Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

~ 7 ELEMEN TEKANAN DI DALAM URUTAN UNTUK MELEMBUTKAN OTOT YANG TEGANG.

Imej
Urutan adalah suatu kaedah terapi fizikal yang bertujuan memberikan kelegaan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan untuk pelbagai masalah fizikal tubuh. Lazimnya banyak pergerakan fizikal menjadi terbatas dan tidak fleksibel disebabkan oleh keadaan otot yang tegang. Urutan yang diberikan dengan tekanan yang cukup ke atas point yang tepat dapat membantu melembutkan otot dan mengembalikan keadaan fleksibiliti tubuh ke tahap yang lebih baik. Berikut ini adalah 7 kaedah tekanan yang boleh anda aplikasikan di dalam urutan: Di dalam Al Amin, konsep tekanan yang diketengahkan adalah tekanan yang paling optimum, bukanlah yang paling maksimum mahupun minimum. 1) BERIKAN TEKANAN URUT YANG PALING OPTIMUM - Paras maksimum = Tahap yang paling kuat. - Paras minimum = Tahap yang paling ringan. - Paras optimum = Tahap yang paling seimbang di antara maksimum dan minimum (di tengah-tengah). Perlu diketahui bahawa kita tidak boleh menyamakan kadar tekanan dengan semua orang

2 POINT URUTAN SAKIT SENDI PEHA KANAN - Kes En H, Tak boleh bersila ~

Imej
Tadi merawat En H, seorang yang bekerja dalam bidang IT. Beliau mengalami masalah di bahagian sendi peha, atau dengan istilah English disebut sebagai "Hip Pain". Masalah tersebut menyebabkan beliau tak boleh bersila seperti biasa. Dah empat bulan beliau menanggung masalah tersebut. Saya telah bertanya beberapa soalan penting untuk saya diagnos masalah beliau sebelum menjalankan sesi urutan. Berdasarkan cerita En H, kemungkinan punca masalah tersebut adalah kerana beliau terlebih bersenam atau 'over exercise' yang banyak menggunakan sendi peha, dan beliau mula rasa sakit apabila keluar daripada kereta. Lantaran daripada itu En H mengalami kesukaran untuk bersila. Apabila beliau bersila, maka sendi peha akan terasa ketat dan menyakitkan. Bila diuji, beliau boleh bersila, tetapi tidak dapat duduk dengan kemas. Peha kanan akan terangkat sedikit disebabkan rasa otot peha tertarik ke atas, manakala sebelah tangan akan menahan dibelakang kerana menahan sakit semasa bersi

SAKIT BAHU, SENDI BAHU SERING TERKELUAR/ TERJATUH ~

Imej
Hari ini mengurut seorang ahli perniagaan, umur baru 30-an, muda lagi. Boleh ringkaskan nama beliau sebagai En W sahaja. Beliau mengalami masalah sendi bahu sering terkeluar, atau dengan istilah lain adalah 'dislocate'. Punca kepada masalah beliau adalah kerana bermain rugby. Dan beliau masih lagi bermain rugby sehingga kini. Boleh tahan lasaknya, bahu selalu dislocate pun masih lagi sering bermain rugby. saya bertanya kepada beliau, "Encik, kalau bahu encik terkeluar encik buat apa ye?" "Saya masukkan sendiri. Dah banyak kali terkeluar, dan saya sendiri yang masukkan. Masa bahu terkeluar tu tak sakit, tapi bila saya nak masukkan balik tu yang terasa sakit dan kebas-kebas.." Begitulah kata beliau. Masa En W datang, beliau dalam keadaan normal, cuma sesetengah pergerakan bahu sahaja yang akan membuatkan beliau terasa sakit. Itupun tidak ketara. Tujuan beliau datang berurut adalah untuk mengelakkan bahu beliau yang sering terkeluar lagi seperti sel

JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH SAKIT LEHER! ~

Imej
Ramai orang yang mengalami masalah sakit leher atau sakit tengkuk, bagi anda yang tak pernah mengalami masalah ini mungkin akan anggap ia hanya masalah kecil sahaja, tetapi hanya mereka yang sakit sahaja yang boleh ceritakan betapa mereka 'struggle' menjalani kehidupan harian mereka bersama masalah ini. Lazimnya mereka yang mengalami masalah ini tidak boleh membuat pergerakan kepala dengan baik, terbatas untuk toleh kepala ke kiri, ke atas, ke kanan dan ke bawah. Bahkan lebih daripada itu, masalah ini boleh menyebabkan datangnya pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, lesu tubuh, kerap mengantuk, berisiko kemalangan semasa memandu (kerana tak boleh pusing kepala dengan baik), menjatuhkan prestasi kerja, hilang fokus dan lain-lain masalah yang mendatang. Mereka yang mengalami masalah sakit leher ini biasanya bekerja ofis, iaitu kerap duduk berjam-jam dalam posisi yang sama. Leher yang berada pada kedudukan yang statik akan mula membeku dan menyebabkan pergera