~ TEKNIK URUT UNTUK MELEMBUTKAN PEHA YANG TEGANG- KAKI TAK BOLEH BERSILA.

Beberapa hari lepas pak cik M telah datang untuk dapatkan khidmat rawatan di Pusat Terapi Saraf Al Amin. Berumur hujung 50-an. Beliau mempunyai masalah tegang dibahagian peha yang dipanggil juga sebagai 'Groin Strain' sehingga menyebabkan berlakunya 5 implikasi yang membuatkan beliau tidak selesa, iaitu:


1) Tidak dapat bersila dengan baik (Akibat tegang di bahagian peha).


Peha terangkat semasa cuba untuk duduk bersila.

2) Terasa sakit apabila mengangkat lutut ke atas.


3) Kaki terasa kebas.
4) Terasa sakit apabila pusingkan kaki ke arah luar (twist).
5) Mata berpinar apabila berjalan laju (Mungkin kerana terlalu sakit).

Selepas pihak Al Amin melakukan rawatan untuk beliau, banyak masalah di atas telah hilang. Kaki tidak lagi kebas, sudah boleh bersila seperti biasa, mata sudah tidak berpinar ketika berjalan laju. Beliau beritahu, secara kesluruhan perubahan telah berlaku dalam 80%. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.


==================================


Punca kaki tak boleh bersila adalah disebabkan ketegangan otot dibahagian sendi peha dan sekitarnya. Antara punca yang menyumbang kepada masalah tersebut ialah:

- Terlebih penggunaan otot peha (Over use)
- Perubahan arah pergerakan kaki secara mengejut (Biasanya terjadi kepada pemain bola sepak)

Tetapi untuk kes pakcik M tempoh hari, beliau mengalami masalah ketegangan otot peha bahagian dalam. Kawasan terlibat adalah seperti yang telah saya bulatkan di dalam gambar di bawah.

Untuk mengurut di bahagian Peha Dalam ini, elakkan menggunakan jari atau skop tekanan yang kecil, kerana ia akan terasa amat menyakitkan. Dalam kita menjalankan urutan, faktor utama yang ingin kita capai ialah bagaimana untuk melembutkan otot yang tegang dengan CARA YANG EFEKTIF dan pada masa yang sama, ia dapat MEMINIMUMKAN KADAR KESAKITAN MENGURUT semasa sesi urutan dijalankan.



Peha-Dalam

Anda disyorkan menggunakan tapak tangan semasa mengurut di bahagian Peha Dalam.

4 perkara yang perlu dielakkan semasa mengurut bahagian peha Dalam, iaitu elakkan:

1) MENGGUNAKAN IBU JARI
2) MENGGUNAKAN SISI TAPAK TANGAN DENGAN SANGAT MERUNCING
3) MENGGUNAKAN TULANG TAPAK TANGAN SEBAGAI TITIK FOKUS DALAM TEKANAN
4) MEMBERIKAN TEKANAN DENGAN CARA YANG SAMA UNTUK KESELURUHAN BAHAGIAN PEHA.

===============================

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA URUT BAHAGIAN PEHA DALAM


1) MENGGUNAKAN IBU JARI

Elakkan menggunakan jari.

Tekanan dengan cara menggunakan ibu jari amat memeritkan. Kerana ibu jari adalah anggota yang tajam dan keras, manakala bahagian peha adalah bahagian yang lembut dan mempunyai kulit yang sensitif. Oleh itu cara ini adalah tidak sesuai dan perlu dielakkan. Ia boleh mengakibatkan lebam, calar atau luka jika terkena di bahagian kuku.

Tetapi tidak dinafikan, dengan kaedah tertentu ia boleh dilakukan, iaitu dengan penggunaan tekanan yang berkadar, lembut dan bersesuaian. Cuma ia memerlukan latihan dan bimbingan secara intensif.

==================================

2) MENGGUNAKAN SISI TAPAK TANGAN DENGAN SANGAT MERUNCING


Elakkan menggunakan sisi tapak tangan dengan sangat meruncing.

Elakkan urut di bahagian Peha Dalam menggunakan sisi tapak tangan. Kerana ia merupakan bahagian yang tajam dan keras, apatah lagi jika si pengurut belum mahir dalam mengawal kadar tekanan yang diberikan. Dengan kadar tekanan yang amat memeritkan dan tidak bersesuaian, maka ia mungkin memberi pesepsi negatif terhadap urutan di mata masyarakat.

Melainkan anda adalah orang yang terlatih dan berada di dalam bimbingan guru yang mahir.

 =================================

3) MENGGUNAKAN TULANG TAPAK TANGAN SEBAGAI TITIK FOKUS DALAM TEKANAN

Elakkan menggunakan tulang Tulang Tapak Tangan.

Semasa mengurut bahagian peha dalam elakkan menekan dengan kuat dengan menggunakan Tulang Tapak Tangan sebagai titik fokus. Ia amat memeritkan, lebih-lebih lagi jika anda terus berikan tekanan yang kuat, ia umpama anda mengurut menggunakan batang kayu.

================================

Bahagian sensitif dan memerlukan tekanan yang berbeza.

Antara kesilapan mengurut di bahagian Peha Dalam juga adalah memberikan tekanan dengan cara yang sama di semua tempat.

Semasa menjalankan urutan di Peha Dalam, bahagian yang ingin difokuskan adalah dibahagian pangkal peha, seperti di dalam gambar di atas. Tekanan pada bahagian tersebut perlu dilakukan dengan lebih cermat kerana ia memerlukan teknik yang berbeza. 

Cara tekanan di bahagian tersebut adalah dengan cara 'Uli Setempat' dengan menggunakan segi empat tapak tangan.

===============================.


4) MEMBERIKAN CARA TEKANAN YANG SAMA DI SELURUH BAHAGIAN PEHA DALAM.
Cara meletakkan tangan dengan betul.

Cara yang betul adalah anda perlu meletakkan tapak tangan secara rata. Apabila tapak tangan diletakkan secara rata, maka jari anda akan lurus ke depan. Urut dengan kadar perlahan atau sederhana dahulu, dan jangan tergopoh-gapah.

Tekanan permulaan (lembut atau sederhana) adalah untuk kita kenalpasti tahap masalah yang dialami oleh pesakit. Tekanan permulaan adalah amat penting, kerana dengan itu kita dapat 'adjust' tekanan yang seterusnya kepada tahap yang lebih bersesuaian kepada pesakit.

Ingat. Sentiasa memulakan tekanan dengan kadar lembut atau sederhana. Jika anda masih baru, maka mulakan dengan tekanan lembut. Ia lebih baik untuk anda dan pesakit.





Ramai orang yang saya ajar mereka rasa mereka sudah faham dan dapat lakukan dengan baik, tetapi apabila sesi praktikal dijalankan ramai yang melakukan kesilapan, yang paling ketara ialah terlampau kuat, berikan tekanan menggunakan sisi tapak tangan, urut menggunakan tulang tapak tangan, urut tidak sampai ke pangkal dan tekan dengan teknik yang sama walaupun di tempat yang sangat sensitif.

Jadi sila ambil perhatian dan ambil berat. Perhatikan video yang saya kongsikan dibawah dengan teliti. Anda boleh cari seorang model yang sihat untuk lakukan praktis dan minta respon daripada beliau.

Di bawah ini saya telah sertakan video untuk panduan anda. Ia sangat penting untuk ditonton agar anda daopat lakukan teknik tersebut dengan cara yang betul. 

SILA KLIK DAN TONTON VIDEO DI BAWAH:

VIDEO TEKNIK URUT KAKI TAK BOLEH BERSILA (KES PAK CIK M)

Silakan share artikel ini kerana ramai orang sakit diluar sana memerlukan ilmu ini. Dengan ilmu ini mungkin seorang anak dapat membantu bapanya yang sakit.

Nota: Perkongsian ini adalah dinukilkan daripada sudut pandang ilmu Urutan Saraf Al Amin, sekiranya ada percanggahan dengan teknik urutan lain, maka berlapang dadalah selagi teknik tersebut tidak membawa mudharat. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas.

=============================












Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)