Kaedah rawatan: MASALAH PERUT KEMBUNG (MASUK ANGIN) - URUTAN SARAF


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang merawat masalah perut kembung (masuk angin) dengan kaedah urutan.

Masalah perut kembung ini biasanya terjadi kerana lambat makan yang menyebabkan perut mudah masuk angin. Kadangkala ia juga terjadi akibat sensetiviti perut seseorang terhadap makanan atau minuman yang menyebabkan perut mudah masuk angin. Antaranya ialah air teh dan kacang.

Ramai mereka yang datang kepada saya untuk mendapatkan rawatan mengatakan bahawa mereka berasa tidak selesa pada bahagian perut, kadangkala menimbulkan rasa senak dan pernafasan menjadi tidak lancar. Masalah ini seterusnya akan membuatkan seseorang itu menjadi tidak cergas dan hanya ingin duduk atau berbaring sahaja sepanjang hari. Gejala yang berpanjangan ini akan menyebabkan seseorang itu akan menghadapi pelbagai masalah lain termasuk obesiti.

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar kaedah urutan untuk merawat masalah ini:





                                                 
                                         Gambarajah 1: Dari ari-ari tolak ke bahagian pusat







                                    Gambarajah 2: Celah tulang pelvis ( Tarik ke arah ari-ari)







Gambaraj 3: Dari bahagian tepi perut tarik ke arah pusat.








Gambarajah 4: Dari ulu hati tarik ke bahagian pusat.








Gambarajah 5: Dari ulu hati tarik ke bawah (bawah tulang rusuk)



Cara urutannya adalah seperti berikut:

1) Letakkan minyak di tempat yang ingin diurut.
2) Urut mengikut arah anak panah.
3) Kawasan yang bermasalah akan berasa sakit apabila diurut. Berikan tekanan yang sederhana dan disusuli dengan tekanan yang lebih kuat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------








--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


NOTA:

- Ketika melakukan urutan, anda hendaklah mencari di mana titik sakit. Berikan tumpuan dan lebihkan urutan di kawasan yang sakit.

- Lakukan beberapa sesi secara berperingkat sehingga sakit di bahagian tersebut berkurangan dan hilang sepenuhnya.

                                                         ---------------------------------


Anda rasa ianya bermanfaat? Jom jana pahala PERCUMA dengan share posting ini. Ia pasti akan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

Anda membantu orang lain, Allah PASTI akan membantu anda =)


*** AMARAN KERAS !!!: JANGAN KEDEKUT ILMU.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)