MAKANAN YANG BOLEH MEROSAKKAN USUS (PUNCA ANGIN DALAM BADAN)

MAKANAN BERASASKAN GANDUM.

Gandum mengandungi Gluten yang sukar dihadam oleh usus. Jika anda kerap makan makanan yang berasaskan gandum maka usus anda mudah ada masalah dan menyebabkan tubuh anda mudah ada masalah angin.

Contoh makanan berasaskan gandum ialah: Roti putih, roti whole meal, roti canai, roti nan, capati, cucur, pizza dan kuih muih yang berasaskan gandum.

MENGAPA GANDUM TAK BOLEH? BUKANKAH NABI DAN SAHABAT PUN MAKAN GANDUM?

Sebenarnya bukan tak boleh. Cuma jangan diamalkan. Kerana gandum zaman sekarang dan gandum zaman dulu sudah berbeza.

Gandum zaman sekarang telah melalui proses hybrid untuk menghasilkan gandum yang besar-besar. Dan kesannya Gluten di dalam gandum meningkat menjadi banyak. 

Kandungan Gluten yang banyak dalam gandum zaman moden inilah yang bermasalah, sehingga orang-orang barat pun sudah ramai yang beralih kepada tepung tanpa Gluten (Gluten free).

Beza gandum zaman dahulu dan zaman sekarang (Oleh Dr Norman Norawi)


SAYA DAH BIASA MAKAN GANDUM, BAGAIMANA NAK MENUKAR TABIAT TERSEBUT?

Untuk menukar tabiat tersebut anda boleh lakukan secara perlahan-lahan dan bertahap. Bila anda lakukan secara bertahap lebih mudah untuk anda konsisten dalam jangkamasa yang lama.

Contohnya jika setiap pagi anda makan roti canai, anda boleh tukarkan ia kepada tosei. Kerana tosei dibuat daripada tepung beras, maka ia tiada Gluten dan selamat untuk perut.

Selain itu anda juga boleh makan nasi, nasi lemak (Cuma elakkan dulu untuk sementara kacang, timun dan sambal jika angin sedang teruk), bihun, kueh tiaw dan lain-lain makanan yang tidak menggunakan tepung gandum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)