Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Kaedah rawatan: MASALAH PERUT KEMBUNG (MASUK ANGIN) - URUTAN SARAF

Imej
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang merawat masalah perut kembung (masuk angin) dengan kaedah urutan. Masalah perut kembung ini biasanya terjadi kerana lambat makan yang menyebabkan perut mudah masuk angin. Kadangkala ia juga terjadi akibat sensetiviti perut seseorang terhadap makanan atau minuman yang menyebabkan perut mudah masuk angin. Antaranya ialah air teh dan kacang. Ramai mereka yang datang kepada saya untuk mendapatkan rawatan mengatakan bahawa mereka berasa tidak selesa pada bahagian perut, kadangkala menimbulkan rasa senak dan pernafasan menjadi tidak lancar. Masalah ini seterusnya akan membuatkan seseorang itu menjadi tidak cergas dan hanya ingin duduk atau berbaring sahaja sepanjang hari. Gejala yang berpanjangan ini akan menyebabkan seseorang itu akan menghadapi pelbagai masalah lain termasuk obesiti. Di bawah ini saya sertakan beberapa