Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Rawatan Sesak Nafas - Urutan Saraf Al-Amin

Imej
                                   --------------------------- Alhamdulillah Allah melapangkan masa saya untuk saya berkongsi sedikit ilmu rawatan berkaitan pernafasan. Masalah sesak nafas berlaku biasanya adalah akibat daripada terkena serangan penyakit seperti asma dan sakit jantung. Setakat pengalaman saya masalah tersebut adalah sangat efektif dibantu dengan kaedah urutan. Sangat banyak testimoni yang saya dapat dalam merawat masalah sesak nafas dengan kaedah urutan. Berikut adalah sebahagian kisah yang dapat saya kongsikan: Kisah 1 : En Zamri selalu berasa sesak nafas terutamanya pada waktu malam dan bangun tidur. Selepas menjalankan 3 sesi urutan (seminggu sekali) En Zamri terasa nafasnya semakin lapang. Setelah itu En Zamri melakukan urutan secara rutin sebulan 2 kali, kini En Zamri telah kembali pulih seperti biasa. Tiada lagi terasa sesak nafas ketika waktu malam dan bangun tidur. Kisah 2 : En Ismail adalah seorang perokok tegar. Beliau kerap

Rawatan SAKIT LUTUT.

Imej
Di dalam entry ini saya akan berkongsi dengan anda tentang rawatan masalah SAKIT LUTUT dengan kaedah Urutan Saraf Al-Amin. Ramai orang yang mempunyai masalah sakit lutut yang telah saya bantu dengan kaedah urutan, dan ramai yang telah mendapat kesembuhannya, alhamdulillah. Bukan sahaja orang tua yang mengalami masalah sakit lutut, bahkan ramai juga di kalangan orang muda yang mengalami masalah yang sama. Banyak punca yang menyebabkan masalah sakit lutut, antaranya ialah disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, salah 'step' ketika melakukan aktiviti lasak atau kerana terlalu aktif bersukan setelah sekian lama tidak bersukan. Masalah ini perlu dirawat dan jangan kita biarkan sehingga ia melarat dan menjadi semakin teruk, jika tidak ia akan mengganggu aktiviti harian seperti bekerja, berjalan, bangun dari duduk, menaiki tangga dan bersolat. Antara kaedah yang efektif untuk membantu dalam melegakan sakit lutut adalah dengan mengurangkan berat badan (kepada yang memp

Kaedah URUT KAKI TERSELIUH (PERGELANGAN KAKI.)

Imej
--------------------------------------------------------------------------------------------------------- Di dalam entry ini saya akan berkongsi dengan anda tentang rawatan masalah terseliuh dengan Urutan Saraf Al-Amin. Ramai orang yang mempunyai masalah terseliuh ini datang kepada saya. Biasanya masalah ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti sukan seperti bermain bola dan bermain badminton. Ada yang datang meminta rawatan kepada saya sejurus selepas terseliuh, ada juga yang datang selepas beberapa hari dan ada juga yang datang selepas beberapa bulan. Secara umumnya lebih cepat masalah ini di rawat, lebih mudah rawatannya dan lebih cepat kesembuhannya. Masalah ini jika dibiarkan tanpa dirawat, ia akan nampak seperti sudah pulih tetapi sebenarnya bahagian sendi pergelangan kaki tidak akan kuat seperti asal. Iaitu di tempat yang sama akan mudah untuk terseliuh atau 'terpelecok' apabila membuat aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari dan yang melibatkan pergerakan kaki ya

BERMULA DARI KOSONG SEHINGGA MENJADI JURULATIH URUT - Aminul Rashid Story ~

Imej
Teringat lagi suatu ketika dulu. Saya amat dahagakan ilmu urutan, pernah saya berjumpa dan merayu untuk belajar dengan seorang pak cik yang mahir dalam ilmu urutan. Tapi jawapan pak cik tu amat menyedihkan saya,  "Maaf ilmu ini hanya untuk keturunan saya, saya tak ajar orang luar." Masa tu dunia rasa gelap seketika. Hari rasa sangat sedih kerana saya sanggup bayar jika pak cik itu meletakkan suatu harga. Tapi sayang pak cik tu tak nak ajar. Takpelah mungkin itu bukan rezeki saya. Peristiwa tu telah melekat dalam hati saya dan tak mungkin saya lupakan. Sejak itu saya telah berazam, "Lepas ni kalau Allah bagi aku ilmu urutan aku akan ajarkan kepada orang lain!, akan aku sebarkan ilmu ini!" Alhamdulillah dengan izin Allah kini saya telah memiliki sebuah pusat terapi yang diberi nama Pusat Terapi saraf Al Amin. Kami memfokuskan kepada khidmat rawatan urat saraf menggunakan kaedah urutan dan 'alignment' tulang. Selain itu saya juga mengajarkan il