Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

3 POINT URUTAN SAKIT TAPAK KAKI & IBU JARI KAKI ~

Imej
Beberapa hari lepas saya ada mengurut seorang yang mengadu mempunyai masalah sakit pada bahagian ibu jari kaki dan tapak kaki. Sakit akan terasa apabila setiap kali berjalan, sudah berlarutan dalam beberapa hari. Menurut beliau sakit tersebut bermula daripada bahagian betis, kemudian merebak sehingga bahagian tapak kaki dan ibu jari kaki. Untuk ibu jari kaki saya gunakan 2 point, manakala untuk masalah tapak kaki ada 1 point yang penting. Alhamdulillah, setelah mengurut sakit terus berkurangan sebanyak 70%, dan keesokan harinya sakit telah hilang sepenuhnya. Di sini saya ingin kongsikan kepada anda point dan untuk cara untuk mengurut diri sendiri. Mudah-mudahan ia dapat membantu meringankan sakit anda diluar sana. Titipkan sedikit doa untuk saya =) ============== 2 POINT URUTAN UNTUK MERAWAT MASALAH SAKIT IBU JARI KAKI POINT 1 Urat Tulang Keting Secara umumnya urat/otot ini adalah berfungsi untuk menggerakkan bahagian angkel, tetapi di bahagian bawa

~ TEKNIK URUT UNTUK MELEMBUTKAN PEHA YANG TEGANG- KAKI TAK BOLEH BERSILA.

Imej
Beberapa hari lepas pak cik M telah datang untuk dapatkan khidmat rawatan di Pusat Terapi Saraf Al Amin. Berumur hujung 50-an. Beliau mempunyai masalah tegang dibahagian peha yang dipanggil juga sebagai 'Groin Strain' sehingga menyebabkan berlakunya 5 implikasi yang membuatkan beliau tidak selesa, iaitu: 1) Tidak dapat bersila dengan baik (Akibat tegang di bahagian peha). Peha terangkat semasa cuba untuk duduk bersila. 2) Terasa sakit apabila mengangkat lutut ke atas. 3) Kaki terasa kebas. 4) Terasa sakit apabila pusingkan kaki ke arah luar (twist). 5) Mata berpinar apabila berjalan laju (Mungkin kerana terlalu sakit). Selepas pihak Al Amin melakukan rawatan untuk beliau, banyak masalah di atas telah hilang. Kaki tidak lagi kebas, sudah boleh bersila seperti biasa, mata sudah tidak berpinar ketika berjalan laju. Beliau beritahu, secara kesluruhan perubahan telah berlaku dalam 80%. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. ==================================

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

Imej
CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA MEMBANTU RAMAI PESAKIT Cara urut sakit leher menjalar ke bahu "Hari tu saya ikut apa yang cikgu ajar. Iaitu cara urutan leher, bahu dan belikat. Kebetulan leher terasa ketat. Asbab saya ikut teknik urutan yang cikgu ajar dah rasa lega. Tak sakit dah leher dan belikat." -Nurulezati- Respon pesakit yang telah amalkan ilmu yang saya kongsikan. Cara hilangkan sakit leher. PUNCA SAKIT LEHER Zaman mutakhir ini ramai mereka yang mengalami masalah sakit leher, sehingga boleh membawa kepada pelbagai masalah lain yang lebih berat, kerana di bahagian leher terdapat banyak saraf yang menghubung kepada kepala, mata, hidung, lidah dan bahagian muka. Jika anda sedang mengalami masalah sakit leher, maka posting ini adalah untuk anda. Antara sebab kepada masalah sakit leher adalah kerana faktor kerja atau aktiviti berterusan yang menjurus kepada memberikan beban berterusan kepada bahagian leher atau bahu, iaitu seperti: 1)  Kerja ofis Berjam

2 POINT PENTING URUT SAKIT IBU JARI (VIDEO PANDUAN DISEDIAKAN) ~

Imej
Tadi seorang pak cik berusia 58 telah datang ke Pusat Terapi Saraf Al Amin untuk mendapatkan khidmat rawatan. Beliau mempunyai masalah sakit ibu jari, dah 2 minggu masalah berlarutan. Beliau tunjukkan, terdapat 2 pergerakan utama yang sangat sakit apabila dilakukan. Di bawah ini adalah pergerakan tersebut. 1) Pergerakan pertama: Ibu jari akan terasa sakit apabila dilipatkan kebelakang seperti di dalam gambar di bawah. 2) Pergerakan kedua: Ibu jari akan terasa sakit apabila dilipatkan ke depan seperti di dalam gambarajah di bawah. Antara pergerakan pertama dan kedua, pergerakan kedua adalah lebih menyakitkan katanya.  Saya bertanya kepada pak cik itu, apakah insiden yang menyebabkan beliau mendapat masalah tersebut? Memang cara saya ialah sentiasa bertanyakan tentang "bagaimana datangnya masalah itu" sebelum saya menjalankan apa-apa rawatan. Ia akan memudahkan kita untuk memahami masalah yang dihadapi dan seterusnya mengaturkan penyelesaian ma

4 STEP RAWAT SAKIT LUTUT UNTUK DIRI SENDIRI. (Urut Shah Alam) ~

Imej
(Urut Urat Saraf Al Amin: Shah Alam| Urut Tradisional) Masalah sakit lutut boleh melanda sesiapa jua, tak kira sama ada golongan tua atau muda. Antara sebab atau punca kepada masalah sakit lutut ini adalah kerana: - Kecederaan sukan. - Kekeringan gel di dalam lutut. - Masalah berat badan berlebihan. - Terseliuh. Apabila mengalami sakit lutut, maka banyak kerja-kerja atau aktiviti kita menjadi tergendala, sehingga menyebabkan hidup kita menjadi stress dan semakin tertekan. Antara maslah biasa yang dialami oleh mereka yang mengalami masalah sakit lutut ini adalah: - Kaki tidak boleh dilipatkan (Terutama ketika bersolat). - Sakit apabila menaiki tangga. - Terasa sakit apabila berjalan. - Terasa sakit apabila bangun dari duduk. Selalunya apabila kita sakit lutut, maka kita akan pergi mencari tukang urut, pergi ke klinik, makan ubat tertentu, sapu minyak panas dan lain-lain. Tetapi itu semua memerlukan kos, sejujurnya saya percaya bukan semua orang sanggup untuk mengeluar