Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Maklum balas Pelajar KURSUS URUTAN SARAF >>

Imej
Saya rasa seronok apabila anak-anak murid menunjukkan prestasi yang bagus. Hati rasa puas dan berbaloi mengajar. Terdapat pelbagai golongan yang datang belajar urut, antaranya ialah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sakit dan belajar untuk membantu ahli keluarga mereka. Antara yang saya masih ingat adalah: 1) Anak murid yang datang belajar kerana ayahnya sudah boleh bangun berdiri, pada masa itu beliau hanya dengan belajar melalui Video sahaja. Selepas melihat perubahan yang berlaku hanya melalui pembelajaran video sahaja, maka pelajar tersebut rasa lebih yakin dan terus mendaftar untuk belajar kursus secara bersemuka. Melalui pembelajaran secara bersemuka ilmu dan kefahaman yang beliau dapat lebih dalam lagi dan beliau pulang dengan keyakinan yang lebih tinggi. Beliau pulang dengan perasaan yang sangat gembira. =========== 2) Pelajar yang datang belajar kerana isteri mempunyai masalah senggugut. Sakit tersebut telah menyerang lebih daripada 10

5 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK JADIKAN URUTAN LEBIH BERKESAN!

Imej
"Saya sudah lama mengurut, tetapi kurang berkesan untuk merawat sakit-sakit tubuh. Bolehkah tuan berikan saya tips bagaimana untuk menjadikan urutan lebih berkesan?" Ini antara bahagian tulang yang sering diurut tanpa disengajakan.  Semasa memberi latihan di dalam kelas ada dikalangan anak murid saya yang termenung dan berfikir, mengapa saya mengurut di point yang sama dengan point yang mereka gunakan tetapi mendapat lebih keberkesanan? (Dengan izin Allah) Apakah beza antara urutan saya dan mereka? Dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi secebis pengetahuan yang ada. Dan sesungguhnya di luar sana lebih ramai orang yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya berbanding saya yang serba lemah ini. ===== Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam urutan, tapi di sini saya akan kongsikan 5 dahulu. Sebenarnya penyumbang kepada keberkesanan suatu urutan itu bukan hanya terletak kepada point semata-mata, tetapi juga kepada cara kita mengolah

Sakit kaki sehingga sukar seimbangkan badan! >>

Imej
Ada seorang imam Ustaz Hanif, berusia 50-an. Beliau mempunyai masalah sakit kaki yang agak kritikal. Punca sakit kaki beliau adalah akibat kemalangan yang berlaku pada 8 bulan lepas. Kejadian berlaku semasa beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat, terjatuh akibat jalan licin (terjatuh sewaktu membelok). Waktu beliau mula-mula datang ke sini, nampak sangat sukar untuk berjalan, badan sukar untuk diseimbangkan. Sebelum ni beliau pernah buat rawatan di suatu tempat, tapi kesannya jadi lebih teruk. Oleh itu beliau nak mencuba pula buat rawatan dengan teknik Urutan Saraf Al Amin. Lepas kali pertama urut, kaki jadi lebih ringan, bahagian yang tegang dah rasa semakin selesa. Lepas rawatan sesi kedua kaki Ustaz Hanif dah boleh lipat separuh, jalan dah semakin ok, kebas pun dah hampir tiada. Betis dan peha pun dah tak tegang lagi seperti sebelum ni. Lepas kali ketiga rawatan Ustaz Hanif cakap: "Dulu kalau nak pakai seluar, saya perlu pegang orang sebab rasa

>> Sakit pinggang sehingga tak dapat tegakkan badan! (Slip Disk L4 & L5) >>

Imej
"Badan saya tak boleh nak tegak, kalau saya cuba tegakkan akan terasa sakit.." En Manan berusia hujung 40-an mengalami masalah slip disk sejak 5 tahun lepas dan doktor telah mengesahkan beliau mengalami masalah Slip Disk pada tulang L4 dan L5. Untuk kes En Manan ada 4 simptom yang beliau beritahu, iaitu : 1- Terasa sakit bila nak berdiri tegak,  badannya sentiasa membongkok ke depan. 2- Terasa sakit apabila berdiri lama, tak sampai setengah jam. 3- Terasa kebas sehingga menjalar ke bahagian peha. 4- Duduk tak sampai sepuluh minit dah mula terasa sakit. . Biasanya pesakit yang mempunyai masalah pada L4 & L5 sememangnya akan memberi kesan di bahagian kaki. Antaranya seperti cepat kebas, sentiasa lenguh dan kaki berapa tak kuat untuk berdiri lama. ==== Alhamdulillah selepas buat Regangan Tulang En Manan dah mula rasa perubahan, sakit hilang hampir 40%. "Dah takde rasa berdenyut.. Kalau tidak bila baring macam ni (badan lurus) akan terasa berdenyut