Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit leher belakang

Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Imej
Sakit Leher Sampai Bahu Dan Tangan- Saraf Tersepit/ Slipped Disc Sakit leher menjalar hingga ke bahu dan tangan. Mengapa sakit leher boleh menjalar hingga ke bahu? Bahkan kadangkala ia boleh terasa hingga ke tangan. Apakah puncanya? Sebenarnya di bahagian tulang tengkuk atau bahasa anatominya tulang Cervical mempunyai banyak saraf yang menuju ke arah bahu dan tangan. Tulang Cervical terbahagi kepada 7 ruas, iaitu Cervical 1 (C1) hingga Cervical 7 (C7). Tulang Cervical 1 hingga Cervical 7 Apabila saraf yang berada di sekitar tulang Cervical tersepit, maka akan berlaku kesakitan seperti rasa kebas, mencucuk, rasa seperti renjatan elektrik atau pun rasa panas terbakar di sekitar kepala, leher, bahu dan tangan, bergantung kepada bahagian saraf yang tersepit. Sebahagian saraf di sekitar tulang Cervical (Tengkuk) menjalar ke bahagian bahu dan tangan, oleh itu tidak hairan jika pesakit yang mempunyai masalah saraf tersepit di leher turut terasa kesannya di bahagian bahu dan lengan. Sebahagian

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

Imej
CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA MEMBANTU RAMAI PESAKIT Cara urut sakit leher menjalar ke bahu "Hari tu saya ikut apa yang cikgu ajar. Iaitu cara urutan leher, bahu dan belikat. Kebetulan leher terasa ketat. Asbab saya ikut teknik urutan yang cikgu ajar dah rasa lega. Tak sakit dah leher dan belikat." -Nurulezati- Respon pesakit yang telah amalkan ilmu yang saya kongsikan. Cara hilangkan sakit leher. PUNCA SAKIT LEHER Zaman mutakhir ini ramai mereka yang mengalami masalah sakit leher, sehingga boleh membawa kepada pelbagai masalah lain yang lebih berat, kerana di bahagian leher terdapat banyak saraf yang menghubung kepada kepala, mata, hidung, lidah dan bahagian muka. Jika anda sedang mengalami masalah sakit leher, maka posting ini adalah untuk anda. Antara sebab kepada masalah sakit leher adalah kerana faktor kerja atau aktiviti berterusan yang menjurus kepada memberikan beban berterusan kepada bahagian leher atau bahu, iaitu seperti: 1)  Kerja ofis Berjam