Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit leher kiri

Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Imej
Sakit Leher Sampai Bahu Dan Tangan- Saraf Tersepit/ Slipped Disc Sakit leher menjalar hingga ke bahu dan tangan. Mengapa sakit leher boleh menjalar hingga ke bahu? Bahkan kadangkala ia boleh terasa hingga ke tangan. Apakah puncanya? Sebenarnya di bahagian tulang tengkuk atau bahasa anatominya tulang Cervical mempunyai banyak saraf yang menuju ke arah bahu dan tangan. Tulang Cervical terbahagi kepada 7 ruas, iaitu Cervical 1 (C1) hingga Cervical 7 (C7). Tulang Cervical 1 hingga Cervical 7 Apabila saraf yang berada di sekitar tulang Cervical tersepit, maka akan berlaku kesakitan seperti rasa kebas, mencucuk, rasa seperti renjatan elektrik atau pun rasa panas terbakar di sekitar kepala, leher, bahu dan tangan, bergantung kepada bahagian saraf yang tersepit. Sebahagian saraf di sekitar tulang Cervical (Tengkuk) menjalar ke bahagian bahu dan tangan, oleh itu tidak hairan jika pesakit yang mempunyai masalah saraf tersepit di leher turut terasa kesannya di bahagian bahu dan lengan. Sebahagian