Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kursus Urut

5 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK JADIKAN URUTAN LEBIH BERKESAN!

Imej
"Saya sudah lama mengurut, tetapi kurang berkesan untuk merawat sakit-sakit tubuh. Bolehkah tuan berikan saya tips bagaimana untuk menjadikan urutan lebih berkesan?" Ini antara bahagian tulang yang sering diurut tanpa disengajakan.  Semasa memberi latihan di dalam kelas ada dikalangan anak murid saya yang termenung dan berfikir, mengapa saya mengurut di point yang sama dengan point yang mereka gunakan tetapi mendapat lebih keberkesanan? (Dengan izin Allah) Apakah beza antara urutan saya dan mereka? Dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi secebis pengetahuan yang ada. Dan sesungguhnya di luar sana lebih ramai orang yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya berbanding saya yang serba lemah ini. ===== Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam urutan, tapi di sini saya akan kongsikan 5 dahulu. Sebenarnya penyumbang kepada keberkesanan suatu urutan itu bukan hanya terletak kepada point semata-mata, tetapi juga kepada cara kita mengolah

BELAJAR CARA URUT DIRI DAN KELUARGA

Imej
--------------------------------------------- Ameen Therapy telah menjalankan kursus pembelajaran URUTAN bermula daripada tahun 2015 lagi dan pihak kami amat mementingkan kualiti pembelajaran di dalam setiap kursus yang kami jalankan. Pembelajaran kursus urutan di dalam Ameen Therapy sangat mementingkan kualiti pembelajaran, iaitu bagaimana setiap pelajar boleh menjalankan urutan dengan baik selepas sahaja tamat kursus bersama kami. Di dalam kursus urutan yang Ameen Therapy jalankan pihak kami menyediakan nota bergambar yang lengkap dengan anak panah arah URUTAN supaya setiap pelajar mudah untuk memahami dan mengaplikasikan kaedah urutan. Sebelum ini Ameen Therapy menyediakan nota dalam bentuk lukisan tangan, kemudian kami lakukan pembaharuan dengan menyediakan nota bergambar. Dan kini bukan sahaja anda akan pendapat nota bergambar bahkan disediakan juga beberapa benefit lain untuk anda, iaitu, Sebagai bonus setiap pelajar akan diberikan: - DVD pembelajaran urutan