Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lenguh bahu berpanjangan

Rawatan: SAKIT TANGAN / TANGAN TIDAK BOLEH DIANGKAT - Urutan Saraf Al-Amin.

Imej
===============================                                                        ----------------------------------- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kelapangan masa kepada saya untuk saya berkongsi sedikit khazanah ilmuNya yang luas. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk masyarakat dan manusia sekaliannya. Di dalam entry kali ini saya ingin berkongsi ilmu Urutan Saraf Al-Amin tentang rawatan masalah sakit tangan / tangan tidak boleh di angkat. Masalah sakit tangan sehingga tidak boleh diangkat adalah perkara yang biasa terjadi sama ada kepada orang tua mahupun orang muda. Kadangkala ianya terjadi kerana melakukan aktiviti berat secara berulang-ulang kali atau kerana kecederaan akibat bersukan, sama ada kecederaan lama ataupun kecederaan baru. Kaedah rawatan yang akan saya kongsikan ini adalah sesuai untuk tahap masalah yang ringan dan sederhana, tetapi untuk masalah yang berat perlu dibuat rawatan sampingan seperti rawatan akupuntur un