebelum tidur.
- Stress yang tinggi dan berterusan.
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu (Anda kena tanya doktor tentang kesan sampingan ubat yang anda ambil atau buat kajian sendiri melalui internet berdasarkan nama ubat).
Apakah tanda badan anda sudah ada masalah 'angin'?
- Perut kembung/ sebu. Kadang-kadang rasa kenyang lama sedangkan masih belum makan. Itu tanda perut banyak angin.
- Badan rasa lesu, tak bertenaga, tak bersemangat.
- Kerap rasa lenguh-lenguh badan.
- Sakit badan kerap berulang walaupun dah pergi urut banyak kali.
- Mudah kena serangan Anxiety/ kerisauan melampau secara tiba-tiba/ dada berdebar-debar laju.
- Badan mudah sakit apabila makan makanan tertentu (Makanan yang trigger angin).
- Vertigo/ kerap pening/ kerap sakit kepala/ migrain.
- Gastrik, gerd.
- Mudah sesak nafas atau tarik nafas tak lepas seperti nafas pendek.
InsyaAllah topik seterusnya saya akan kongsikan:
- Makanan yang boleh menyebabkan kerosakan usus (Punca angin dalam badan).
- Makanan yang asalnya bagus, tapi jadi sensitif bila sudah ada masalah angin/ masalah usus.
- Cara pulihkan masalah 'angin'.
Ulasan
Catat Ulasan