Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Sakit Leher Sampai Bahu Dan Tangan- Saraf Tersepit/ Slipped Disc

Sakit leher menjalar hingga ke bahu dan tangan.


Mengapa sakit leher boleh menjalar hingga ke bahu? Bahkan kadangkala ia boleh terasa hingga ke tangan. Apakah puncanya?

Sebenarnya di bahagian tulang tengkuk atau bahasa anatominya tulang Cervical mempunyai banyak saraf yang menuju ke arah bahu dan tangan. Tulang Cervical terbahagi kepada 7 ruas, iaitu Cervical 1 (C1) hingga Cervical 7 (C7).

Tulang Cervical 1 hingga Cervical 7

Apabila saraf yang berada di sekitar tulang Cervical tersepit, maka akan berlaku kesakitan seperti rasa kebas, mencucuk, rasa seperti renjatan elektrik atau pun rasa panas terbakar di sekitar kepala, leher, bahu dan tangan, bergantung kepada bahagian saraf yang tersepit.

Sebahagian saraf di sekitar tulang Cervical (Tengkuk) menjalar ke bahagian bahu dan tangan, oleh itu tidak hairan jika pesakit yang mempunyai masalah saraf tersepit di leher turut terasa kesannya di bahagian bahu dan lengan.

Sebahagian saraf leher menjalar ke bahu dan tangan

Video di bawah menunjukkan kedudukan saraf yang berada di sekitar tengkuk. Kemudian ditunjukkan juga bagaimanakah keadaan yang dikatakan saraf tersepit. Selain itu di kongsikan juga risiko yang akan berlaku jika mendapat masalah Slipped Disc atau saraf tersepit di tengkuk.

Berikan 2 minit untuk tonton video ini supaya anda lebih jelas: 



Jika saya sakit bahu, bagaimanakah nak pastikan ia hanya sakit bahu biasa atau melibatkan saraf tersepit di leher?

Untuk mengenalpasti sakit bahu tersebut berpunca dari leher atau tidak, terdapat 2 tanda.

1) Ujian Bahu

Pertama sekali anda lakukan satu ujian bahu yang dikenali sebagai Shoulder Abduction Test. Anda perlu angkat lengan melebihi paras bahu, atau letakkan sahaja tangan di atas kepala anda.

Jika sakit bahu anda berpunca dari leher, maka gerakan ini akan membuatkan sakit bahu semakin lega. Kerana gerakan ini akan mengendurkan saraf leher. Tetapi jika dengan melakukan gerakan ini bahu anda semakin sakit, maka ia bermaksud sakit bahu tersebut tiada kaitan dengan leher. Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Angkat tangan melebihi paras bahu/ letakkan tangan di atas kepala (Shoulder Abduction Test)


2) Sakit terletak di bahagian paling atas Otot Trapezius

Antara tandanya ialah sakit di bahagian Otot Trapezius. Otot Trapezius terbahagi kepada 3, iaitu bahagian atas, tengah dan bawah. Jika sakit bahu berpunca daripada kesepitan saraf leher (Cervical), maka bahagian Otot Trapezius yang akan terasa sakit biasanya ialah di bahagian paling atas.

Bahagian inilah yang terasa sakit apabila punca masalah ialah dari saraf tengkuk/ cervical.


Jika anda mempunyai masalah slipped disc bahagian Cervical atau leher, maka anda boleh cuba cara di dalam video ini:


Senaman pulihkan Slipped Disc di leher (Cervical)



ARTIKEL MENARIK UNTUK ANDA 👇


Saya pernah membantu bekas pekerja bank yang telah berkhidmat sekitar 20 tahun. Akibat pekerjaan duduk lama menghadap komputer, maka leher beliau telah menjadi kaku dan keras. Leher beliau menjadi sukar di pusingkan kepala dengan sempurna. Setelah menjalankan rawatan secara intensif beliau telah menunjukkan perubahan yang positif. Sakit leher sampai bahu dan tangan- Saraf tersepit/ Slipped Disc

Sila tonton videonya di sini (Rakaman ini dilakukan atas keizinan pesakit):


Saya biasa amalkan teknik rawatan gabungan antara urutan saraf, Alignment tulang dan regangan sendi untuk maksimumkan kesan pemulihan.


- HIGH IMPACT THERAPY -


(Elakkan call, whatsapp sahaja supaya mudah untuk kami uruskan soalan-soalan yang kami terima dengan baik. Kerjasama anda amat kami hargai).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)