>> Dapat ilmu urut dengan BELAJAR atau KETURUNAN/ MIMPI? ~
"Kau ni dapat ilmu urut macam mana? Kalau dapat dengan cara belajar beerti kau bukanlah tukang urut yang tulen. Sesiapa yang dapat ilmu urutan melalui belajar ni sebenarnya hanya tukang urut jadian je...
Sebab tukang urut yang tulen ialah orang yang dapat ilmu melalui mimpi atau keturunan sahaja..."
===
Ini adalah suatu salah faham yang perlu untuk diperbetulkan.
Ilmu itu milik Allah, dan Dia boleh berikan kepada sesiapa sahaja, termasuklah dengan cara belajar. Kita pulak memandai-mandai tentukan tukang urut tulen dan tak tulen, kalau nak ukur biarlah adil, iaitu ukurlah dengan ilmu dan kepakaran, bukan persepsi.
Sebenarnya mendapatkan ilmu dengan kaedah belajar ini adalah sejak dari zaman nabi lagi.. Belajar adalah cara untuk memindahkan ilmu dari satu individu kepada individu yang lain.
Oleh itu kita jangan sekali-kali memandang rendah kepada mereka yang mendapat ilmu dengan cara belajar.
Nampak macam takde apa-apa yang ajaibkan? Dapat ilmu dengan belajar? Emm... Biasa je.. Mesti tak pandai mengurut nih..
Tapi kalau melalui mimpi atau keturunan? Wah, nampak ajaib dan menarik! Mesti dia ini pakar tanpa ragu-ragu lagi!.
Nampak tak?
Please jangan ada 'double standard'..
Sebenarnya tanpa kita sedar ucapan buruk kita itu telah membunuh minat ramai orang-orang baru.
Dalam kita tak sedar jugak ada segelintir pihak yang telah menjadikan 'mimpi' dan 'keturunan' ini sebagai modal penipuan mereka. Tak perlu sijil, tak perlu menuntut ilmu, tak perlu belanja untuk belajar, malah mereka lebih dipercayai berbanding orang yang belajar.
Ye, lebih dipercayai.
Maaf, status ini bukanlah bermaksud nak menghina mereka yang mempunyai ilmu dengan cara keturunan atau mimpi. Saya percaya, ianya memang ada. Dan saya menghormatinya.
Untuk elakkan salah faham sila ulang baca rangkap di atas ye.. 👆
Cuma saya nak betulkan tanggapan sesetengah masyarakat yang mengatakan :
"Orang yang mendapat ilmu urutan dengan cara belajar itu adalah tidak tulen, tidak pakar dan low class.. "
Sedangkan sesiapa sahaja berpeluang menjadi pakar asalkan ada kesungguhan dan minat yang mendalam. Allah itu Maha Adil dan rahmatNya sangat luas.
Biarlah kita adil dalam meletakkan suatu ukuran.
Berhati-hatilah. Jangan pula kita menjadi asbab tertolaknya kebaikan untuk orang lain, tetapi sebaliknya biarlah kita ini menjadi asbab tersebarnya kebaikan.
Kepada orang lama, berilah sokongan dan jangan pula menjatuhkan mereka yang baru. Kerana setiap orang bermula dengan baru, dan Allah lah yang menambahkan ilmu itu. Jadikan diri kita PENAWAR untuk orang lain dan bukannya RACUN.
Dan kepada orang baru, saling hormat menghormatilah antara satu sama lain dan janganlah mudah untuk mendabik dada.
Merendah diri tidak beerti hina, kerana bukan kemuliaan di sisi manusia yang kita cari.
.

KLIK SINI UNTUK JOIN CHANNEL TELEGRAM ILMU URUTAN |
HIGH IMPACT THERAPY
(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).
Ulasan
Catat Ulasan