Catatan

Rawatan Sakit pinggang: Siri 2

Imej
---------------------------------------------- Di dalam entry rawatan pinggang siri ke-2 ini saya akan menunjukkan point-point urutan di bahagian tepi peha, dan belakang peha yang kita lakukan di dalam posisi mengiring. Pada point urutan A (Gambarajah), urutan bermula daripada pangkal peha dan tolak ke bawah. Gunakan tapak tangan untuk melakukan urutan supaya mendapat tenaga yang lebih optimum dan pesakit juga akan berasa lebih selesa, kerana penggunaan tapak tangan mempunyai permukaan yang lembut, luas dan lebar. Jangan tekan terlalu kuat, tetapi berikan tekanan yang sedikit kuat. Mulakan tekanan secara bertahap, iaitu bermula dengan tahap 1 (perlahan), 2 (sederhana) hingga 3 (sederhana kuat). Pada point urutan B (Gambarajah), urutan bermula daripada celah tulang di bahagian punggung. Anda boleh menggunakan ibu jari untuk melakukan urutan di bahagian ini. Di kawasan ini isi adalah agak tebal, oleh itu berikan tekanan yang agak kuat sesuai dengan ketahanan pesakit. Berik

Proses pembikinan kaedah rawatan sakit pinggang siri ke-2

Imej
Bangun pagi-pagi ni rasa cergas dan bertenaga untuk memberi "something" bermanfaat untuk dikongsikan bersama masyarakat. Nantikan pembikinan seterusnya kawan-kawan =) .. Sangat-sangat banyak yang ingin saya kongsikan bersama anda =)  Tenaga pengajar & perawat. (aminul-rashid.blogspot.com) KLIK SINI

Rawatan Sakit Pinggang: Siri 1

Imej
------------------------------------------------ Ramai org yg dari jauh mengadu mengalami masalah sakit pinggang, ada yg mengalami sakit pinggang biasa dan ada juga yg lebih teruk hingga menyebabkn sakit hingga kebas ke bahagian kaki. Insya Allah atas rasa keperihatinan saya ingin kongsikan point-point urutan utk masalah sakit pinggang, mudah-mudahan ia dapat meringankan beban mereka yang memerlukan di luar sana. KAEDAH URUTAN. (Tip: Saya bahagikan tekanan pada 4 tahap, iaitu dari tahap ringan kepada berat) - Mulakan dgn bismillah. - Berikan tekanan pada tahap 2&3, tetapi pada kawasan punggung berikan pada tahap 4 (kuat), tetapi mulakan dengan tekanan yang perlahan. - Banyak gunakan tapak tangan dlm memberikan tekanan, terutamanya di bahagian punggung. - Apabila mengurut anda akan terjumpa bahagian otot/ urat yang bermasalah. Ciri-ciri urat/otot yang bermasalah ialah bahagian tersebut adalah keras, tegang dan mudah berasa sakit apabila diurut di bahagian terse