BERMULA DARI KOSONG SEHINGGA MENJADI JURULATIH URUT - Aminul Rashid Story ~
Teringat lagi suatu ketika dulu. Saya amat dahagakan ilmu urutan, pernah saya berjumpa dan merayu untuk belajar dengan seorang pak cik yang mahir dalam ilmu urutan. Tapi jawapan pak cik tu amat menyedihkan saya,
"Maaf ilmu ini hanya untuk keturunan saya, saya tak ajar orang luar."
Masa tu dunia rasa gelap seketika. Hari rasa sangat sedih kerana saya sanggup bayar jika pak cik itu meletakkan suatu harga. Tapi sayang pak cik tu tak nak ajar. Takpelah mungkin itu bukan rezeki saya. Peristiwa tu telah melekat dalam hati saya dan tak mungkin saya lupakan. Sejak itu saya telah berazam,
"Lepas ni kalau Allah bagi aku ilmu urutan aku akan ajarkan kepada orang lain!, akan aku sebarkan ilmu ini!"
Alhamdulillah dengan izin Allah kini saya telah memiliki sebuah pusat terapi yang diberi nama Pusat Terapi saraf Al Amin. Kami memfokuskan kepada khidmat rawatan urat saraf menggunakan kaedah urutan dan 'alignment' tulang.
Selain itu saya juga mengajarkan ilmu urutan saraf kepada yang berminat mendalami ilmu ini. ada kelas secara bersemuka dan ada juga penjualan tutorial teknik-teknik urutan.
Untuk kelas bersemuka saya menerima ramai pelajar yang belum ada asas dan ramai juga orang lama dalam bidang urutan. Ramai dari negara sendiri iaitu Malaysia dan ada juga dari negara berdekatan seperti Singapura, Brunei dan Belanda. Video-video ilmu urutan dan senaman saya telah tersebar kepada puluhan ribu orang, termasuk di Indonesia dan Australia Sama ada secara percuma mahupun berbayar. Segala puji bagi Allah yang telah memberikan saya banyak kebaikan, yang membuka banyak pintu ilmu dan memberikan banyak jalan kemudahan. Walaupun manusia tidak memberikan jalan, tetapi jika Allah ingin membantu tiada siapa yang dapat menghalangnya. Sandarkan harapan kepada manusia kita akan kecewa, sandarkan harapan hanya kepada Allah, Dialah sebaik-baik pembantu. Tiada Tuhan Melainkan Allah, tuhan sekalian alam. ============== |
PERMULAAN CERITA
Saya telah didedahkan dengan ilmu urutan sejak umur 18 tahun, iaitu pada tahun 2004 dan telah memulakan perkhidmatan secara sukarela pada tahun 2009 (semasa masih belajar di Politeknik Shah Alam). Kemudian saya telah menjadikan khidmat urutan sebagai profession saya secara 'part time' pada Mei 2012.
Pada Ogos 2015 saya telah berkongsi ilmu dengan anggota masyarakat yang berminat dengan ilmu urutan yang telah saya asaskan melalui hasil perguruan dan pengalaman yang saya namakan sebagai URUTAN SARAF AL AMIN. ----------------------------------------- SEMASA SAYA MASIH REMAJA.. Saya berasal dari keluarga biasa yang tiada kemahiran urut. Cuma Pak Long saya sahaja yang megurut itu pun jauh di kampung sana. Saya pun tak pernah belajar ilmu urut dari beliau.
Saya telah didedahkan dengan ilmu urutan sejak umur 18 tahun, iaitu pada tahun 2004 dan telah memulakan perkhidmatan secara sukarela pada tahun 2009 (semasa masih belajar di Politeknik Shah Alam). Kemudian saya telah menjadikan khidmat urutan sebagai profession saya secara 'part time' pada Mei 2012.
Pada Ogos 2015 saya telah berkongsi ilmu dengan anggota masyarakat yang berminat dengan ilmu urutan yang telah saya asaskan melalui hasil perguruan dan pengalaman yang saya namakan sebagai URUTAN SARAF AL AMIN. ----------------------------------------- SEMASA SAYA MASIH REMAJA.. Saya berasal dari keluarga biasa yang tiada kemahiran urut. Cuma Pak Long saya sahaja yang megurut itu pun jauh di kampung sana. Saya pun tak pernah belajar ilmu urut dari beliau.
Waktu berumur 14 tahun saya pernah terseliuh. Lepas tu abah ajak pergi rumah Wak Gimin untuk mengurut. Wak Gimin ni adalah seorang tukang urut tersohor di tempat saya pada waktu itu (Sekarang Ken Rimba).
Sebenarnya saya ni takut nak mengurut sebab takut sakit.
Sampai je di rumah Wak Gimin saya nampak ramai orang sedang melepak sambil berborak-borak. Sadang menunggu giliran untuk diurut lah tu agaknya. Maklumlah rumah Wak Gimin ni memang femes sebagai tempat kunjungan kawan-kawan, orangnya pun mesra melayan tetamu.
Kemudian Wak Gimin pun datang duduk di depan saya dengan minyak urut. Seram pula rasa.
Tanpa ragu Wak gimin tarik kaki saya dan mula mengurut. Sakitnya hanya Allah yang tahu, meliuk-liuk tubuh saya dibuatnya menahan sakit. Mana taknya kaki pun dah bengkak, kalau kena urut memang confirm sakit.
Tapi lepas urut tu kaki saya rasa lega. Pijak tanah pun dah kurang sakit. Lepas 3 hari kaki macam dah pulih! Macam magic pula aku rasa.
Saya seronok tengok Wak Gimin boleh bantu ramai orang. Saya harap bila dah besar nanti saya boleh jadi macam Wak Gimin. Jadi orang yang beri manfaat kepada ramai orang.
Tak sangka apa yang saya niat masa tu Allah makbulkan.
----------------------------
Lepas SPM saya masuk belajar di sebuah Madrasah Tahfiz di Sungai Buaya, Rawang. Masuk pun sekejap je sementara tunggu result SPM, sekitar 3 bulan.
Dalam ma’ahad tahfiz tu saya kenal sorang kawan yang saya panggil sebagai Din (Nama samaran) . Din ni memang selalu jadi tukang urut ustaz Syamsul (Nama samaran), iaitu ustaz yang mengajar kami.
Apabila ustaz rasa lemau, mengantuk, sakit-sakit tubuh Din ni la yang selalu ustaz panggil untuk mengurut. Bila ustaz panggil Din saya pun cepat-cepat ikut sebab nak tengok macamana cara Din mengurut.
Pada suatu petang saya berborak dengan Din.
"Din aku tengok kau ni pandai mengurut.. boleh ajar aku tak?" Din gelak bila dengar aku tanya soalan tu.
"Aku ni urut pun cincai-cincai je, takde la pandai sangat. Tapi kalau kau nak belajar boleh je. Teknik yang aku pakai ni nama dia 'Urutan Kupu-Kupu'.
Fuh, masa tu happy sangat bila Din kata nak ajar. Lantaklah teknik kupu-kupu ke apa ke.. yang penting aku boleh belajar. Lepas tu saya pun belajar dari Din teknik yang selalu dia guna untuk mengurut.
Memang seronok dapat belajar masa tu. 100% tumpuan saya bagi. Dah lama sangat nak belajar ilmu urut ni.
Lepas dah dapat ilmu tu saya pun 'start' praktis pada badan kawan. Lepas tu saya offer untuk mengurut ustaz. Ustaz memang suka di urut, ibarat mengantuk disorong bantal la jawabnya, mana boleh tolak 🤣
Alhamdulillah, nampak ustaz seronok bila diurut. Sedap la kot aku fikir.. Huhu..
Walau apa pun ia adalah satu permulaan yang baik bagi saya (^_^)
---------------------------
Pada 2008 saya masuk belajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Saya ambil Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) dan tamat pada tahun 2011.
Semasa belajar di Politeknik saya ni ada la jugak mengurut rakan-rakan dan pensyarah. Seab saya ni pantang nampak orang sakit, mesti nak 'offer'urutan saya. Sebab saya minat. Rasa puas bila mengurut. Lagi-lagi pulak bila orang yang kita urut tu lega.. fuh, kepuasan yang lebih 'power' daripada makan KFC..
Walaupun saya belajar Kejuruteraan Mekanikal, tapi minat saya tetap dalam bidang urutan.
Masih segar lagi dalam ingatan kisah kawan ayah saya, Pak Munir (Nama samaran). Kisah ini berlaku semasa saya masih belajar di Politeknik dan semasa waktu cuti belajar.
Suatu hari Pak Munir berkata kepada saya,
“ Pak cik ni kalau bangun pagi selalu rasa sesak nafas, tak tahu la kenapa. Pak cik rasa macam ada masalah sakit jantung je.” Rungut Pak Munir sambil mengurut dadanya yang tiada bulu.
Pak Munir ni kuat hisap rokok sebenarnya, saya rasa mungkin punca masalah beliau adalah rokok.
“Oh yeke.. Pak cik nak saya tolong urutkan tak?”
“Eh, kau ni pandai mengurut ke?”
“Emm.. nak kata pandai sangat tu taklah. Tapi kalau nak tolong-tolong tu Insya Allah boleh.."
“ Oh, kalau macam tu ok jugak. Boleh la kalau kau nak tolong urutkan, manalah tau kot-kot boleh baik"
Alhamdulillah berbunga-bunga hati ni bila Pak Munir bagi kepercayaan. Sebenarnya saya masih dalam proses menajamkan ilmu urutan, dan setiap orang yang saya urut saya akan cuba sedaya-upaya dapatkan 'result' yang terbaik.
Semasa pertama kali mengurut Pak Munir saya lihat Pak Munir menahan kesakitan pada setiap point penting yang saya urut dan sekali-sekala beliau seperti nak termuntah.
Pak Munir kata dia rasa macam ada sesuatu nak keluar, tapi bila cuba nak muntahkan takde apa-apa pulak yang keluar. Keluar angin je.
Pak Munir nampak pelik dengan situasi tu. Saya pun pelik jugak tapi cuba buat rilek.
Ayat yang biasa saya pakai Al-Fatihah, 3 qul dan kadang2 saya baca ayat qursi. Selebihnya saya banyakkan berselawat dan berdoa meminta bantuan Allah, sebab yang menyembuhkan tu Allah bukan kita.
Mula-mula saya mengurut Pak Munir di masjid sebab masa tu sedang keluar beriktikaf selama 3 hari. Selepas balik tu saya sambung mengurut di rumah Pak Munir secara sukarela. Setiap khidmat urutan tu saya berikan secara percuma.
Pak Munir nampak serasi. Setelah dalam 5 sesi urutan cuti saya telah pun habis dan saya kembali belajar di Politeknik seperti biasa.
Apabila cuti Sabtu dan Ahad saya pulang ke rumah. Semasa sedang menjamah makanan tiba-tiba ayah saya tanya,
“Asyid (Rashid), hang ada urut Pak Munir hari tu kan?”
Alamak, camane pulak abah boleh tau ni? Risau pulak saya dengar, ada apa-apa yang berlaku ke lepas urut tu? Berderau darah saya.
“A’ah, kenapa abah? Dia ada cakap apa-apa ke?”
“Pak Munir kata dia dah tak sesak napaih (nafas) dah, sakit dia dah hilang.”
Fuh! rasa macam dapat duit sejuta je masa tu. Rasa lega dan sangat-sangat gembira.
Alhamdulillah, saya rasa lebih yakin dan bercita-cita untuk pergi jauh dalam bidang ini.
Apabila saya mengurut sememangnya doa adalah senjata utama dan saya sentiasa meminta ilham-ilham yang baik daripada Allah agar membantu saya untuk menyempurnakan setiap urutan yang saya jalankan.
Pergantungan kepada Allah itulah yang utama.
------------------
MENGUASAI KONSEP ASAS.
Sebenarnya keberanian saya mengurut adalah berpunca daripada testimoni pertama yang saya dapat, iaitu daripada ayah saya sendiri.
Daripada sakit tangan tidak boleh angkat sehingga boleh diangkat seperti biasa.
Melalui testimoni pertama itulah saya mula memahami konsep asas dalam urutan, dan dari situ juga ilmu saya mula berkembang dan bercambah, sehingga saya rasakan sesiapa juga boleh mengurut asalkan dapat kuasai teknik asas yang telah saya temui ini.
Konsep asas inilah yang saya kongsikan dalam kelas sehingga ramai anak-anak murid saya juga dapat membantu pesakit.
-----------------------
Selepas tamat belajar di Politeknik saya bekerja sebagai juruteknik di beberapa buah syarikat di sekitar Shah Alam. Di tempat pertama saya bekerja saya ditawarkan gaji RM900 walaupun saya mempunyai diploma (What the fish!).
Sikit lagi nak kena 'heart attack' sebab bengang sangat, haha..
Lepas tu saya tukar kerja di beberapa tempat sehinggalah di tempat terakhir, iaitu di Pump One Engineering di Seksyen 16, Shah Alam.
Sepanjang bekerja saya menjalankan profession sebagai tukang urut pada waktu malam secara ‘part time’. Masa tu walaupun saya membuat khidmat urutan secara 'part time' tapi saya masih lagi mencari-cari tempat untuk saya tajamkan lagi ilmu dan kemahiran mengurut.
----------------------------------------------
Satu ketika ditakdirkan saya berjumpa dengan seorang pak cik tukang urut. Sebenarnya saya ni segan nak mintak ilmu kecuali kalau memang individu tersebut membuat kursus pembelajaran. Tapi saya cuba beranikan diri bertanya,
"Pak cik boleh ajar saya mengurut tak?"
"Oh, minta maaf banyak-banyak dik, ilmu urut ni hanya untuk keturunan pak cik je. Pak cik tak ajar orang luar.."
Masa tu sedih giler dengar, dalam diam hati terasa bengang dan memang terbakar, sebenarnya saya sanggup bayar walaupun dia meletakkan sejumlah harga sebagai pengeras.
Tapi tu hak dia, tu ilmu dia dan tu dia punya suka.
"Insya Allah satu hari nanti aku nak jadi pakar urut. Dan aku nak ajar orang lain ilmu yang aku ada, lantaklah apa nak jadi." Aku bercakap sorang-sorang dalam hati.
-----------------------------------------
Kemudian Allah telah temukan saya dengan beberapa orang guru yang mengajarkan saya secara tidak langsung dan saya juga dapat hadir beberapa kursus urutan.
Dulu niat nak pergi kursus untuk belajar skill yang lebih 'advance' tapi bila hadir kursus saya agak kecewa, hanya belajar yang asas je, tapi takpelah yang penting ada la jugak sijil.
Untuk 'skill' yang lebih 'advance' saya banyak mengkaji sendiri hasil daripada pembacaan, perbincangan dengan rakan-rakan perawat dan hasil testimoni-testimoni daripada pesakit yang telah saya rawat.
Sepanjang mengurut macam-macam sakit yang saya jumpa, dari kes terseliuh sehinggalah kepada kes mereka yang perlu di papah.
Masa tu umur saya 26 tahun (2012). Masa di Politeknik saya mengurut takde la siapa nak pelik sangat tapi bila urut di luar ni orang pandang pelik sikit. Pernah seorang pak cik bertanya,
"Siapa yang mengurut ni? kau ke ayah kau?"
Maklumlah, biasanya yang mengurut ni orang tua-tua, bila diorang tengok orang muda mengurut diorang rasa macam tak 'confident'.
Saya cuba positifkan diri dan saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik. Kalau orang yang datang tu sakit pinggang tak boleh bongkok saya target lepas sekali urut pesakit saya boleh tunduk seperti biasa, kalau yang datang tu berjalan capek akibat terseliuh saya target lepas urut orang tu akan pulang dengan berjalan normal.
Alhamdulillah hasilnya sering tidak mengecewakan. Gembira bila dengar orang yang datang tu sebab hasil rekemen daripada kenalan mereka.
Semakin hari orang yang mendapatkan perkhidmatan semakin ramai sehingga kadang-kadang saya terpaksa tolak beberapa permintaan. Saya tak dapat memberi perkhidmatan sehingga lewat malam kerana perlu bekerja pada keesokan harinya.
----------------------------------------
Pada Mei 2014 hingga Mac 2015 saya telah memulakan profession sebagai tukang urut professional di beberapa buah pusat rawatan dan spa di sekitar Shah Alam dan Klang, iaitu di :
- Bekam Care (Jalan Kebun),
- Pusat Naturophaty Al-Haudh (Seksyen 18) dan di
- Spa Aufa (Seksyen 11, Shah Alam)
Kes-kes yang saya ‘handle’ lebih mencabar. Saya juga telah mendalami ilmu kiropraktik untuk merawat masalah yang melibatkan "aligntment" tulang seperti sakit lutut, slip disk dan lain-lain masalah yang melibatkan tulang belakang.
—————————
Pada bulan Dis 2014 saya telah bertemu jodoh dengan isteri tercinta Radiah Bt Hussain di Pasir putih, Kelantan.
Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dan keperluan untuk membantu famili, maka saya telah mengambil keputusan untuk membuat perniagaan urutan sendiri. Kemudian selangkah demi selangkah saya juga telah memulakan aktiviti mengajar bagi membimbing mereka yang serius untuk mendalami ilmu urutan. Teknik yang saya ajarkan adalah teknik Urutan Saraf Al Amin yang telah saya asaskan.
Pada bulan April 2015 saya telah memulakan langkah baru dengan mendaftarkan syarikat sendiri dan membuat khidmat urutan untuk merawat pelbagai masalah sakit-sakit tubuh di bilik khas di rumah saya. Masalah yang saya rawat adalah merangkumi masalah:
1. Sakit kepala
2. Sakit leher
3. Sakit/ Lenguh bahu
4. Sesak nafas
5. Pergerakan tangan yang terbatas
6. Tangan mudah lenguh
7. Sakit pergelangan tangan
8. Perut kembung
9. Sakit belikat
10. Sakit belakang
11. Sakit pinggang
12. Kencing tak lawas
13. Lemah tenaga batin
14. Kejang kaki
15. Tak boleh berdiri lama
16. Sakit lutut
17. Terseliuh
18. Sakit tumit
19. Kejang jari kaki
20. Lesu tubuh
21. Demam
22. Lemah stamina
23. Kurang selera makan
Alhamdulillah orang yang datang ke rumah saya boleh dikatakan tidak putus-putus. Oleh kerana permintaan yang tinggi maka saya tidak mampu untuk memberikan rawatan seorang diri, apatah lagi setelah saya juga turut membuat kursus pembelajaran Urutan Saraf Al Amin, masa saya juga menjadi semakin pendek akibat komitmen yang semakin meningkat.
Pada bulan September 2015 saya telah membuka sebuah pusat terapi sendiri di seksyen 18 yang saya namakan ia sebagai Pusat Terapi Saraf Al Amin.
Sehingga kini saya telah mempunyai 2 orang pembantu yang telah banyak berkorban dan memberi sumbangan kepada company ini. Ramai orang telah berjaya pulih dengan hasil urutan mereka. Secara rasionalnya tanpa bantuan mereka banyak kerja saya yang akan tergendala dan ramai pesakit yang terpaksa ditolak tanpa menerima rawatan.
-------------------------------
Kini saya hanya fokus kepada bidang pengajaran untuk melahirkan lebih ramai ‘Tukang urut’ / Juruterapi Urut yang berwibawa supaya lebih ramai anggota masyarakat yang akan dapat di rawat dengan penyebaran ilmu ini.
Pernah juga terdengar beberapa bisikan mengarut yang mengatakan, "Buat apa kau nak ajar orang lain? Nanti ramai orang yang pandai dah takde orang nak datang kat kau lagi.."
Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas dan lebih banyak kita memberi maka lebih banyak pula Allah kembalikan kepada kita. Yakinlah dan teruskan usaha asalkan ia adalah perkara yang baik dan memberikan manfaat.
Mudah-mudahan cerita ini akan menjadi lebih panjang dan dengan kisah-kisah kejayaan saya nanti, doakan saya dapat membantu lebih ramai orang, Insya Allah =)
– TAMAT –
Love ur story! Kipidap long!
BalasPadamtq bro =) Jailani =)
BalasPadamgood sharing! keep it up
BalasPadamTq kak Azra =)
PadamSalam..saye ade penyakit slip disc..mula2 saye kene tahun 2014 mase tuh saye diploma lagi..punca saye kene sbb saye jatuh maen netball..lps tuh sye jupe doctor n kene fisioterapi sekali lepastuh da tak saket..so saye x de larh teruskan treatment hospital..sapai larh bln 11.2015 saye kene lagi sekali sapai saye tak boley bgon n jà lan..then saye g hospital lagi n wat fisioterapi..tapi skrg nie saye kerap saket..walawpon wat fisioterapi tapi still x der perubahan..skrg nie saye try urut..da 3 kali mengurut tp boley larh jalan cume saket lagi..skrg nie pown saye rase saket..skrg nie saye sambong degree so susah saye nk study terpakse skip class mc sapai berminggu2..so saye risaw dgn condition saye skrg nie..maaf bertanye boley ker penyakit saye d sembuhkan?..
BalasPadamSalam..saye ade penyakit slip disc..mula2 saye kene tahun 2014 mase tuh saye diploma lagi..punca saye kene sbb saye jatuh maen netball..lps tuh sye jupe doctor n kene fisioterapi sekali lepastuh da tak saket..so saye x de larh teruskan treatment hospital..sapai larh bln 11.2015 saye kene lagi sekali sapai saye tak boley bgon n jà lan..then saye g hospital lagi n wat fisioterapi..tapi skrg nie saye kerap saket..walawpon wat fisioterapi tapi still x der perubahan..skrg nie saye try urut..da 3 kali mengurut tp boley larh jalan cume saket lagi..skrg nie pown saye rase saket..skrg nie saye sambong degree so susah saye nk study terpakse skip class mc sapai berminggu2..so saye risaw dgn condition saye skrg nie..maaf bertanye boley ker penyakit saye d sembuhkan?..
BalasPadamwa'alaikumussalam wbt.. oh maaf sangat2 sy lambat reply. utk fast respon sis blh whatsapp terus 01121019126 ye.
PadamSALAM PERMPUAN XLEY KE. SYA KAKI SELALU LENGUH TERUK DAH BNYK KLI PERGI URUT TPI XBERKESAN LGSNG.PUNCA DIA KAKI SAYA MASOK SKRU EXCDNT PADA TAHUN 2013
BalasPadamoh yeke.. sy rekemen kawan saya utk rawatan wanita, sis boleh terus whatsApp beliau ye,Pn Lina 019-752 4243. Semoga Allah berikan kepada cik kesembuhan..
PadamTerbaik tuan! Semoga Allah berkati usaha tuan bantu orang lain
BalasPadamMaaf tuan lambat reply, sebab dah lama tak tengok blog.. Hihi..
PadamAmiin.. Terima kasih banyak atas sokongan tuan. Semoga Allah juga sentiasa membantu tuan atas setiap perkara yang tuan lakukan =)
Salam tuan... Saya ada kawan perempuan... Dia dah dekat 3 bulan lebih tak boleh bekerja... Jalan pun seret kaki... Otot kaki dah lemah dan mengecil... Sebelah aje... Doktor kata urat tersepit... Boleh ke berurut atau berubat di tempat tuan... TK
BalasPadamWa'alaikumussalam wbt. Maaf lambat reply, sebab dah lama saya tak buka blog.
PadamOh, masyaAllah. Ye itu tanda ada urat tersepit.
Tuan whatsapp ke +60134139631 (Pakar Tulang, En Az). Lokasi Jalan Kebun, Kalng. Boleh whatsapp atau call untuk bertanya lebih detail ye.. Boleh call je dulu, xde masalah =)
Urutan saraf utk Footdrop ada tak
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamMaaf lambat reply, sebab dah lama saya tak buka blog.
PadamInsya Allah boleh dirawat, boleh terus whatsapp atau call ke no ini ye ->+60134139631, rawatan yang mengikut landasan syariat =)
Komen di atas ada yang saya delete sebab salah bg no phone, nak edit tak boleh.. Hihi ^_^
PadamBaru sempat baca sampai habis. Power bos. Salute. Moga dipermudahkan urusan and go to the next level plak. Cawangan.
BalasPadamHai bos ^_^
PadamKALAU SARAF TERSEPIT L2 DAN L4 BOLEH URUT KE..SEBAB PINGANG SAYA KERAP SAKIT
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamYe boleh InsyaAllah. Maaf lambat reply kerana sudah lama tak jenguk blog.. Boleh terus wasap di sini untuk sebarang pertanyaan ye --> 011-54281895
PadamPadu tuan Amin Rasyid.... Harap dapat bersalaman direct dgn tangan tuan di masa akan datang....
BalasPadamAmiin, InsyaAllah tuan Al Mizan.. Maaf lambat reply sebab dah lama tak jenguk blog. Ni baru nak aktif semula
Padam