Kaedah URUT KAKI TERSELIUH (PERGELANGAN KAKI.)



---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Di dalam entry ini saya akan berkongsi dengan anda tentang rawatan masalah terseliuh dengan Urutan Saraf Al-Amin.

Ramai orang yang mempunyai masalah terseliuh ini datang kepada saya. Biasanya masalah ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti sukan seperti bermain bola dan bermain badminton.

Ada yang datang meminta rawatan kepada saya sejurus selepas terseliuh, ada juga yang datang selepas beberapa hari dan ada juga yang datang selepas beberapa bulan. Secara umumnya lebih cepat masalah ini di rawat, lebih mudah rawatannya dan lebih cepat kesembuhannya.

Masalah ini jika dibiarkan tanpa dirawat, ia akan nampak seperti sudah pulih tetapi sebenarnya bahagian sendi pergelangan kaki tidak akan kuat seperti asal. Iaitu di tempat yang sama akan mudah untuk terseliuh atau 'terpelecok' apabila membuat aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari dan yang melibatkan pergerakan kaki yang aktif. Lama-kelamaan pergelangan kaki mempunyai risiko untuk menjadi keras dan akan memberi kesan di waktu tua seperti tidak dapat dilipat untuk solat dan berasa sakit apabila berjalan.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang rawatan untuk masalah terseliuh. Mudah-mudahan dengan perkongsian yang sedikit sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan dan famili anda. Bahkan di samping membantu, ia juga boleh menjadi sumber pencarian sampingan untuk anda dalam menempuh suasana ekonomi yang semakin menekan.

Di bawah ini disertakan gambar dan penerangan untuk merawat masalah terseliuh di bahagian kaki. Bahkan kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah yang berkisar dibahagian betis dan ke bawah, iaitu seperti kaki kejang, lenguh-lenguh dan masalah sakit dibahagian pergelangan kaki.

                                                             ------------------------------



Kaedah rawatannya adalah seperti berikut:



       
                       Gambar 1


 
                                                                                 
                                                                            Gambar 2




                                                                        Gambar 3





                                                     
                                                                             Gambar 4




1) Letakkan minyak di tempat yang ingin di urut.

2) Urut mengikut arah anak panah. Di kawasan yang dibulatkan anda boleh berikan urutan tanpa mengikut arah yang tetap, kerana yang penting di sini adalah daya tekanan itu sendiri. (Jika anda sudah mahir anda akan faham tentang proses arah dan tekanan).

3) Kebiasaannya kawasan yang terseliuh akan bengkak jika baru terjadi. Tiada masalah untuk melakukan urutan di tempat tersebut, cuma berikan tekanan yang sederhana.

4) Ulang urutan sehingga 3 kali. Lakukan selang 3 hari sekali.

5) Rendamkan air 'suam-suam panas' sebelum dan selepas urutan dalam tempoh 20 minit hingga setengah jam.

6) Gunakan petua halia sebelum tidur.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PETUA HALIA:

Ambil halia secukupnya.
- Tumbuk sehingga lumat.
-Tempekkan di kawasan sakit (tutupkan dengan plastik supaya air halia tidak meresap ke dalam pembalut).
- Kemudian balutkan dan biarkan semalaman. Ulang beberapa hari.

NOTA:

- Gambar 1 hingga 5 adalah point untuk merawat pelbagai masalah yang berkisar di kawasan betis dan pergelangan kaki. Contohnya adalah seperti masalah:

1) Lenguh-lenguh kaki.
2) Krem/ kaki kejang.
3) Terseliuh / sakit pergelangan kaki.

Bezanya adalah fokus pada titik sakit. Maksudnya titik sakit terseliuh dan lenguh kaki tidak sama. Urut seperti kaedah di atas, cari titik sakit dan fokus pada point tersebut.

                                                            --------------------------





------------------------------


Anda rasa ianya bermanfaat? Jom jana PAHALA PERCUMA anda hanya dengan share posting ini. Ia pasti akan membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

Anda membantu orang lain, Allah PASTI akan membantu anda =)




KLIK SINI

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA HILANGKAN SAKIT LEHER - TERBUKTI BERJAYA BANTU RAMAI ORANG!

4 STEP URUTAN SAKIT BELIKAT/ SAKIT BELAKANG (UPPER BACK)

5 STEP URUTAN untuk SAKIT PINGGANG (Urut Shah Alam) ~