Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)

Imej
Masalah sakit belikat adalah masalah yang kerap dialami oleh mereka yang kerap mengangkat barang berat. Penggunaan otot Trapezius yang berlebihan akan menyebabkan ketegangan di bahagian tersebut, dan kadangkala ia boleh merebak sehingga ke bahagian leher dan tangan. Selain itu, ia juga banyak terkena kepada mereka yang kerja melibatkan duduk dalam tempoh yang sangat lama seperti kerja ofis di bank atau designer. Masalah sakit belikat boleh membawa kepada masalah : - Kebas-kebas tangan - Pergerakan tangan yang terbatas - Lenguh bahu - Sesak nafas - Sakit leher === + Mulakan urutan dengan bacaan doa, meminta kesembuhan daripada Allah. + Urut dengan tenang, sambil berselawat atau berdoa di dalam hati. + Ratakan minyak dengan cukup + Mulakan urutan dengan tekanan sederhana, kemudian naikkan tekanan secara bertahap, mengikut atas ketahanan pesakit. + Banyak gunakan tapak tangan ketika mengurut berbanding jari, ia lebih memberi keselesaan kepada pesakit. + Cari ur

SAKIT PINGGANG HINGGA KEBAS KAKI, TEGANG PEHA SEMASA DUDUK SOLAT

Imej
- SAKIT PINGGANG, RASA TEGANG BILA TUNDUK. - KEBAS KAKI LEBIH SETAHUN. - RASA TEGANG PEHA BILA DUDUK SOLAT. === En Ahmad Kamal ini adalah pemandu teksi, dah 4 hari tak boleh bekerja akibat sakit yang ditanggungnya. Bila duduk terasa sakit di bahagian punggung dan pinggang tak dapat tahan lama.. Beliau dah lebih setahun mengalami masalah kebas-kebas kaki. Tapi semenjak 4 hari lepas pinggang beliau pula mula sakit sehingga menyebabkan beliau tak dapat rukuk dengan baik. Selain itu beliau juga akan terasa tegang bahagian peha apabila duduk ketika bersolat.. === Alhamdulillah.. Selepas selesai membuat rawatan: - Masalah kebas kaki telah berkurang 50%. - Sakit pinggang telah lega banyak. Sudah boleh tunduk sehingga cecah lantai dan tak lagi terasa tegang seperti tadi. - Tidak lagi terasa tegang di bahagian peha semasa duduk tahiyat awal. Keadaan pesakit sebelum dapatkan rawatan (Tak dapat tunduk dengan baik) Keadaan pesakit lepas dapatkan rawatan (Dapat tunduk denga

>> TANGAN TERASA LEMAH & TAK KUAT UNTUK MENGGENGGAM >>

Imej
"Tangan saya lemah, tak boleh nak menggenggam dengan kuat.." === Seorang hamba Allah ni terasa lemah pada bahagian tangan kanannya. Tangannya tak kuat untuk menggenggam, dah kena dalam sebulan. Punca masih samar, dan mungkin disebabkan beliau tertindih tangan sendiri semasa tidur. Masalah beliau juga menyebabkan tangan beliau terasa sakit apabila mendukung anak , terasa sengal setiap masa dan tidak kuat melakukan kerja-kerja yang menggunakan kekuatan tangan. Pembantu saya telah mengurut 2 point penting di bahagian tangan pesakit tersebut. Iaitu di bahagian Urat Perut Lengan dan Urat Siku Lengan. Otot yang tegang perlu dilembutkan untuk melancarkan peredaran darah. Seterusnya ia dapat mengembalikan kekuatan otot tangan seperti sediakala. Setelah itu saya sulam sekali lagi sambil melakukan satu teknik regangan yang penting untuk bahagian siku. Kalau tadi genggamannya lemah, kini beliau dah boleh menggenggam dengan kuat. "Wah,dah banyak berk

>> Dapat ilmu urut dengan BELAJAR atau KETURUNAN/ MIMPI? ~

Imej
"Kau ni dapat ilmu urut macam mana? Kalau dapat dengan cara belajar beerti kau bukanlah tukang urut yang tulen. Sesiapa yang dapat ilmu urutan melalui belajar ni sebenarnya hanya tukang urut jadian je... Sebab tukang urut yang tulen ialah orang yang dapat ilmu melalui mimpi atau keturunan sahaja..." === Ini adalah suatu salah faham yang perlu untuk diperbetulkan. Ilmu itu milik Allah, dan Dia boleh berikan kepada sesiapa sahaja, termasuklah dengan cara belajar. Kita pulak memandai-mandai tentukan tukang urut tulen dan tak tulen, kalau nak ukur biarlah adil, iaitu ukurlah dengan ilmu dan kepakaran, bukan persepsi. Sebenarnya mendapatkan ilmu dengan kaedah belajar ini adalah sejak dari zaman nabi lagi.. Belajar adalah cara untuk memindahkan ilmu dari satu individu kepada individu yang lain. Oleh itu kita jangan sekali-kali memandang rendah kepada mereka yang mendapat ilmu dengan cara belajar. Nampak macam takde apa-apa yang ajaibkan?  Dapat ilmu dengan belajar? Em

Sakit belakang / Belikat kiri sehingga mengganggu pernafasan /pernafasan tersangkut

Imej
Seusai solat maghrib aku berjalan untuk mencari tempat bersolat sunat ba'diah, tiba-tiba terasa belakang aku dicuit. "Sakit dah kurang banyak, tinggal 5% je lagi, itu pun kesan urut kot rasanya. Ni tarik nafas pun dah takde masalah dah ni... " Oh.. Aku ingatkin siapa tadi, rupanya ustaz semalam yang ayah mertua aku minta tolong urutkan. Tu pun belum sempat buat ulangan. ==== Teringat lagi semalam ayah mertua aku ada minta tolong urut seorang ustaz. " Asyid, boleh tolong tengokkan ustaz tu tak? Dia kata sakit belakang sampai sesak nafas. Sakit dekat sini...  " Kata ayah mertua aku sambil tunjukkan bahagian belakang beliau, gigih melipatkan tangannya ke belakang badan sendiri. "Sesak nafas? Oh, sakit belikat tu ayah.. Takpe nanti saya tengokkan..." ==== Nampak sakit ustaz tu agak teruk juga, katanya bangun tidur terus terasa sakit. Biasanya sakit belikat akibat bangun tidur ni berantai hingga ke bahagian leher, tapi kes ni tidak. Hanya d

Belajar urut rawat keluarga sendiri - Sakit Urat & Terseliuh ~

Imej
Sesetengah orang belajar urut untuk berbakti kepada ibu dan bapa. Itu adalah saham akhirat yang besar untuk dilakukan. Teringat lagi kata-kata seorang pelajar saya di Penang, beliau beritahu : "Sebelum ini saya hanya belajar urut daripada DVD (video Belajar urut) tuan. Merawat ayah saya yang dah lama terbaring atas tilam, tak boleh bangun. Tapi lepas saya ikut teknik dalam DVD tu ayah saya dah boleh bangun. Sebab tu hari ni saya datang kelas, sebab nak belajar lebih dalam lagi .. " Bila dengar pelajar saya cerita beliau, saya rasa sebak. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah. Perkara yang sayavrasa kecil telah memberi impak yang sangat besar kepada hidup orang lain. Sebelum itu ada juga yang berikan feedback positif dalam merawat sakit strok, terseliuh dan sakit pinggang dengan mengikut teknik di dalam DVD tersebut. Alhamdulillah. Saya kira Allah telah makbulkan doa saya, saya memang berharap agar saya dapat berikan sumbangan yang besar kepada masyarakat,

SENGGUGUT LEBIH 10 TAHUN - BAGAIMANAKAH URUTANNYA? ~

Imej
Ada seorang pelajar saya, Jaafar berumur lingkungan 40-an, datang belajar urut pada 30 Julai 2017. Beliau datang belajar sebab nak merawat isterinya yang mempunyai masalah sakit senggugut, dah lebih 10 tahun isterinya menderita. Masalah itu bermula sejak awal perkahwinan lagi. "Selepas beberapa hari period, isteri saya akan menderita senggugut. Dia punya sakit tu saya pun tak sanggup nak tengok, sakit sampai berguling-guling di atas lantai. Boleh menangis kalau saya tengok dia punya sakit.. " Setiap kali isterinya sakit En Jaafar akan membawa isterinya ke klinik/ hospital untuk dapatkan rawatan. Tapi itu cerita lama, sebelum En Jaafar belajar di sini. Beliau telah hadir ke kursus Urutan Saraf Al Amin pada Julai 2017. Semenjak dari itu segala-galanya telah berubah. Kalau sebelum ini isteri beliau sakit sebegitu rupa, tetapi selepas urut senggugut masalah itu dah tak pernah datang lagi sampai sekarang. (Baru tadi saya call beliau untuk pengesahan). Caranya i

7 step urutan kaki tak boleh bersila, pesakit dari Damansara ~

Imej
Seorang Juruteknik berusia 32 dari Damansara datang untuk mendapatkan rawatan. Kedua-dua belah kakinya telah menjadi tegang sehingga tak dapat bersila seperti orang normal. “Dah berapa lama masalah tuan ni ye? " " Dah sebulan bang saya tak boleh bersila.." "Boleh tak ceritakan bagaimana masalah ni bermula? "  Mula-mula tu ok je.. Tapi saya perasan sebelum kena tu kaki saya mudah rasa kejang bila bersukan, lepas tu kaki rasa ketat sikit, tapi semakin lama kaki saya jadi semakin tegang sampai dah tak boleh nak bersila." "Boleh tuan duduk bersila sekejap? Saya nak pastikan tahapnya.. " Apabila pemuda tersebut cuba duduk bersila, kedua-dua belah pehanya tak dapat cecah ke lantai. Nampak beliau sangat tak selesa dan cenderung untuk jatuh ke belakang. "Ok takpe. Tuan masuk ke dalam tukar kain dulu ye" === Sebelum mengurut saya periksa bahagian mana yang paling tegang, kemudian yang kurang tegang. Setelah saya lakukan

Urut sebu perut/ Angin tak lepas dan lesu tubuh ~

Imej
Semalam En Razmi datang ke sini. Daripada raut wajahnya memang nampak En Razmi dalam keadaan sakit dan tak bermaya. Warna  kehitam-hitaman kelihatan di bawah kelopak mata En Razmi, tanda beliau berada dalam keadaan yang teramat letih. "Bang, saya ada masalah angin, dah lama tak lepas-lepas angin ni, perut sentiasa rasa sebu. Dan satu lagi, walaupun perut rasa lapar, tapi tak boleh nak masuk makanan, badan saya pun rasa lemah setiap masa.." Cerita En Razmi dengan muka yang tidak bermaya. Dah lebih sebulan En Razmi menghadapi masalah ini. Dah merata pergi berubat tapi masih belum membuahkan hasil. === Saya periksa tulang belakang En Razmi. Oh,  rupanya ada masalah pada bahagian Thoracic. Apabila ditekan dibahagian tersebut terasa amat sakit sehingga menggeliat tubuhnya. Saya tunjukkan kepada pembantu saya. "Azmi, Azree.. Nampak tak? Bahagian Thoracic (Tulang belakang) ni dia sakit sangat. Mungkin ada saraf yang tersepit. Betulkan sini dulu, lepas tu urut

~ Terapi Urut Saraf Tradisional untuk penduduk Selangor, KL, Meru, Setia Alam, Shah Alam, Klang, Subang, Petaling Jaya, Kajang, Bangi, Cheras, Ampang, Perak, Penang, Kedah

Imej
Saya telah tubuhkan pusat terapi sejak tahun 2015. Ia telah dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai masalah sakit-sakit urat atau tubuh seperti : Sakit pinggang sakit belikat sakit bahu sakit leher Terseliuh kejang kaki sakit lutut Kencing tak lawas lemah tenaga batin lelaki bisa-bisa tapak kaki sakit tumit lesu tubuh sesak nafas angin tak lepas Scoliosis (Tulang belakang bengkok) Slip disk/ Slip disc Frozen shoulder Sakit pergelangan tangan Dan pelbagai lagi masalah lain. Kami kerap menerima pesakit daripada mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam dan klang (Meru, setia alam, bukit raja).  Pada masa yang sama mereka yang jauh juga turut berkunjung di sini, termasuklah daripada kajang, bangi, putrajaya, subang, petaling jaya, kuala lumpur (KL), Bangi, Cheras, Kajang, Penang, Johor dan lain-lain. Ramai daripada Selangor mahupun di luar selangor. Alhamdulillah, ramai pesakit yang berkunjung di sini mendapat kesan positif hasil rawata

Sakit Pinggang - Sakit bila berbaring ~

Imej
Tadi ada seorang pemuda, Adi, 26. Beliau datang nak urut sakit pinggang. "Pinggang saya akan terasa sakit apabila berbaring. Pusing posisi macam mana pun pinggang saya akan tetap terasa sakit." "Fuh! Bila diurut, belakang dia tegang ya amat. Terasa sakit pada setiap inci bahagian yang ditekan. Meliuk-liuk batang tubuhnya menahan sakit. "Kalau badan tuan sihat takkan sakit macam ni bila diurut. Lebih teruk masalah tubuh, akan terasa lebih sakit.. " Aku terangkan biar dia tak salah faham. Tak nak dia anggap setiap kali mengurut mesti dia akan terasa sakit yang sama. Itu tak betul, bahkan kebiasaannya apabila membuat ulangan maka sakit akan jadi semakin berkurangan. Beberapa kali dia mengerang kesakitan, dan disulam dengan gelak menahan sakit. "Rileks, lembutkan badan, lepaskan nafas.. " Aku beri nasihat agar tubuhnya sentiasa dilembutkan semasa urutan dijalankan. Jangan melawan, nanti bertambah sakit. Bila sakit lepaskan nafas dan cuba be

Urutan Saraf di Taiping, Perak ~

Imej
Aku ada seorang kawan. Dia tak tahu apa kelebihan diri yang boleh dia banggakan. Dia rasa diri dia bodoh, belajar sering gagal dan hidup hanya menyusahkan orang. Aku tahu dia kerja tak menentu. Datang jauh dari kampung ke KL untuk berniaga. Buka macam-macam perniagaan, tapi semuanya serba tak menjadi. Masa tu aku baru bukak Pusat Terapi, aku panggil dia kerja. "Aku tak pandai la nak urut orang. Lagipun aku geli nak pegang-pegang badan orang ni.. " Macam-macam alasan dia bagi untuk tolak. "Ah, takde. Ko kerja je dengan aku. Berapa gaji ko sekarang? Aku bayar lebih daripada tu.." Apa alasan dia bagi semua aku tak terima, yang aku tahu dia mesti kerja dengan aku. Masa tu aku memang sangat perlukan orang. Dan aku nampak dia. Entah kenapa, tapi mungkin sebab dia kawan baik aku, lagipun aku rasa ni cara untuk aku tolong dia. Alhamdulillah, akhirnya dia kerja dengan aku. Beliau adalah pekerja kedua aku. Aku latih beliau dari kosong sehingga mendapat kualiti