Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ilmu urut melayu

5 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK JADIKAN URUTAN LEBIH BERKESAN!

Imej
"Saya sudah lama mengurut, tetapi kurang berkesan untuk merawat sakit-sakit tubuh. Bolehkah tuan berikan saya tips bagaimana untuk menjadikan urutan lebih berkesan?" Ini antara bahagian tulang yang sering diurut tanpa disengajakan.  Semasa memberi latihan di dalam kelas ada dikalangan anak murid saya yang termenung dan berfikir, mengapa saya mengurut di point yang sama dengan point yang mereka gunakan tetapi mendapat lebih keberkesanan? (Dengan izin Allah) Apakah beza antara urutan saya dan mereka? Dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi secebis pengetahuan yang ada. Dan sesungguhnya di luar sana lebih ramai orang yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya berbanding saya yang serba lemah ini. ===== Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam urutan, tapi di sini saya akan kongsikan 5 dahulu. Sebenarnya penyumbang kepada keberkesanan suatu urutan itu bukan hanya terletak kepada point semata-mata, tetapi juga kepada cara kita mengolah