Catatan

RAHSIA 'CUKUP'

Imej
RASA TAK CUKUP?? Minggu lepas pernah berborak dengan seorang tokeh restoran. Dalam rancak berborak tu Pak cik tu bersuara, "Sebenarnya kaya dan miskin ini Allah bagi pilihan kepada kita untuk berusaha. Allah akan bagi kalau kita buat dengan ilmu dan cara yang betul. Tapi 'cukup' itu bukan milik kita. 'Cukup' itu adalah milik Allah. Allah akan bagi kepada orang yang Dia pilih sahaja. Kadang-kadang ada orang yang income dia besar. puluhan ribu, malah ratusan ribu, tapi dia tak pernah merasa cukup. Kadang-kadang pulak kita tengok seorang tukang kebun. Gaji kecik je, makan dan pakai ala kadar. Kalau kita tanya dia apa yang kita blh bantu, dia kata, "Alhamdulillah, saya rasa semua dah cukup". 'Cukup' itu rahsia Allah. Allah akan beri kepada mereka BERSYUKUR sahaja." KLIK SINI

FORMULA MENCARI BAHAGIA.

Imej
Sangat ramai manusia yang mencari bahagia dengan menggunakan akal mereka sendiri. Bahagia ini perkara hati. Hati yang bahagia adalah hati yang tunduk kepada Allah. Bukan hati yang sibuk dengan mengumpat org lain, bukan hati yang benci lihat orang lain senang, bukan hati yang bersifat ego dan sombong, dan bukan hati yg penuh dgn sangkaan buruk. Itu semua hati yang kotor. Hati yang tidak layak di tempatkan kedamaian dan ketenangan. Buah RAMBUTAN ITU Allah tumbuhkan di atas pokok RAMBUTAN. Adakah anda bisa mendapatkan buah RAMBUTAN di atas POKOK DURIAN? Anda pasti tidak akan jumpa. Itulah dia. Ketenangan, kedamaian, ketenteraman itu hanya milik Allah.  Dia beri kepada hati yang LAYAK untuk menerimanya sahaja. Anda boleh berusaha menjadi kaya. Tetapi anda tidak akan mampu memberi ketenangan kepada jiwa anda dengan kekayaan itu. Anda boleh membesarkan rumah anda sehingga 3 kali ganda, tetapi rumah yang besar juga tidak dapat memberi ketenangan jiwa. Pernah dengar kes orang kaya b

Rawatan: SAKIT TANGAN / TANGAN TIDAK BOLEH DIANGKAT - Urutan Saraf Al-Amin.

Imej
===============================                                                        ----------------------------------- Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kelapangan masa kepada saya untuk saya berkongsi sedikit khazanah ilmuNya yang luas. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk masyarakat dan manusia sekaliannya. Di dalam entry kali ini saya ingin berkongsi ilmu Urutan Saraf Al-Amin tentang rawatan masalah sakit tangan / tangan tidak boleh di angkat. Masalah sakit tangan sehingga tidak boleh diangkat adalah perkara yang biasa terjadi sama ada kepada orang tua mahupun orang muda. Kadangkala ianya terjadi kerana melakukan aktiviti berat secara berulang-ulang kali atau kerana kecederaan akibat bersukan, sama ada kecederaan lama ataupun kecederaan baru. Kaedah rawatan yang akan saya kongsikan ini adalah sesuai untuk tahap masalah yang ringan dan sederhana, tetapi untuk masalah yang berat perlu dibuat rawatan sampingan seperti rawatan akupuntur un

Rawatan Sesak Nafas - Urutan Saraf Al-Amin

Imej
                                   --------------------------- Alhamdulillah Allah melapangkan masa saya untuk saya berkongsi sedikit ilmu rawatan berkaitan pernafasan. Masalah sesak nafas berlaku biasanya adalah akibat daripada terkena serangan penyakit seperti asma dan sakit jantung. Setakat pengalaman saya masalah tersebut adalah sangat efektif dibantu dengan kaedah urutan. Sangat banyak testimoni yang saya dapat dalam merawat masalah sesak nafas dengan kaedah urutan. Berikut adalah sebahagian kisah yang dapat saya kongsikan: Kisah 1 : En Zamri selalu berasa sesak nafas terutamanya pada waktu malam dan bangun tidur. Selepas menjalankan 3 sesi urutan (seminggu sekali) En Zamri terasa nafasnya semakin lapang. Setelah itu En Zamri melakukan urutan secara rutin sebulan 2 kali, kini En Zamri telah kembali pulih seperti biasa. Tiada lagi terasa sesak nafas ketika waktu malam dan bangun tidur. Kisah 2 : En Ismail adalah seorang perokok tegar. Beliau kerap

Rawatan SAKIT LUTUT.

Imej
Di dalam entry ini saya akan berkongsi dengan anda tentang rawatan masalah SAKIT LUTUT dengan kaedah Urutan Saraf Al-Amin. Ramai orang yang mempunyai masalah sakit lutut yang telah saya bantu dengan kaedah urutan, dan ramai yang telah mendapat kesembuhannya, alhamdulillah. Bukan sahaja orang tua yang mengalami masalah sakit lutut, bahkan ramai juga di kalangan orang muda yang mengalami masalah yang sama. Banyak punca yang menyebabkan masalah sakit lutut, antaranya ialah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, salah 'step' ketika melakukan aktiviti lasak atau kerana terlalu aktif bersukan setelah sekian lama tidak bersukan. Masalah ini perlu dirawat dan jangan kita biarkan sehingga ia melarat dan menjadi semakin teruk, jika tidak ia akan mengganggu aktiviti harian seperti bekerja, berjalan, bangun dari duduk, menaiki tangga dan bersolat. Antara kaedah yang efektif untuk membantu dalam melegakan sakit lutut adalah dengan mengurangkan berat badan (kepada yang memp

Kaedah URUT KAKI TERSELIUH (PERGELANGAN KAKI.)

Imej
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- Di dalam entry ini saya akan berkongsi dengan anda tentang rawatan masalah terseliuh dengan Urutan Saraf Al-Amin. Ramai orang yang mempunyai masalah terseliuh ini datang kepada saya. Biasanya masalah ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti sukan seperti bermain bola dan bermain badminton. Ada yang datang meminta rawatan kepada saya sejurus selepas terseliuh, ada juga yang datang selepas beberapa hari dan ada juga yang datang selepas beberapa bulan. Secara umumnya lebih cepat masalah ini di rawat, lebih mudah rawatannya dan lebih cepat kesembuhannya. Masalah ini jika dibiarkan tanpa dirawat, ia akan nampak seperti sudah pulih tetapi sebenarnya bahagian sendi pergelangan kaki tidak akan kuat seperti asal. Iaitu di tempat yang sama akan mudah untuk terseliuh atau 'terpelecok' apabila membuat aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari dan yang melibatkan pergerakan kaki ya

BERMULA DARI KOSONG SEHINGGA MENJADI JURULATIH URUT - Aminul Rashid Story ~

Imej
Teringat lagi suatu ketika dulu. Saya amat dahagakan ilmu urutan, pernah saya berjumpa dan merayu untuk belajar dengan seorang pak cik yang mahir dalam ilmu urutan. Tapi jawapan pak cik tu amat menyedihkan saya,  "Maaf ilmu ini hanya untuk keturunan saya, saya tak ajar orang luar." Masa tu dunia rasa gelap seketika. Hari rasa sangat sedih kerana saya sanggup bayar jika pak cik itu meletakkan suatu harga. Tapi sayang pak cik tu tak nak ajar. Takpelah mungkin itu bukan rezeki saya. Peristiwa tu telah melekat dalam hati saya dan tak mungkin saya lupakan. Sejak itu saya telah berazam, "Lepas ni kalau Allah bagi aku ilmu urutan aku akan ajarkan kepada orang lain!, akan aku sebarkan ilmu ini!" Alhamdulillah dengan izin Allah, sekarang aku telah memiliki sebuah pusat terapi yang diberi nama Pusat Terapi saraf Al Amin. Aku dan team telah memberikan khidmat urutan kepada lebih 3000 orang pelanggan dan telah mengajar lebih 200 orang murid dari pelbaga