Rawatan: SAKIT TANGAN / TANGAN TIDAK BOLEH DIANGKAT - Urutan Saraf Al-Amin.

===============================



                                                       -----------------------------------


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kelapangan masa kepada saya untuk saya berkongsi sedikit khazanah ilmuNya yang luas. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk masyarakat dan manusia sekaliannya.

Di dalam entry kali ini saya ingin berkongsi ilmu Urutan Saraf Al-Amin tentang rawatan masalah sakit tangan / tangan tidak boleh di angkat.

Masalah sakit tangan sehingga tidak boleh diangkat adalah perkara yang biasa terjadi sama ada kepada orang tua mahupun orang muda. Kadangkala ianya terjadi kerana melakukan aktiviti berat secara berulang-ulang kali atau kerana kecederaan akibat bersukan, sama ada kecederaan lama ataupun kecederaan baru.

Kaedah rawatan yang akan saya kongsikan ini adalah sesuai untuk tahap masalah yang ringan dan sederhana, tetapi untuk masalah yang berat perlu dibuat rawatan sampingan seperti rawatan akupuntur untuk kesan yang lebih efektif.

Di bawah ini saya kemukakan beberapa testimoni yang telah saya dapat berkaitan rawatan masalah tangan tidak boleh diangkat:


Kisah 1:

En Amar berusia 40 tahun mengalami masalah sakit bahu, semenjak 2 bulan yang lalu. Setiap kali En Amar memakai baju bahunya akan terasa sakit. Beliau telah menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan. Selepas pertama kali rawatan bahunya telah mula terasa lebih 'ringan' dan selesa. Selang 2 hari En Amar membuat ulangan kali ke-2, setelah itu hingga kini bahu En Amar telah pulih seperti sediakala.


Kisah 2:

Seorang pelajar UITM Shah Alam telah datang kepada saya dengan tangan yang berbalut. Menurut pelajar itu sakitnya adalah disebabkan terjatuh semasa bermain bola keranjang. Apabila di suruh angkat beliau hanya boleh mengangkat separuh sahaja. Saya telah melakukan urutan secara berperingkat-peringkat, iaitu bermula dengan  tekanan yang sederhana. Pada sesi ke-2 saya telah membuat urutan yang lebih kuat untuk melembutkan otot-ototnya yang telah mengeras. Kelihatan bahu beliau semakin lembut dan beliau boleh mengangkat tangan lebih tinggi daripada sebelumnya. Setelah sesi ke-4 rawatan beliau telah pulih sepenuhnya.

                                                          ------------------------------------

Di bawah ini saya sertakan gambarajah panduan tentang kaedah rawatan masalah tangan tidak boleh diangkat dengan kaedah Urutan Saraf Al-Amin:







Gambarajah 1: Bahu (Pangkal lengan)






Gambarajah 2: Lengan hadapan.






Gambarajah 3: Lengan belakang.






Gambarajah 4: Urat Belikat & Bahu (belakang).



Cara urutannya adalah seperti berikut:

1) Letakkan minyak di tempat yang ingin diurut.
2) Urut mengikut arah anak panah.
3) Kawasan yang bermasalah akan berasa sakit apabila diurut. Berikan tekanan yang sederhana dan disusuli dengan tekanan yang lebih kuat.
4) Gunakan petua halia sebelum tidur (Letakkan dibahagian yang terasa sakit apabila diurut, kemudian dibalut dan dibiarkan semalan).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PETUA HALIA:

- Ambil halia secukupnya.
- Tumbuk halia sehingga lumat.
- Tempekkan dibahagian yang terasa sakit.
- Biarkan semalaman dan ulang beberapa hari.


NOTA:

- Ketika melakukan urutan, anda hendaklah mencari di mana titik sakit. Berikan tumpuan dan lebihkan urutan di kawasan yang sakit.

- Lakukan beberapa sesi secara berperingkat sehingga sakit di bahagian tersebut berkurangan dan hilang sepenuhnya.

                                                         ---------------------------------





----------------------------------------------


Anda rasa ianya bermanfaat? Jom jana pahala PERCUMA dengan share posting RAWATAN SAKIT TANGAN ini. Ia pasti akan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

Anda membantu orang lain, Allah PASTI akan membantu anda =)


*** AMARAN KERAS !!!: JANGAN KEDEKUT ILMU.





KLIK SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)