CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA

CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA - Kisah Amri

Di leher ada banyak saraf yang berhubung ke kepada, leher, mata, rahang dan bahu

Saya ada seorang kawan saya namakan sebagai Amri. Dia ada masalah sakit kepala sampai berjalan tak stabil, nak memandu pun dah tak mampu. 

Sebelum ni dia banyak kerja menggunakan laptop, tapi sejak ada sakit tu dia tak dah boleh menghadap laptop lebih dari 2 minit, mata dia akan jadi kabur dan kepala akan jadi terlalu sakit.

Disebabkan tu emosi dia jadi tak stabil, selalu marah-marah dan hampir putus asa. Sedih baca mesej dia. 

Lepas tu saya berikan beberapa tips iaitu:

  1. Makan Minyak Zaitun 2 kali sehari (3 sudu pagi dan 3 sudu malam).
  2. Elakkan makan makanan yang berasaskan tepung gandum (Roti, kek, kuih-muih, cucur, pizza dan seumpamanya).
  3. Elakkan gula semampu yang boleh. Jika nak manis boleh gantikan dengan Stevis (Di farmasi pun ada jual).
  4. Dan last sekali saya berikan video cara urut untuk atasi masalah tersebut. 

Saya beritahu jika dia buat betul-betul InsyaAllah dalam 5 hari dah boleh nampak kesannya.

5 hari kemudian saya mesej kembali beliau bertanya khabar. Mula-mula tak berjawab. Esoknya beliau reply di waktu pagi.

"Ni pun baru habis jogging kat stadium." Itulah antara kata-kata dia yang membuatkan saya gembira. Syukur pada Allah.

Sekarang dia dah boleh berjogging, hiking dan menghadap laptop lama tanpa sakit kepala seperti sebelum ini. Mesej dia pun nampak sangat ceria.

Kalau anda jenis yang bekerja banyak menghadap PC, laptop atau phone, berjaga-jagalah dengan saraf leher anda. Nampak enteng tetapi berat kesannya jika sudah terkena.

Kepada anda yang ada sakit kepala, pening, vertigo, sakit leher, tekanan darah tinggi. Maka anda boleh gunakan advise saya seperti di atas.

Point 1 hingga 3 itu adalah antara tips untuk menjaga kesihatan. Sesiapa pun boleh amalkan. Manakala point ke-4 adalah cara urut yang membantu melancarkan darah di bahagian leher dan kepala. Sangat sesuai untuk orang yang kerja ofis atau banyak menghadap laptop.


Kunci untuk perbaiki pelbagai masalah dikepala adalah anda perlu fokus lancarkan darah di bahagian leher. Di leher terdapat saraf yang menjalar ke kepala, mata, telinga dan rahang dan tangan.

Di bawah ini adalah video yang saya telah berikan kepada kawan saya untuk merawat masalah beliau. Saya letakkan di sini supaya anda dan keluarga juga boleh guna:


CARA ATASI MASALAH VERTIGO, KEPALA MELAYANG, BERJALAN TAK STABIL, SAKIT KEPALA


NOTA:

Bagaimana saya dapat ilmu urut?

Asal usul Minyak Arji (Untuk baiki urat saraf)


Nak artikel untuk bantu pulihkan kesihatan anda dengan lebih efektif? Isikan email anda pada pautan di bawah (Percuma sahaja):



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)