5 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK JADIKAN URUTAN LEBIH BERKESAN!


"Saya sudah lama mengurut, tetapi kurang berkesan untuk merawat sakit-sakit tubuh. Bolehkah tuan berikan saya tips bagaimana untuk menjadikan urutan lebih berkesan?"


Ini antara bahagian tulang yang sering diurut tanpa disengajakan. 



Semasa memberi latihan di dalam kelas ada dikalangan anak murid saya yang termenung dan berfikir, mengapa saya mengurut di point yang sama dengan point yang mereka gunakan tetapi mendapat lebih keberkesanan? (Dengan izin Allah)


Apakah beza antara urutan saya dan mereka?

Dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi secebis pengetahuan yang ada. Dan sesungguhnya di luar sana lebih ramai orang yang lebih tinggi ilmu dan taqwanya berbanding saya yang serba lemah ini.

=====

Ada banyak faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan dalam urutan, tapi di sini saya akan kongsikan 5 dahulu.

Sebenarnya penyumbang kepada keberkesanan suatu urutan itu bukan hanya terletak kepada point semata-mata, tetapi juga kepada cara kita mengolah tekanan yang diberikan.

Untuk mendapatkan keberkesanan dalam urutan perhatikan 5 perkara di bawah ini:

.

1) Posisi mengurut


Posisi yang betul adalah sangat penting semasa menjalankan suatu urutan. Jangan terkejut jika saya beritahu, hanya dengan membetulkan posisi urutan sahaja maka dapat meningkatkan keberkesanan dalam urutan yang anda jalankan.

Ya, ia semudah itu. Persoalannya mengapa hanya dengan membetulkan posisi mengurut dapat meningkatkan keberkesanan dalam urutan?

Kerana posisi mengurut yang betul dapat menjimatkan tenaga, mengurangkan penat dan memantapkan tekanan. Tahukah anda? Tekanan urutan yang diberi pada point yang sama, dapat memberikan rasa berbeza hanya dengan menukar posisi urutan.

Tapi jika posisi kurang tepat antara kesannya ialah pinggang akan terasa cepat lenguh, tekanan menjadi kurang mantap dan tubuh akan menjadi cepat letih.

.


2) Point urutan

Point urutan perlu diperbaiki ketepatannya. Elakkan daripada menekan bahagian tulang semasa menjalankan urutan. Tetapi sepatutnya urutan perlu fokus di bahagian otot atau urat (dalam bahasa lama).

Tekanan ke atas bahagian tulang adalah memeritkan. Kerana ia boleh menyebabkan lebam atau bengkak. Tetapi jika tekanan ke atas bahagian tulang itu adalah bahagian yang perlu diurut untuk sesuatu keperluan maka ia tidaklah menjadi masalah, asalkan anda mempunyai ilmunya.
.


3) Tekanan Mencukupi


Tekanan urutan perlulah diberikan dengan secukupnya. Ia tidak beerti tekanan harus diberikan secara maksimum. Tetapi tekanan urutan perlu diberikan bersesuaian dengan masalah, bersesuaian dengan kadar ketahanan dan atas kesanggupan pesakit.

Kadar kesembuhan (Dengan izin Allah) adalah berbeza bagi setiap orang, ada yang cepat dan ada yang lambat. Ia disebabkan banyak faktor yang mungkin berbeza bagi setiap orang.

Andai faktor itu daripada pesakit sendiri, maka tidak ada apa yang boleh kita perkatakan.

Tetapi apa yang kita boleh lakukan adalah kita perlu memaksimumkan kebolehan kita dalam memberikan yang terbaik untuk pesakit, iaitu dari segi ketepatan point, kecukupan tekanan dan olahan urutan yang baik.




4) Olahan Tekanan Urutan

Tekanan urutan yang diberikan perlu diolah. Tekanan perlu diselang-selikan antara kuat, sederhana dan perlahan.

Tujuan urutan bukanlah untuk memberi kesakitan, bahkan adalah untuk melembutkan otot yang tegang sekaligus melancarkan kembali peredaran darah yang terganggu.

Sememangnya bahagian otot yang bermasalah akan menjadi kaku, keras dan akan terasa sakit apabila diurut. Oleh itu sangat penting seseorang Terapis mempunyai perasan empati sehingga dapat merasakan dan menyelami keadaan pesakit semasa urutan dijalankan.




.

5) Pergantungan Hati Kepada Allah.

Pergantungan hati kepada Allah adalah perkara yang paling penting dan mengatasi segala yang lain. Sehebat mana pun teknik rawatan dan ilmu kita, kita tetap adalah insan yang lemah. Kita tak mampu memberikan kesembuhan meskipun hanya untuk mengatur rezeki sendiri.

Tetapkanlah hati ini supaya sentiasa tunduk kepada Allah. Kerana segala kelebihan yang diberi itu adalah ujian untuk Dia menilai hati dan amalan kita.

Pernah seorang kawan saya bercerita. Suatu hari dia mendapat seorang pesakit yang mempunyai suatu masalah.

Masalah tersebut adalah masalah yang selalu beliau rawat dan seringkali mendapat 'result' yang positif. Biasanya sebelum memulakan rawatan dia akan berdoa kepada Allah, tetapi kali ini beliau tak berdoa dan rasa sangat yakin, seolah-olah pesakit itu pasti akan sembuh ditangannya.

Namun begitu, kali ini perkara yang terjadi adalah berbeza. Pesakit itu bukan jadi lebih baik, bahkan telah menjadi lebih teruk.

"Menyesal aku rasa yakin sangat. Biasanya aku berdoa sebelum merawat, tapi hari tu aku leka. Aku 'over confident'. Allah nak tunjuk kepada aku bahawa kesembuhan itu hanya daripada Dia.."

Kata kawan saya dengan rendah diri dan menundukkan kepala.

=====

Akhir pesanan saya adalah kita perlu bersungguh atas setiap apa yang kita buat. Kalau kita 'offer' untuk berikan servis, maka berikanlah yang terbaik, bukanhanya buat ala kadar.

Carilah rezeki yang halal dan mengandungi berkat. Kerana dengan keberkatan itu ada kecukupan dan ketenangan.

Tunaikan solat walau dalam kesibukan dalam bekerja, dan berikanlah perkhidmatan yang menggembirakan pelanggan, bukan sebaliknya.



HIGH IMPACT THERAPY 


(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)