Rawatan Sakit Pinggang: Siri 1
------------------------------------------------
Ramai org yg dari jauh mengadu mengalami masalah sakit pinggang, ada yg mengalami sakit pinggang biasa dan ada juga yg lebih teruk hingga menyebabkn sakit hingga kebas ke bahagian kaki.
Insya Allah atas rasa keperihatinan saya ingin kongsikan point-point urutan utk masalah sakit pinggang, mudah-mudahan ia dapat meringankan beban mereka yang memerlukan di luar sana.
KAEDAH URUTAN.
(Tip: Saya bahagikan tekanan pada 4 tahap, iaitu dari tahap ringan kepada berat)
- Mulakan dgn bismillah.
- Berikan tekanan pada tahap 2&3, tetapi pada kawasan punggung berikan pada tahap 4 (kuat), tetapi mulakan dengan tekanan yang perlahan.
- Banyak gunakan tapak tangan dlm memberikan tekanan, terutamanya di bahagian punggung.
- Apabila mengurut anda akan terjumpa bahagian otot/ urat yang bermasalah. Ciri-ciri urat/otot yang bermasalah ialah bahagian tersebut adalah keras, tegang dan mudah berasa sakit apabila diurut di bahagian tersebut.
- Apabila anda terjumpa bahagian-bahagian bermasalah yang saya panggil sebagai "point sakit", maka berikan lebih tumpuan pada bahagian tersebut. Iaitu berikan lebih urutan, lebih masa dan lebihkan tekanan (mulakan dengan tekanan lembut kepada tekanan yang lebih kuat).
- Jalankan urutan dengan niat untuk membantu, ikhlaskan hati dan banyakkan berdoa kepada Allah meminta bantuan daripadaNya.
- Lakukan urutan selang 2 @ 3 hari sekali. Boleh dijarakkan tempoh masa jika perlu, cuma yang terbaik jangan melebihi tempoh seminggu dari 1 urutan kepada urutan yang seterusnya.
- Lakukan urutan sehingga terasa benar-benar sihat.
- Nantikan entry seterusnya untuk PENDEDAHAN YANG LEBIH DALAM berkenaan RAWATAN PINGGANG.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambarajah Rawatan Pinggang: Siri 2
KLIK SINI |
Ilmu yg bagus utk terapis. I like..
BalasPadamAlhamdulillah, semoga Allah berkati =)
PadamIlmu ini amat berguna skali. Teruskan perkongsian ilmu tuan.Terima kasih byk2. Jazakallahu khairan katheeran..
BalasPadamAlhamdulillah.. sama2 sis, semoga Allah berkati =)
PadamTerima kasih atas perkongsian.
BalasPadamOk, sama2 Cik zahra, semoga bermanfaat ^_^
PadamSalam..sy sakit pinggang..sy d kuantan..urut pun sudah..mmgkin x serasi...so nak try..klu kat kuantan ade x urut saraf ne
BalasPadamWa'alaikumussalam wbt. Di Temerloh ada tuan. Tuan boleh terus whatsapp ke no ini ye -> 01125576775 (Ameen Therapy Temerloh)
Padam