3 POINT URUTAN SAKIT TAPAK KAKI & IBU JARI KAKI ~



Beberapa hari lepas saya ada mengurut seorang yang mengadu mempunyai masalah sakit pada bahagian ibu jari kaki dan tapak kaki. Sakit akan terasa apabila setiap kali berjalan, sudah berlarutan dalam beberapa hari. Menurut beliau sakit tersebut bermula daripada bahagian betis, kemudian merebak sehingga bahagian tapak kaki dan ibu jari kaki.

Untuk ibu jari kaki saya gunakan 2 point, manakala untuk masalah tapak kaki ada 1 point yang penting. Alhamdulillah, setelah mengurut sakit terus berkurangan sebanyak 70%, dan keesokan harinya sakit telah hilang sepenuhnya.

Di sini saya ingin kongsikan kepada anda point dan untuk cara untuk mengurut diri sendiri. Mudah-mudahan ia dapat membantu meringankan sakit anda diluar sana. Titipkan sedikit doa untuk saya =)

==============

2 POINT URUTAN UNTUK MERAWAT MASALAH SAKIT IBU JARI KAKI

  • POINT 1
Urat Tulang Keting

Secara umumnya urat/otot ini adalah berfungsi untuk menggerakkan bahagian angkel, tetapi di bahagian bawah point ini ia adalah point yang berhubung dengan bahagian ibu jari kaki. Boleh urut sahaja point ini secara keseluruhan untuk memberikan kelegaan yang menyeluruh.

Saya pernah mengurut orang yang terseliuh sebelum ini yang melibatkan bengkak di bahagian Urat Tulang Keting hingga celah ibu jari kaki. Apabila saya mengurut di bahagian bawah sahaja (Extensor Hallucis Longus), maka bengkak dibahagian celah ibu jari juga turut mengecut.



Urut bahagian seperti di dalam gambar dengan menggunakan ibu jari, dengan dibantu oleh ibu jari atau tapak tangan sebelah lagi. Contohnya jika sakit di sebelah kaki kiri, maka gunakan ibu jari kanan dan dibantu oleh ibu jari kiri untuk mendapatkan tekanan yang benar-benar mantap. Boleh juga support dengan menggunakan tapak tangan.



  • POINT 2


Urat Celah Jari Kaki

Ini adalah celahan antara ibu jari kaki dan jari sebelahnya. Bahagian ini adalah agak sempit, oleh itu ia perlu diurut menggunakan ibu jari tangan.

Pastikan kuku anda pendek supaya bahagian yang diurut tidak bercalar atau luka, lebih-lebih lagi untuk orang yang kecing manis, dikhuatiri setelah luka mudah untuk mendapat jangkitan.


==========================

1 POINT MERAWAT MASALAH BISA TAPAK KAKI


Urat Betis Dalam
Point ini saya namakan sebagai Urat Betis Dalam. Biasanya mereka yang mempunyai masalah sakit tapak kaki akan terasa tegang di bahagian ini.

Nama tersebut diberikan sesuai dengan lokasi point tersebut, jangan tersilap pula ye, perhatikan gambar betul-betul.

Jika ingin mengurut sendiri, maka boleh ikut arah anak panah seperti di dalam gambar, ia akan memudahkan proses urutan dijalankan.

Urat Betis Dalam yang tegang akan terasa sakit apabila diurut dengan tekanan yang mencukupi, berikan fokus untuk melembutkan otot di bahagian ini. Untuk mengurut diri sendiri, point tersebut mudah untuk dicapai dengan menggunakan tapak tangan.

Berapa kali nak ulang tekan?

Urut sehingga sakit menjadi berkurangan, atau sehingga otot yang keras menjadi semakin lembut. 

JOM KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK TONTON DENGAN LEBIH DETAIL!

VIDEO URUT SAKIT IBU JARI &TAPAK KAKI



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)